As-Salam. Bulan Julai, alhamdulillah dapat lagi Campaign Assignment daripada Churp Churp. Ini merupakan kempen pertama diberikan bulan ini. Bulan Jun 2013, dapat juga merasa 4 Social Seeding. Semua Social Seeding yang saya dapat tu semuanya untuk akaun Twitter saya. Dah daftar Churp Churp? Belum lagi? Daftar sekarang - Join Churpers Malaysia!

Siapa yang dah daftar dengan Nuffnang, pasti takkan lepaskan peluang untuk daftar sekali dengan Churp Churp memandangkan dua entiti buat duit online ini adalah dari syarikat yang sama.

Campaign Assignment Pertama Julai Churpie

Bentuk Social Seeding daripada Churp Churp
Cara buat duit dengan Churp Churp

Ok. Mungkin ada yang tak tahu apa itu Social Seeding atau Campaign Assignment ini. Jadinya, saya akan cuba terangkan dengan serba ringkas mengenainya apa kebendanya Social Seeding ini.

Apa Itu Campaign Assignment atau Social Seeding?

Pertama sekali, untuk pengetahuan anda bukan semua blogger atau yang ada akaun Churp Churp akan menerima Social Seeding ini. Ia merupakan kempen terpilih untuk sesetengah pemilik akaun Churp Churp (Churpie) sahaja. Jadi, boleh dikatakan ia agak istimewalah.

Mereka yang dipilih akan dihubungi menerusi email yang didaftarkan dalam akaun Churp Churp. Kalau siapa bagi alamat email salah atau silap, maka memang takkan tahulah. Sangat penting sekali anda lihat sebarang email dari Churp Churp kerana jika anda terlewat, anda akan melepaskan tawaran yang disediakan sebab ia adalah berdasarkan satu kuota tertentu. Dapat je informasi samada dari email atau dashboard akaun Churp Churp anda, terus je buat apa yang diminta.

Ya, kempen ini juga akan diperlihatkan di dashboard Churp Churp anda. Anda dikehendaki ikuti langkah-langkah yang diberikan, samada berkongsi kempen istimewa tersebut di akaun Twitter atau Facebook mahupun forum.

Anda tak boleh suka-suka hati buat iklan sendiri dengan Social Seeding ini. Ada syarat dan peraturan yang ditetapkan. Jadi, compose atau tulis iklan anda itu dengan sebaik mungkin tanpa langgar tetapan yang diberikan.

Bagaimana Kempen Berjalan?

Kempen menerusi Twitter akan diterbitkan secara automatik dalam akaun Twitter anda, berdasarkan apa yang dah anda sediakan semasa pemberian kempen tersebut. Manakala, ahli Churp Churp yang dikehendaki gunakan akaun Facebook, maka perlu kongsi atau post secara manual di akaun Facebook masing-masing serta juga forum.

Ia agak lumayan kerana nilai setiap klik adalah berbeza dengan kempen biasa.


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. lama dah ayu tak dapat social seeding ni haha sian kan.. :p

    BalasPadam
  2. tak pernah tahu pun .. ho ho ho

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement