As-Salam. Masih ramai lagi yang mungkin tidak tahu, antara prinsip pengiklanan dalam blog yang baik ialah iklan perlu diletakkan di posisi samada yang terawal pengunjung nampak atau di posisi terakhir pengunjung blog anda nampak.

Ada sesetengah blogger yang meletakkan posisi iklan di kedudukan yang tidak menguntungkan, walhal jika blog mahu menjana pendapatan, ia perlu dioptimasi pada kedudukan yang betul. Paling malang adalah ada blogger yang tidak ambil kisah mengenai perletakkan iklan ini walaupun disarankan oleh pihak pengiklan. Lepas tu .... bising ... cit ....

Contoh paling ketara ialah iklan dari Nuffnang. Terang-terang Nuffnang dah beritahu mana tempat sebaiknya untuk meletakkan kod-kod iklan berdasarkan saiz dan bentuk, tetapi nampaknya ia tidak diambil kesah oleh sesetengah blogger, lalu mereka mulalah mengeluh tak dapat iklan CPUV ... tak dapat iklan itulah, tak untunglah tak inilah. Walhal, hakikatnya mereka sendiri yang menutup peluang yang mahu diberikan. Saya kasihan pada mereka yang ambil mudah tetapi pada masa yang sama nak dapatkan sesuatu yang terbaik untuk blog.

Cuba lihat entri ini untuk anda lebih tahu dan faham kedudukan banner iklan anda patut berada - 6 Posisi Iklan Terbaik

Peluang diberi tapi main-main. Bila diberikan tips dan panduan, hanya angguk mata tak berkedip tapi jari jemari haram nak bertindak. Lemau.

Bila seorang blogger pamer cek ini, cek itu, kata blogger tu berlagak dan nak show off. Apahal? Lu sendiri tak nak ikut cakap ... tak berjaya jangan nak salahkan orang, jangan nak dengki khianat. Ada manusia camni, mereka dengki dengan kejayaan orang lain, pastu mulalah buat onar tak padan dengan diri.

Bila blogger pamer pendapatan menerusi blog - tak kiralah iklan ke, Nuffnang, Adverlets atau apa sahajalah termasuklah program affiliate di blog; jangan tengok sahaja bang ... jangan cengang saja kak. Ikutlah .. bukan ke itu kemahuan semasa buat blog dulu? Lupa? Nak blog jana pendapatan, leh sikit-sikit merasa duit alam maya?

Sistem, cara semua dah bagi. Ada ikut tapi sekerat jalan. Ada ikut tapi ambil separuh-separuh. Semua nak mudahhhh je ... kalau semua benda mudah di dunia ni, apa guna ruang liang roma kat kulit tu? Peluh kenalah keluar sedikit, usaha kena adalah .... modal sedikit sebanyak pun kena juga keluar. Anda tak akan dapat makan limau manis, kalau tak beli dari penjual limau manis.... tak dapat merasa sarinya kalau tak dikupas buah limau manis ... setiapnya tu ada tindakan. Jadi bertindaklah dengan bijak dan betul.

Pasang iklan berpada-pada, berpada-pada pada tempatnya, kalau blog mahu menjana, posisikan iklan di tempat sepatutnya.


Terima kasih.



11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. he2.. blog HH makin cantik.. sedap mata memandang.. susunan pun kemas.. yg pasti teman suka kaler backgroundnya.. ada kuning,.. ada oren gituu,.. i likee

    ReplyDelete
  2. betul tu. tapi kdg tu satu blog penuh gadget. then ada iklan pulak celah2. klik iklan, kena gadget. apekan daya. aku baru nk bagi duit kt blogger tu. hahaha

    ReplyDelete
  3. informasi berguna..thanx HH

    ReplyDelete
  4. sukmawati binti haronJune 18, 2013 at 8:43 AM

    thnaks HH satu info yang teramat penting buat para blogger,,,,

    ReplyDelete
  5. buat sesuatu tu jgn sekadar melepaskan batuk di tepi tangga ye

    ReplyDelete
  6. ada cara/ tips terbaik... kenapa perlu berlengah. tq HH

    ReplyDelete
  7. Hehehe... ehemm .. terasa lak ddaaakkuu .. :P

    ReplyDelete
  8. Menarik sekali info ini. Patut diketahui oleh ramai blogger yang gunakan Adsense.

    ReplyDelete
  9. Ya, andai sudi, bolehlah kongsikan dnegan yang lain - LIKE atau Google+

    ReplyDelete
  10. setelah bereskperimentasi dan mengkaji, saya mendapat iklan di bawah artikel adalah yang paling optima sekali. Setiap hari saya dapat 20-55 klik, menyumbang jumlah untung dalam lebih dari $100 Dolar sebulan. iAwani menggunakan Adsense.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement