Hari-hari godek dan belek blog.... arghhhh apsal tak gerak-gerak hits blog ni. Tension. Stress. Anda dah ada blog sejak sekian lama, tapi tak ada sesuatu yang boleh anda jadikan satu kebanggaan bagi anda berkaitan blog. Trafik macam tu gak, sama sejak dua tiga tahun dahulu. Belum lagi kisah earnings dari blog, sehingga satu tahap jual surat khabar lama pun lagi untung.

Idea tak datang, tension hari-hari nak tulis entri, nak dapatkan jumlah trafik yang baik, nak update blog yang semakin hari semakin layu. Orang lain boleh buat, kenapa diri tak boleh?

3 Perkara Berkaitan Stress

Sebagai seorang manusia, anda seharusnya tahu ada 3 perkara berkaitan stress iaitu;
  1. Perkara yang kita boleh kawal
  2. Perkara yang kita boleh pengaruhi untuk diubah
  3. Perkara yang di luar kawalan kita.
cara tanggani tekanan blogger

Maka, apabila kita dah tahu, senang bagi kita sedar mengenai stress. Dan kita perlu bijak untuk tanggani. Stress atau tekanan memang tak akan hilang kerana ia akan wujud sentiasa. Yang bezanya ialah bagaimana kita nak urus agar ia tidak bebankan kehidupan dan aktiviti kita seharian.

Tension Tulis Entri, Stress Dengan Blog

Tulis entri blog, masalah berkaitan blog - kita stress; ini merupakan perkara yang boleh kita kawal. Masa nak tulis entri, tajuk entri, kandungan blog, SEO blog, arah tuju blog - ia merupakan aspek yang kita boleh kawal dan perkara yang kita boleh pengaruhi untuk diubah.

Namun, seperti yang disebutkan tadi ada perkara yang di luar kawalan kita terutama berkaitan takdir, berkaitan hasil. Kita dah lakukan sepenuh jiwa raga, usaha bertubi-tubi dari hari ke hari, namun pengakhiran tidak seberapa - ini merupakan perkara di luar kawalan kita. Maka, dengan menyedarinya, kita dapat kawal tahap tekanan pada diri. Kita sedar bahawa setiap usaha itu tidak semestinya memberikan hasil yang diharapkan.

Stress dengan blog kerana belum nampak kejayaan. Kejayaan tidak hadir dalam sekelip mata. Ia bukan sesuatu yang boleh kita duga, ia perkara di luar kawalan kita. Cepat atau lambat ia hadir bukan ditentukan oleh kita secara mutlak, namun kita boleh sentiasa berusaha ke arah itu memandangkan aspek yang boleh kita kawal untuk meraih kejayaan masih lagi ada.

Redha atas hasil, asalkan kita telah berusaha. Jangan redha tapi tanpa usaha - sampai bila-bila tak jadi apa.


16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. Ada. Mungkin yang baru berblog tak terasa lagi.

      Delete
  2. "Redha atas hasil, asalkan kita telah berusaha. Jangan redha tapi tanpa usaha - sampai bila-bila tak jadi apa."

    Setuju dengan ayat di atas.. Terbaik bro.. :)

    ReplyDelete
  3. yezza.. kena pandai handle stress

    ReplyDelete
  4. terima kasih, betul tu, semua orang hadapi stress, sama ada boleh kawal dan tidak sahaja, dan tahu cara selesaikannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Matahariku ... boleh jadi pakar motivasi ni ..hehehe

      Delete
  5. betul tu..semua orang akan hadap dengan stress...:)

    ReplyDelete
  6. Jangan terlalu memaksa diri, Jadikan blog satu hobi dan minat yang mendalam dengan meneroka rahsia dan ilmu di dalamnya umpama mencari harta yg tidak ternilai harganya...
    Jangan jadikan ianya satu, Insyaallah...pasti anda tidak stress.

    ReplyDelete
    Replies
    1. * Ralat : Jangan jadikan ianya satu keperluan, Insyaallah...

      Delete
  7. Replies
    1. Bukan semua orang ada sifat penyabar yang jitu.

      Delete
  8. Usaha adalah tangga kejayaan...jangan mudah putus asa untuk mencapai kejayaan..www.tepakku.com

    ReplyDelete
  9. saya stress kalau computer buat hal, padahal idea banyak.....huhu

    ReplyDelete
  10. usaha dan terus usaha tanpa rasa bosan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement