Tentu seronok mengetahui semua entri dan post yang kita telah tulis dan terbitkan sudah berada di enjin carian, terutama sekali Google yang merupakan enjin carian utama di internet. Jadi, bagaimanakah cara untuk blog berserta isi kandungannya berada di enjin carian? Antara langkah paling mudah dan cepat ialah dengan menggunakan Google Webmaster Tools.

Sitemaps, bagi sesetengah blogger mungkin tidak faham. Jadi secara mudahnya, ia seperti satu sinopsis kandungan blog anda. Ia ibarat Isi Kandungan yang terdapat di bahagian hadapan sesebuah buku. Ada tajuk, ada tarikh terbitan dan sebagainya. Nampak ia seakan seperti arkib blog. Sitemap atau Peta Laman adalah ringkasan kepada isi kandungan blog anda.

Sitemap lengkap perlu anda hantar ke serata laman yang mengumpul informasi di dunia maya. Maka, untuk langkah tersebut, anda perlu satu agen bagi memastikan setiap entri anda disedari dan diketahui. Dengan menggunakan cirian dan aplikasi yang ada di Google Webmaster Tools, tugas anda sudah jadi mudah.

Cara Hantar Sitemap Menerusi Google Webmaster Tools

Saya akan tunjukkan cara hantar sitemap blog anda menerusi Google Webmaster Tools seringkas mungkin, supaya boleh anda manfaatkan bagi membolehkan lebih banyak entri anda berada di enjin carian.

  • Kemudian, anda perlu pastikan bahawa blog anda sudah tersenarai seperti ini:

  • Klik pada blog yang anda mahu hantarkan sitemap (pada bahagian nama blog berwarna biru). Paparan di bawah akan kelihatan. Pastikan penjuru atas dipaparkan URL blog anda.
  • Anda boleh lihat bahagian Sitemaps, jika entri-entri atau post dalam blog telah diindeks, anda akan lihat jumlah URL yang disertakan. Klik bahagian tertulis Sitemaps tersebut, dan anda akan dapat saksikan butiran seperti di bawah ini.

  • Bandingkan jumlah entri blog anda dengan jumlah entri (URL) yang telah dihantar dan juga yang telah terindeks. Seandainya ia jauh daripada angka sebenar, maka anda perlu klik butang berwarna merah - Add/Test Sitemap. Apabila anda klik, anda akan diminta untuk memasukkan URL bagi sitemap blog anda.

Secara default, anda boleh memasukkan URL sitemap blogspot anda seperti berikut:

http://www.hasrulhassan.com/feeds/posts/default?orderby=updated

atau dengan cara berikut:

Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

cara kedua ini membolehkan entri 1-500 disenaraikan. Anda boleh ulang hantar URL sitemap menggunakan cara kedua jika entri blog anda melebihi daripada 500, contohnya seperti sitemap blog ini dengan jumlah keseluruhan entri yang telah diterbitkan sebanyak 4555 (semasa entri ini ditulis).

Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=501&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1001&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1501&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=2001&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=2501&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=3001&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=3501&max-results=500
Sitemap: http://www.hasrulhassan.com/atom.xml?redirect=false&start-index=4001&max-results=500

Saya menggunakan cara kedua agar semua entri saya terindeks. Namun, ada blogger yang lebih suka hanya jumlah tertentu entri terkini sahaja yang mahu diindeks. Oleh itu, cara pertama adalah disyorkan untuk anda gunakan.

Anda dinasihatkan supaya sentiasa melihat keadaan Google Webmaster Tools ini bagi memantau keadaan trafik blog anda. Jika ada sebilangan besar entri yang tidak diindeks, maka lakukan langkah-langkah di atas.

Selamat mencuba.


41 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Denaihati pun ada bincang pasal google web master gak nanti nak try google x faham sangat binatang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benda ni untuk bantu blogger macam kita ni .... :) yelah, nak kata popular idak la pula, jadi dengan guna webmaster toools ni sedikit sebanyak boleh dapatkan trafik untuk blog.

