Ramai blogger, terutama blogger baru berkata, "Saya berblog hanya untuk suka-suka....". Ya, saya faham, tetapi tidakkah sesuatu yang sia-sia jika hanya untuk suka-suka? Dan bukankah perkara yang hanya dibuat suka-suka itu sesuatu perkara yang sia-sia? Dan bukankah Tuhan tidak suka kepada perbuatan yang sia-sia? Adakah anda mahu hidup dan masa anda dipersiakan?

Berblog Suka-Suka ....

Berblog suka-suka memang boleh, namun dalam kita dok kata bersuka-sukaan itu, adalah lebih baik kita tetapkan matlamat dan tujuan kita berblog. Setidaknya apa yang kita buat ada tujuan yang nampak jelas dan ketara. Kentut pun ada makna dalam hidup .... tiada benda yang Tuhan jadikan dalam dunia ini untuk suka-suka, segalanya ada pengertian dan sebab kewujudan.

Maka, untuk itulah .... bagi anda yang berkata berblog untuk suka-suka tetapkan matlamat anda dalam dunia blog. Ya, itu hak anda dalam dunia blogger Malaysia; tetapi seperti awalnya saya katakan tadi ... mengapa perlu buat benda yang suka-suka ke arah yang sia-sia? Buat sesuatu yang boleh beri makna kepada anda.

Anda boleh setkan tujuan dan matlamat berblog anda bersandarkan apa yang anda tidak boleh capai dalam kehidupan realiti anda.

Contoh; anda tidak dapat jadi cikgu ... dengan berblog anda boleh sahaja mengajar. Menerusi blog, di dunia realiti, anda sukar nak dapatkan komisen jual itu dan ini, tetapi dalam dunia blog anda boleh lakukannya dengan mudah dengan tanpa modal. Contoh lagi ... dalam dunia realiti, anda tak boleh nak buka kedai pakaian, dengan blog ... anda boleh ada kedai maya anda sendiri.

Malah, dalam dunia realiti, suara anda tidak didengari ...menerusi blog, anda boleh sampaikan apa yang anda fikirkan betul dan benar....bukan setakat dibaca sekelompok tetapi seluruh dunia!

Berblog suka-suka; kalau ada matlamat, anda boleh jadi kaya raya dengan blog.

Berblog suka-suka, kalau ada matlamat, anda boleh bantu mereka yang memerlukan.

Berblog suka-suka, andai ada matlamat, anda boleh sebarkan kebaikan seluruh alam.

Berblog suka-suka, jika ada matlamat, anda boleh peroleh saham akhirat yang memberatkan timbangan yang kanan.

Pilihan di tangan anda. Jangan sia-siakan waktu dan kelapangan yang diberikan kepada anda. Hidup di dunia ini singkat. Anda harus merebut segala peluang yang diberikan. Ini bukan rancangan manusia, tetapi ketetapan dan kesempatan yang diberikan Tuhan.


21 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Dari suka-suka terus menjadi minat dan ingin berkongsi untuk kebaikan.

    BalasPadam
  2. buat duit dgn blog juga matlamat kan?

    BalasPadam
  3. matlamat unutk sebarkan maklumat bro..hu3..sambil2 cari duit..gua dah buat keputusan nk letak iklan nuffnang je dulu

    BalasPadam
  4. terima kasih bro.. "bloging bermatlamat" insyaAllah.

    BalasPadam
  5. Iklan nuffnang senang xde masalah jgn kita cari masalah dah la

    BalasPadam
  6. Assalam Tuan HH. Saya masih dalam proses nak menetapkan matlamat berblog ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perjalanan masih jauh buat ramai blogger baru. Teruskan berblog dan anda akan tahu matlamat jelas anda nanti.

      Padam
  7. T kasih diatas perkongsian.. sgt berguna buat saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana merasakan entri ini berguna buat anda. Alhamdulillah.

      Padam
  8. berblog kena ada matlamat dan kesannya mendapat impak dari iklan yang masuk ke blog kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan sahaja iklan, tetapi trafik yang mencerminkan apa yang kita sampaikan telah disampaikan.

      Padam
  9. Lepas baca ni takde lagi istilah suka-suka, ye.. saya dah setkan matlamat tapi untuk jangka panjang. Short term mungkin tak mampu nak cakap la. But insyaAllah, kita usahakan supaya ianya menjadi nyata. Bukan sekadar suka2 dan hanya dipinggiran lagi. Boleh tak macam tu cikgu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Ada blogger kata di bibir - "Berblog hanya untuk suka-suka" tetapi berkepok buat pendapatan online menerusinya.

      Padam
  10. Bro buat satu post tentang 5 matlamat blogging boleh tak..... ?

    BalasPadam
  11. sebelum ni cx selalu baca blog kwn cx. and cx teringin nak ada blog sendiri. but sebelum buat blog, cx telah tetapkan matlamat cx. blog cx hendaklah dikenali melalui penulisan sahaja. bukan dgn paras rupa. dan cx tidak akan share hal peribadi. jika ada pun, just 2%. dan cx tdk akan share hal artis yg blh mengaibkan mereka. Alhamdulillah cx dpt capai matlamat utama blog cx shgga kini. Alhamdulillah :) yg penting, niat untuk brkongsi ilmu. :)

    BalasPadam
  12. ayu rasa blog lebih pd personal blog.
    cume tu la.. mungkin kna fikirkan matlamat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. HMm blog personal, macam saya kata tadi, personal pun boleh ada niche sendiri, boleh cerita pasal anak sahaja, boleh cerita kisah seharian sahaja.

      Padam
  13. Dia tu "merendah diri" sahaja sebenarnya.. who are we to judge them?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement