Untuk itu, saya kongsikan sedikit info mengenai senarai barang kawalan yang tidak boleh sewenang-wenangnya dinaikkan harganya tanpa mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.
Senarai Barang Kawalan Bawah Akta Kawalan Bekalan 1961
Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974
- Gula
- Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau susu kering dan susu cair
- Garam
- Simen dan klinker
- Tepung gandum
- Minyak masak
- Baja
- Racun serangga
- Cuka getah atau apa-apa cuka lain digunakan untuk membekukan getah
- Bar bulat keluli lembut
- Minyak tanah
- Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas kedap udara
- Beras dari semua jenis (Sabah sahaja)
- Padi (Sabah sahaja)
- Petrol, spirit motor dan gasoline motor dari semua gred
- Bahanapi diesel
- Gas petroleum cecair (LPG)
- Semua jenis roti
- Minyak bahanapi
- Ayam (sama ada segar, disejukkan @ dibekukan)
- Kayu Getah
- Topeng muka (2 lapisan, 3 lapisan, 3 lapisan, N95)
Urusniaga barang-barang kawalan berjadual memerlukan suatu lesen yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan.
- Gula
- Tepung gandum
- Minyak Masak
- Baja Kimia
- Minyak Tanah
- Petrol, spirit motor dari semua gred
- Bahan Api Disel
- Bar bulat keluli lembut
- Simen
- Gas Petroleum cecair
- Roti
- Ayam
Kemaskini barangan adalah pada Ogos 2012.
Anda boleh mengemukakan laporan atau aduan sekiranya barang-barang yang tersenarai di atas didakwa naik secara mendadak atau mempamer serta menggunakan harga yang agak melampau dan tidak masuk akal.
tq info , salam singgah sahur HH
ReplyDeleteuish.. racun serangga pun termasuk sekali ye??
ReplyDeletetq u so much mr.hh atas info ni. hujung minggu ni ija ke pasar, mak oiii barang dah naik..hurm...diam jek.
ReplyDeleteSama-sama @Ija Rased
ReplyDeleteTermasuk .. untuk petani .. kalau harga naik, harga beras pun leh naik sbb kos racun tu
ReplyDeleteTerima kasih ..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.