      Padam
  2. terima kasih.sy mmg tgh cari tutorial ni.Semoga segala urusan HH juga dipermudahkanNya.

    BalasPadam
  3. saya dah buat tapi kena verify blog saya dulu..masalahnya saya tak reti nak verify la HH..mohon bantuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk verify mudah je, ikut langkah yang ada diberikan tu.

      Padam
  4. Trafik blog saya meningkat setelah mendaftar dengan Google Webmaster. Satu info yang sgt saya perlukan iaitu url utk entri melebihi 500, ianya terjawab kini. Terima kasih HH.
    Selain itu byk informasi boleh kita perolehi tentang blog kita dari webmaster ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kalau kita pandai guna, tak mustahil semua blogger akan berjaya capai sesuatu, matlamat kita semua berbeza, jadi pandai-pandailah guna kelebihan yang diberikan ini.

      Padam
  5. tips yang berguna bro...dah gua praktikkan pun ilmu ini

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum :)
    Singgah Pagi :)

    BalasPadam
  7. alhamdulillah..semalam ada mengikuti satu tuto dari HH..cari jugak pasal nie.thanks for this tuto HH..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm ... godek2 je dalam blog ini, mesti akan jumpa benda yang boleh anda gunakan... in Sha Allah.

      Padam
  8. thanks for the tutorial...diharap lebih banyak lagi perkongsian ilmu pd masa akan datang

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Terima kasih sbbb dah buat .... in Sha Allah akan ada hasilnya nanti

      Padam
  10. terima kasih kepada saudara Hasrul..Blog yang penuh informasi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi singgah di sini ... :)

      Padam
  11. wah sangat membantu! dah lama cari... baru jumpa^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok saya apabila apa yang saya tulis ni memberikan kelegaan buat orang lain. :)

      Padam
  12. terima kasih. sy baru je siap mencuba

    BalasPadam
  13. Dia akan pending dulu kan bro baru ter indexed?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Dia akan pending ... dan kemudian baru terindeks, kena selalu check

      Padam
  14. terima kasih HH .. berjaya !! ^^

    BalasPadam
  15. terima kasih atas panduan ini...baru paham... like

    BalasPadam
  16. Baru lepas submit tadi.. heheheheheheh

    BalasPadam
  17. Assalam..maaf mengganggu..sy da cuba byk kali u hantar sitemap ikut step y dberi,tp appear error..mintk tnjuk ajar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy wt cmni
      http://www.honeyh.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
      Pastu appear 1 error, General HTTP error: 404 not found
      HTTP Error: 404

      Padam
    2. Blog ni wujud ke tak? Kenapa saya gi ke link honeyh.com tak ada apa2 pun?

      Padam
    3. Kalau blog tak wujud lagi, memanglah error sbb memang tak ada ...

      Padam
  18. Mintk maaf..salah typo error..honeyhanahijab.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sitemap blog anda - http://honeyhanahijab.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

      Ini yang betul.

      Padam
    2. Mmg serupa sy wt cmni..
      http://honeyhanahijab.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

      Y dgn www pn sy wt
      http://www.honeyhanahijab.blogspot.com/atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

      Padam
  19. HH sy da ble dftr sitemap! Sy juz kne fill up dengan " atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500 " je rupenye..owh,malunye..trime kasih byk2..Smoga HH sentiasa dimurahkn rezeki..Amin..

    BalasPadam
  20. Banyak info yang dapat dari blog ini. Terima kasih HH.
    saya pun baru saja submit.

    BalasPadam
  21. alhamdulillah. berjaya jugak submit sitemap hari ni setelah beberapa kali di reject oleh google web master. sebelum ni asyik keluar error bab html je. webmaster arahkan tukar ke xml. mujur jumpa artikel ni. cut n paste je. terima kasih atas perkongsian ini

    BalasPadam
  22. entri ini sangat membantu..terima kasih HH :)

    BalasPadam
  23. tapi kalau entri masih sikit tapi letak semua sitemap tu boleh ke? hehe...




    jom jenguk sini ya.. hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement