Duduk diam dapat duit? Nonsense .... serius saya beritahu, tiada benda atau kerja di dunia ini duduk diam boleh dapat duit. Tak percaya? Cubalah duduk dalam jamban tu berjam-jam, takkan tergolek duit depan mata. Jadi, jangan mudah terpedaya dengan janji mereka yang mengangkat motto - Duduk diam boleh dapat duit. Apatah lagi dengan blog, dengan laman web, itu semua dusta dan penipuan belaka.

Malas Bukan Teknik Buat Duit Menerusi Blog

Petua dan tips untuk buat duit menerusi blog

Malas - itulah konsep yang mereka ini mahu terapkan. Racun utama disuntik adalah dengan kemalasan pun boleh menjana pendapatan. Dan semua tahu, malas adalah duta kepada perlakuan syaitan iblis. Dengan malas, nafsu dan bisikan syaitan menjadikan manusia tidak produktif, menjadikan manusia ini lemah, dan sentiasa menjadi manusia yang berharap - tanpa usaha.

Mahu buat duit dengan blog - jauhkan diri dari kemalasan. Mesti ada usaha kuat. Kalau tak ada usaha, sesen pun takkan anda dapat menerusi apa yang diusahakan menerusi blog. Sikit usaha, maka sikitlah habuannya (macam saya). Alhamdulillah, usaha yang ada membolehkan saya menjana beberapa sen daripada beberapa program affiliate dan juga pengiklanan (sewa tapak iklan). Saya juga berjaya peroleh beberapa lagi sen menerusi platform pengiklanan dari Nuffnang, Advertlets, Adsense dan juga Komli.

Tak lupa, beberapa sen lagi dari Churp Churp dan juga 8Share.
Tips dan teknik buat duit dengan blog

Dan semua itu (pendapatan) diperoleh kerana saya berusaha untuk mempromosi, berkongsi, bercerita menerusi kaedah dan teknik saya pelajari. Dan belajar juga adalah salah satu daripada usaha!

Haa..nampak berapa banyak cabang dan peluang yang boleh direbut. Semuanya ada habuannya jika ... hanya jika kita berusaha mendapatkannya. Tak buat - malas - takkan dapat. Kena ada usaha, kerja dilakukan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

Kita tengok ada yang kaya berjaya sebab menjual produk MLM. Mereka bukan kerja biasa, tetapi buat kerja secara luar biasa - tanpa langgar syarat dan cara.

Kita tengok ada yang kaya berjaya sebab jual ebook sahaja. Mereka ini bukan menulis sambil lewa, tetapi menulis dengan pengalaman, kajian dengan peruntukan masa luar biasa yang mungkin tak ramai orang boleh buat.
Teknik buat duit dengan blog - Hindarkan sifat Malas

Ada pula rakan berjaya dengan blognya, bukan ambil masa sehari dua, tetapi makan tahun dengan pelbagai cara, usaha, ilmu - jauh dari sifat malas yang hanya menipu manusia.

Malas, bukan teknik untuk anda berjaya, apatah lagi untuk buat duit menerusi blog. Jika mahu blog menjana pendapatan, serta memberikan income, maka usahalah sedaya mencapai matlamat itu. Sabar itu benteng kemalasan.

*Lebihkan memberi dari menerima. Jangan gopoh mengejar kebendaaan, dan sulami usaha dengan mohon redha dan iktiraf daripada Allah S.W.T.



18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Memang betul tu, kena banyak pelajari teknik, buat kajian, dan apply .. Ya.. tak lupa juga kena usaha lebih, lepas tu baru boleh, tawakal, agar apa yang diusahakan, berjaya .. ^__^

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, banyak perkara yang ramai blogger ambil mudah, bukan semua yang akan berjaya. Semuanya terletak pada usaha yang dilakukan.

      Padam
  2. Setuju sgt..duit blogging target 1k setahun pun dah ok

    Entry Terkini : Kereta Milik Anggota Polis di Curi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, bagus ada target ni. Senang wat kerja.

      Padam
  3. saya sokong tu...xde benda yang dapat percuma kalau tak berusaha
    kisahsidairy.blogspot.com

    BalasPadam
  4. saya setuju dengan HH..kalau kita malas, satu sen pun takkan dapat..sama juga macam keje yg ada ni..kalau malas, satu keje pun tak siapkan

    BalasPadam
  5. Yup setuju, blogger yang dapat buat duit guna blog bukan pemalas. Mereka adalah golongan yang super rajin.

    BalasPadam
  6. betul3.. dah 2 tahun sy berblogging dan dah bermacam barang mhl yg sy dah beli hasil blogging..memang amat syukur sangat.. usaha menuju kejayaan!.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tgk PingJe dah makin mantap ... ada lebih 74 ribu fanpage, saya sendiri kagum. Saya dah lebih 5 tahun berblog tapi fanpage tak naik2... teringin nak belajar.

      Padam
    2. perhh.. 5 tahun tu.. mungkin bro kena guna pop up like fb kot.. sbb sy guna tu je utk tarik like.. :)

      Padam
    3. Pop Up LIKE akan buat blog kurang mesra SEO. Penalti dikenakan untuk blog yang ada pop up like ni. :)

      Padam
  7. Assalammuaikum....HH,

    Memang betul penyataan ini.. setuju mana ada nak duit tapi malas... nak D.U.I.T ialah Doa,Usaha,Istiqamah, dan Tawakal... baru berjaya kan!..

    mselim3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaekkk ... terima kasih, ini idea untuk saya tulis entri ..:)

      Padam
  8. Jangan jadi malas, nanti takkan berjaya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Tak kemana-mana, malah nak suapkan nasi pun tak boleh.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement