Pentingkah trafik untuk seorang blogger? Masing-masing akan ada pendapat sendiri. Pendapat tu pula berlandaskan latar belakang mereka. Kepentingan trafik ke blog kena dan perlu lihat apa fungsi blog tersebut. Kalau setakat cerita anda makan mee goreng ada telur mata kerbau atau kisah anda pergi Hatyai ... mungkin trafik tak penting sangat.

Tapi, jika anda makan mee goreng ada telur ... dah tu pula harga dia hanya RM1 sepinggan, dan mee goreng itu pula sedap dan mengenyangkan, maka trafik penting - kerana apa? Kerana anda kongsikan sesuatu yang perlu diketahui oleh ramai orang. Orang perlu tahu mana nak cari makanan mee goreng yang sedap dengan harga murah. Trafik penting kerana dengan trafik, anda membolehkan ramai orang dapat tahu ada tempat yang jual mee macam tu.


Itu satu sudut kepentingan trafik untuk blog anda. Anda perlu trafik supaya apa yang dikongsi dapat dibaca ramai, dan mereka peroleh manfaat darinya.

Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog?


Mari lihat dari satu sudut lain pula.

Jika seorang blogger ada 3 blog, dan setiap blog itu boleh menjana pendapatan RM10 dengan 1000 trafik seminggu, tentu sahajalah ia penting. Sebab dengan adanya trafik, barulah blognya boleh menjana pendapatan. Kalau tak ada trafik, jangan haraplah nak kongsi entri mengenai pendapatan menerusi blog - sebab takkan ada punya.

Penting Untuk Blogger Penuh Masa

Bagi blogger sepenuh masa seperti saya, trafik memang sangat penting. Kot mana cara adalah perlu bagi memastikan blog diterjah setiap hari oleh pelbagai pengunjung - tua, muda, kaya, tak berapa kaya, moden, tradisional, remaja, belia, ibu tunggal, mereka yang kerja kerajaan, mereka yang kerja sendiri .... kerana mereka ini merupakan tunjang untuk blog ini terus hidup.

Bayangkan, kalau anda ada blog. Anda pula blogger sepenuh masa. Pendapatan anda pula adalah dari blog. Trafik = 0! Macamana nak jaja blog anda kepada pengiklan, dan bagaimana pula pengiklan nak minat untuk letak iklan di blog anda? Dan bagaimana iklan CPUV Nuffnang nak beri income best? Bagaimana iklan Adsense nak jana ratus-ratus USD sebulan?

Lagi pula, kalau anda letak sewaan tapak iklan di blog, adilkah anda jika anda pinggirkan trafik ke blog setelah pengiklan bayar untuk letak iklan hatta ianya disewakan RM1 sebulan? Adil tak?

Trafik Blog Adalah Kekuatan Blog Anda

Trafik menunjukkan kekuatan blog anda. Jika anda mahu syarikat besar bekerjasama dengan anda, dan bayar anda untuk kerjasama itu, anda mesti ada trafik yang tinggi supaya tak rugi kerjasama yang dilakukan.

Anda tengok ramai blogger hadir event, dapat guna dan test gajet macam-macam, dapat hadiah itu ini daripada syarikat besar macam Samsung, Nikon, Toshiba, Proton, Perodua, Sony, Dell ... tak lupa juga dari syarikat-syarikat lain seperti Mc D, KFC, Mydin, Butik Mama, Fareeda dan macam-macam lagilah... semuanya kerana blog mereka ada trafik tinggi. Pengiklan suka pada blog trafik tinggi - ini adalah fakta benar dunia blog Malaysia.

Ada juga blogger yang masuk keluar media massa ... sebab tarikan trafik di blog mereka. Tak percaya? Anda lihat sahaja blogger yang pernah tampil satu dua muka penuh di majalah dan akhbar, antaranya Ben Ashaari, Eqbalzack, Hanis Zalikha, Abang Ensem ....masuk TV pun ramai dari blogger yang blognya ada trafik tinggi.

Trafik Blog Untuk Beri Manfaat Pada Yang Lain

Trafik penting jika apa yang anda ingin kongsi, cerita, berikan itu dimanfaatkan orang lain, termasuklah diri anda sendiri. Jika trafik tak ada, blog tak boleh buat duit. Jika trafik tak ada, anda takkan ada pembaca setia baru. Jika trafik tak penting, blog anda tak akan ke mana.

Blogger mesti fikir mengenai trafik. Kerana trafik itulah yang akan menghidupkan blog anda. Tak percaya? Berapa ramai blogger yang dah tutup blog disebabkan kecewa blog mereka tak ada trafik best cam orang lain!

Ada pendapat lain mengenai Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog? Jika ada, sila tulis dan hantarkan pendapat dan entri anda ke sini - Santaikata: Contest Blogger

Anda boleh menang hadiah berupa wang tunai sehingga RM300! Sah sehingga 30 September 2013.



23 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalamualaikum. nice entri HH. memang jatuh rahang tengok trafik HH. serius, bukan calang2 ohhh. good luck HH yaa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Saya pun macam tu juga dulu. Tgk blogger lain kongsi stats trafik mereka, memang nganga .. tak sangka pula saya pun boleh. Malah anda pun boleh buat.

      Padam
  2. setuju dengan entri ini.traffic juga dapat meningkatkan motivasi menulis kita..;)

    BalasPadam
  3. trafik adalh segala-segalanya bagi blog...hu3..tapi kalau blogger baru mcm aku kenalah terima hakikat kalau trafik rendah...kena berusaha lebih lagi kan...don't give up

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Terima kasih Aynora ... Rezeki itu dari Allah.

      Padam
  5. Teringin nak dapat traffic cam tu banyakkkk...tp entah bila!

    BalasPadam
  6. masyaallah. statistik yang mengagumkan

    BalasPadam
  7. Traffik kena seimbang.. huhu kalau tak habis la blog kita :P

    BalasPadam
  8. Keep it up bro.. saya sentiasa menjadi penyumbang trafik untuk anda.. hehe.

    BalasPadam
  9. trafik sangat penting.. lagi lagi traffic light.. hehehe...
    gurau je..
    pernah rasa sekali, trafik merundum.. den frust gilo.. terus mcm berhenti blogging..
    then ni aktif balik.. alhamdulillah..trafik ok dah

    BalasPadam
  10. Tanpa traffik apa lah sesebuah blog tu..blog personal pun perlukan traffik..apa lg blog infomasi dan sebagainya..so bg sy traffik adalah kunci sesebuah blog itu..tingkatkan kontroversi agar tinggi traffik blog anda!..hahaha..nice sharing bro.. :)

    BalasPadam
  11. Sangat sukar nak dapat trafik yang tinggi seperti Tuan HH, Denaihati, Shakkido dan sebagainya. Sebab itulah income mereka banyak masuk kerana trafik ni lah. Ramai pengiklan yg ingin mengiklankan jenama mereka.

    BalasPadam
  12. Ada contest tentang tajuk ini, lihat pada entri tuan HH, kecut perut nak bersaing. Harapan nak menang nampak sukar. lainlah yg jenis SEO...boleh juga mengharapkan penilaian di SERP. Apapun berusaha selagi tidak diumum pemenangnya.

    BalasPadam
  13. Datang lagi sini, hihi...mr HH punyer entri paling best pada pandangan saya setakat hari ini...

    BalasPadam
  14. Best entri ni. Tengok stat pun, ramai pengiklan berminat. Walaupun hanya RM1, ia amat bermakna samada bagi blogger atau pengiklan. Setiap perkara ada nilainya. Nothing is free ma... Nor pun join contest ni :). Semoga berjaya tuan HH.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement