As-Salam. Salah satu cara untuk blog anda menerima trafik tinggi adalah menerusi Facebook. Ada banyak cara yang boleh anda gunapakai, tetapi yang paling bagus ialah mendapat trafik daripada mereka yang benar-benar berminat dengan blog anda sahaja. Mereka inilah pembaca setia blog anda, dan bukan singgah secara random hanya kerana kata kunci atau ayat umpan tertentu.

Salah satu cara untuk anda dapatkan pembaca sebegini adalah dengan menggunakan Facebook (FB) Fanpage. Entri kali ini, saya ingin berkongsi bagaimana anda boleh dapatkan pengikut atau pembaca yang benar berminat dengan blog anda menerusi Pop Up LIKE versi tanpa pemasa. Agak berlainan dengan versi sebelum ini dari segi cara ia mengendalikan pengunjung ke blog anda.

Dalam versi FB Fanpage Pop UP Like (versi melekat) yang saya kongsikan sebelum ini, ia tidak ambil kira pengunjung berulang ke blog anda. Jadi kali ini, dengan menggunakan cookies di dalam pelayar internet anda, versi pop up ini akan detect samada pengunjung tersebut adalah pengunjung berulang atau tidak, jika ya, maka fungsi ini tidak akan keluar - dalam jangkamasa tertentu.

Tatacara Buat FB Fanpage Pop Up Like Tanpa Pemasa

Versi ini adalah seperti yang ditunjukkan kat atas ni. Ia simple, kemas dan punyai butang tutup (x). FB Fanpage Pop Up Like ini tiada pemasa - memberikan sepenuh kebebasan untuk pengunjung samada mahu sukakan blog anda atau tidak. Ia cuma akan memeriksa data cookie yang terkandung di dalam pelayar internet untuk periksa samada pengunjung adalah pengunjung berulang ke blog anda.
 
Cara ini tidak memaksa pengunjung blog anda untuk sukakan fanpage blog anda. Ia juga tidak menyakitkan hati kerana ia akan muncul sekali dalam masa seminggu atau sebulan (tak pasti) bagi mereka yang menjadi pembaca atau pengunjung setia blog tersebut.

Berminat nak pasang? Ok, anda hanya perlu salin kod HTML yang saya sedikan di bawah ini dan letakkan dalam blog anda. Anda boleh masukkan kod ini menerusi Add a Gadget - Add HTML/Javascript dan letakkan di bahagian bawah sidebar blog anda.

Kod HTML FB Fanpage LIKE Tanpa Pemasa



Pastikan anda telah tukarkan bahagian kod Facebook dengan kod HTML kepunyaan anda sendiri. Anda boleh variasikan ia dengan merujuk pada entri saya yang ini - Cara Mudah Letak FB Like Fanpage.

Atau boleh sahaja gunakan kod di atas, dengan tukarkan NAMA-FANPAGE-BLOG-ANDA itu dengan kepunyaan anda.

Siap. Save dan lihat hasilnya. In Sha Allah, di lain entri, saya akan kongsikan satu lagi versi untuk anda gunapakai.

Selamat mencuba.


16 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bagus jugak ada nie..paling tak suka ada blogger yang letak pop up fb nie siap ada masa lagi...tapi itu pilihan diorang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hm ya .. ada banyak versi boleh digunakan. Pilihan terletak pada pemilik blog ... macam mana dia mahu lakukan.

      Padam
  2. Assalamualaikum. bagus gak ni. tapi risau gak orang tak suka. hehehhee :)

    BalasPadam
  3. Sy tgh berfikir2 utk psg ke tidak...terima kasih ats tunjuk ajar.sy akn dtg cr tutorial ni kl berminat utk psg..;)-

    BalasPadam
  4. memula mmg nak letak . tapi momoy sendiri tak suka so belum fikir lagi nak letak di blog. apapun terima kasih atas perkongsian bro. mungkin lain hari tetiba terniat nak buat, boleh cari tuto nih

    BalasPadam
  5. thanks sharing ,paling benci kalau ada masa sampai 1000 saat tu .adrhh

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum tuan. Saya masih mencuba tapi tidak menjadi lagi. Apa yang dimaksudkan "tukarkan NAMA-FANPAGE-BLOG-ANDA itu dengan kepunyaan anda". Url fan page saya; https://www.facebook.com/pages/Lelongan-Hartanah/1411470349068859. Mohon tuan bantu saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm ... memandangkan belum ada nama fanpage, saya dah perbaiki kod di atas menjadi URL FB FANPAGE .... sekarang pastekan url fb tadi ke kod yang saya minta tukar, in Sha Allah akan ok ...

      Maaf atas kesulitan.

      Padam
  7. Saya sudah tukar kepada URL fan page saya tapi masih belum jadi. Adakah ini alamat URL? http://www.facebook.com/pages/Lelongan-Hartanah/1411470349068859#!/pages/Lelongan-Hartanah/1411470349068859.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak, URL yang tuan bagi mula2 tadi, saya dah test .... elok je keluar pop up fanpage yang ada 9 ratus lebih likes tu ...

      Padam
    2. Maaf tuan. Saya dah masukkan URL: https://www.facebook.com/pages/Lelongan-Hartanah/1411470349068859 tapi masih belum keluar. Tak tahu lah di mana silapnya.

      Padam
  8. Kod di atas tu saya ada buat pembetulan, copy balik, letak secara Javascript di sidebar, paste dalam widget tu, dan tukar URL tu dengan URL page.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduss.. Tak keluar lagi tuan.. Haha.. Saya sudah copy skrip kat atas, then add a gadget => HTML/JavaScript => paste => tukarkan =URL-FACEBOOK-FANPAGE kepada url saya kat atas.

      Padam
    2. Ok. Cara terakhir, anda kena [arse HTML yang tadi, pergi ke alamat berikut: http://www.blogcrowds.com/resources/parse_html.php

      Copy semua kod HTML di atas siap dengan URL yang telah ditukarkan, pastu masuk laman di atas dan kemudian tekan Parse, copy kod baru dan letakkan semula sebagai widget. Tengok hasilnya.

      Padam
  9. Hasilnya mendukacitakan tuan.. Tetap tak menjadi.. Boleh minta tuan forward kepada saya skrip yang dah tuan tuka kepada url page saya? Nie last usaha saya.. Hehe..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement