Jika Blog Ada Sewa Tapak Iklan ...
Jangan keliru. Andai blog anda tidak ada ruangan untuk sewa tapak iklan, maka tak perlulah anda kalut nak buat entri setiap hari. Bukan apa, jika blog anda ada tapak sewa iklan, anda sepatutnya punyai rasa tanggungjawab kepada pengiklan tersebut untuk memastikan blog anda sentiasa ada entri terkini.
Pengiklan Saman Blogger Sebab Tapak Iklan
Menerusi pengalaman saya, ada syarikat pengiklan ataupun penyewa tapak iklan yang mementingkan perkara ini. Kata mereka, jika blog tidak update, maka trafik akan berkurangan, bila trafik ke blog berkurangan, maka iklan yang mereka letak dalam blog anda - dengan sewaan tertentu akan merugikan. Serius, ini bukan perkara main-main. Ada penyewa tapak sewa iklan yang suka saman andai kriteria itu tidak dipenuhi.Jika blog anda ada sewaan tapak iklan - maka penting memastikan trafik ke blog sentiasa masuk. Dan salah satu caranya ialah dengan memastikan ada entri baru. Kalau anda tak ada entri baru, pembaca-pembaca setia serta pengikut anda takkan masuk ke blog walaupun pada asalnya anda jaja jumlah pengikut untuk pikat pengiklan.
Maka, jangan pelik andai ada blog yang banyak iklan tapak sewa yang update entri sampai 3-4 kali sehari ...
*p.s: Nak sewa tapak iklan di blog ini? Hubungi saya di Facebook atau email hasrulhiteg[@]gmail.com
Assalamualaikum HH, baru sheila tahu kenapa orang yang ada buka sewa iklan dekat blog dia rajin update blog sehari. hehehe. thanks sharinggg HH :)
ReplyDeletebaru faham.. nice sharing
ReplyDeletenice entry tuan..saya pun baru faham..hehe
ReplyDeleteya betul.. sy baru faham...
ReplyDeleteTeringin nak letak iklan, tapi kalau dilihat pada tip yg diberi amat sukar nak penuhinya, trafik kurang 1k, publish entri 3 hari 1 kali entri dan sebagainya.
ReplyDeleteo... baru tahu kenapa Ben Ashaari update blognya hari2... ramai advertisor berminat ngan blog dia rupanya....
ReplyDeleteBetul juga tu, kalo sewa tapak iklan dlm blog tapi tak update selalu, memang la menaya penyewa tapak iklan...
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.