Apa maksud simbol #R4BIA yang mencetuskan fenomena di laman-laman sosial seperti Twitter, Facebook dan juga di Instagram serta Google+ Profile? Ramai pengguna laman sosial telah menggunakan Display Profile (DP) menggunakan simbol 4 jari yang dikenali sebagai R4BIA ini.

Simbol 4 Jari untuk Mesir

OHBlogger Malaysia - Simbol R4BIA popular dan fenomena di laman sosial

Simbol yang digunakan adalah hasil cetusan idea yang telah dipopularkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan pada 17 Ogos 2013, sebagai simbolik mengecam tindakan yang dilakukan oleh pihak tentera Mesir kepada penduduk awam khususnya kepada penyokong-penyokong pro-Mursi di Ramses Square dan Masjid Fatih.

Cara Tunjukkan Prihatin dan Peka Situasi Mesir

Ramai pengguna laman sosial menggunakan simbol ini sebagai DP mereka untuk menunjukkan keprihatinan dan kepekaan mengenai apa yang sedang dan telah berlaku di Mesir.
Maksud dan pengertian simbol R4BIA di laman sosial

Maksud Simbol #R4BIA - 4 Jari

Anda tentu mahu tahu apa maksud simbol 4 jari dengan simbolik perkataan R4BIA ini.
  • Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan. 
  • Simbol untuk mengenang markas atau khemah perkumpulan Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta Mesir. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah. 
  • Simbol ini dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan sebagai kritikan keras dengan apa yang telah berlaku di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta Mesir. 
Simbol #R4BIA
Anda tentu tidak menyukai keganasan, apatah lagi ia dilakukan kepada penduduk awam yang mahukan keadilan sebenar. Jika anda seorang yang prihatin dan ambil berat mengenai keadaan di Mesir, anda boleh tunjukkan sokongan dengan menggunakan DP untuk profile blog, Facebook, Twitter mahupun Instagram anda - atau mana-mana profil laman maya yang anda mahu.

11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement