Beranikah blogger baru untuk mengapai impian dalam dunia blog Malaysia? Pada pandangan awal mungkin nampak segalanya seperti best, seronok, mengujakan dan mungkin glamor. Walhal, banyak benda onak duri yang menanti di dalam perjalanan tersebut.
Hari ini buat blog, esok lusa mungkin boleh gembira. Tapi tak mustahil, hari-hari yang akan datang, setahun, dua tahun atau tiga tahun, blogger mula terasa pahit dan getir berada di dalam dunia blog Malaysia. Yang disangka kawan rupanya lawan. Yang disangka suka menyibuk hal diri rupanya seorang rakan yang mahu membantu.
Pembawaan diri blogger dalam dunia blogger perlu berhati-hati. Andai silap langkah, dari 10 yang kata "aku follow kamu" akan ada 1 yang mungkin cuba buat onar dengan anda. Mungkin disebabkan sedikit kejayaan yang anda berjaya capai. Mungkin juga disebabkan oleh kelebihan yang anda ada dari dia.
Bila anda jejakkan diri dalam dunia blog, pertama sekali anda harus tahu apa yang perlu diceritakan dan apa yang tidak perlu dihebahkan. Manusia ada pelbagai rasa, sikap, pendapat, cara, ragam, tabiat, kesukaan dan kejelekkan. Dan manusia-manusia ini akan menjadi pengunjung dan pembaca blog anda.
Beranikah blogger baru untuk bersemuka dengan mereka yang ada hasad dan dengki dalam dunia blog? Beranikah blogger baru untuk menatap kejayaan blogger lain sedangkan diri masih lagi tidak ada sebarang pembaharuan? Beranikah blogger untuk menerima kritikan dan cabaran daripada rakan blogger lain?
Buat blog memang ada yang untuk suka-suka, sekadar hobi. Tetapi harus ingat, nasib malang bukan memilih orang. Ia datang tanpa bau dan rasa. Sesiapa pun boleh hadapinya.
Awal mungkin difikirkan sangat tetapi percayalah akan ada satu masa ketika berada di dalam dunia blog ini, anda akan terketar dengan apa yang telah anda kongsi dalam entri-entri anda. Akan ada satu masa apabila anda merasakan anda mahu tutup sahaja blog dan lupakan perkara pahit yang telah melanda.
Beranikah blogger baru untuk hadapi segala kemungkinan yang ada dalam dunia blog Malaysia?
Tepuk dada dan buatlah entri.
ye betul
ReplyDeleteoh! takutnya, ada juga kekadang terima tempias dari sesetengah blogger, tapi ambil semua itu positif dan pengajaran bagi diri sendiri, sebagai newbie, kena banyak belajar baru boleh berjaya.. terima kasih atas perkongsian.. :)
ReplyDeletedalam dunia blog apa2x pun boleh berlaku..berani menerima risikonya..perkara sebegini sebenarnya boleh mematangkan kita untuk terus menulis.
ReplyDeleteJom terjah sini Etika Penulisan Di Blog
buat aku terfikir dan akan lebih berhati2 di dalam setiap penulisan aku nanti...
ReplyDeleteyup! thanks for sharing this info bro :)
ReplyDeleteakan lebih berhati-hati. :)
ReplyDeleteKalau tidak berani masakan berumah di tepi pantai... Sekali sudah melangkah, pantang berundur kembali, cuma takut tersungkur di tengah jalan aje...
ReplyDeleteMaka sebelum melangkah, kuatkan tekad, pastikan matlamat dan berhati2, kutiplah ilmu sepanjang perjalanan, berbuat baik dan tawakkal. Semoga tujuan baik akan di permudahkan urusannya...Insyallah.
Syabas untuk mereka yang telah melalui onak duri dlm dunia blog dan dapat mengatasinya dengan cara bijak dan matang. Berdiam bukan bererti kita lemah atau kalah. Jadi lah diri sendiri dan pastikan kita bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis agar tidak memakan diri pada satu ketika nanti....
ReplyDeletenaik slow2..rezeki orang hari ini, mungkin esok lusa rezeki kita..
ReplyDeleteEntri Baru Update : BFF Ke 200
kita dengan cara tersendiri, pandangan dan teguran dari bloggers penting untuk memantapkan ilmu blogging......
ReplyDeletein shaa Allah.. kena berfikiran positif.
ReplyDeleteBlog nor banyak dah tutup kedai :). Kata orang ada dua cara nak tahu sesuatu. Satu cara melalui pengalaman orang lain, satu lagi lalu sendiri. Suka pulak komen guna openid :)
ReplyDeleteSetiap kali selepas menulis entri, mesti termenung. "Betul ke apa yang aku tulis tu..?" Bimbang jika salah silap.
ReplyDeleteSemua blogger akan melalui fasa-fasa ini..
ReplyDeleteYang penting berhemah..
betul tu. Kena berjaga-jaga kepada yang baru kan.
ReplyDeleteNo pain, no gain...
ReplyDeleteTEPAT SEKALI. pd cx masa diawal cx ceburkan diri, cx dah tetapkan niat dan prinsip berblogging. pd cx, blogging bkn ntk tmpt suka-suka cx dlm kongsi benda yang boleh membawa kesan negatif kpd pembaca dan diri cx sendiri. pd cx, apa yang cx buat, mesti seiring dan tdk mlggr hukum agama serta undang2 negara kita. :) dijemput baca pendapat cx ntk jawapan entry ini :) terima blogger hasrulhassan yang mencetuskan idea buat cx create new entry :)
ReplyDeletehttp://cxopportunities.blogspot.com/2013/08/beranikah-blogger-baru-pendapatcx.html
blogger nie..macam berniaga juga..ada turun naiknya..kalau mahu kekal mestilah lalui semua ini..:)
ReplyDeleteJangan lupa, ALLAH kan ada .
ReplyDeleteMinta pada DIA .............
Jangan meminta pada manusia .
Selalunya Kak Ain buat entry mengenai kehidupan sendiri. Adakalanya teringin juga nak menyentuh isu-isu semasa. Tapi tak jadi kerana tengok dah ramai yang keluarkan kisah yang sama. Jadi Kak Ain tetapkan di hati nak jadi blogger yang low profile je. Kalau ada info yang menarik, Kak Ain link kat blog tersebut.
ReplyDeletemacam2 tahap blogger pernah jumpa sofar.. tapi believe in future lagi banyak jenis blogger bakal menyusul..
ReplyDeletepernah terkena..ops...tapi kena berani tanggung la,kalau ada silap,cepat2 mintak maaf..biasalah..blogger pun makhluk Allah,mana ada manusia sempurna,pasti sedikit sebanyak ada salah silap dimana-mana..kata orng belajar dari kesilapan
ReplyDeleteBelajar dari kesilapan..sentiasa ingat apa yang kita ada mungkin tak kekal kalau tak dijaga..
ReplyDeletepesanan dr blogger berpengalaman..:) terima kasih Hh
ReplyDeleteAkan selalu belajar dari penggalaman..jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai..kan HH
ReplyDeletebelajar dr pengalaman dan jangan buruk sangka..hhehhe
ReplyDeletenasihat yang bagus. anyway im new here. baru buat blog harini. haha.
ReplyDeleteInsya Allah boleh..walaupun pernah tensen dgn mulut blogger lain..
ReplyDeletehttp://aenoyou.blogspot.com
In shaa Allah, klu nak seribu daya... t kasih atas peringatan sifu...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.