Jika anda seorang pengiklan, tentu sekali anda mahu letak iklan di blog yang sentiasa mendapat kunjungan ramai. Disebabkan itulah, anda perlu berusaha untuk kejar ranking Alexa bagi pengaruhi pengiklan. Semakin kecil nilai Alexa bagi blog anda, maka semakin baiklah untuk pengiklan.

Kejar Alexa untuk Pengaruhi Pengiklan


Tanda aras ranking Alexa perlu untuk membolehkan blog anda diyakini mampu memberikan pendedahan samada visual atau teks kepada pengunjung. Jika pengiklan mengiklan pada blog yang trafiknya tidak cukup mantap, maka rugilah keluarkan duit beringgit-ringgit. Dah jadi iklan yang terletak macam hiasan semata untuk blog itu.

Semakin Kecil Nilai Alexa, Semakin Bagus

Apabila blog punyai kekuatan trafik dengan penarafan tanda aras Alexa berada di bawah 100,000 misalnya untuk ranking global, maka bermakna bahawa blog anda punyai trafik jauh lebih baik daripada 99,999 blog dan laman web di dunia yang lain. Blog anda dikunjungi lebih kerap dan jumlah pengunjung yang melihat dan membaca blog anda lebih ramai.

Kalau dah ramai masuk, maka kebarangkali iklan dilihat, diklik adalah tinggi - dan inilah yang dimahukan oleh pengiklan.

Lebih bagus lagi, jika blog anda dapat tempatkan kedudukan yang baik dalam kedudukan Alexa tempatan, atau lebih khusus - Malaysia. Ini dapat memikat pengiklan tempatan Malaysia untuk meletakkan iklan di blog anda.

Lihat kedudukan Alexa blog ini dalam 500 laman web dan blog yang ada di Malaysia, berjaya pintas Tonton.com.my yang berhabis ribuan ringgit dok iklan di TV. Tak ke ingin beriklan di blog yang nombor 208 tu yang sediakan tapak sewa iklan gila lebih murah daripada letak iklan di Tonton tu ... :)

Oh ya, Alexa bukan satu-satunya penarafan yang boleh anda jaja kepada pengiklan bagi yakini untuk beriklan di blog. Ada perkara lain yang boleh digunakan juga, misalannya Domain Authority yang melambangkan pengaruh blog anda di dunia maya ini. Semakin tinggi Domain Authority, maka semakin baiklah blog atau sesebuah laman web itu. Anda boleh baca serba ringkas mengenai Domain Authority di sini - Apakah Domain Authority Blog Anda?

Mahu beriklan dengan blog ini? Baca terma dan syarat di sini - Pengiklanan


11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. macamana nak check yer?...saya masih baru dalam dunia blog ni...

    BalasPadam
  2. Yup,memang diakui ada pengiklan yang menjadikan alexa ranking antara kayu pengukur untuk beriklan.....

    BalasPadam
  3. fuh mantapnya ranking Alexa bro , terbaik...

    BalasPadam
  4. oh....jauh lagi ranking blog saya nie....

    BalasPadam
  5. masih jauh lagi perjalanan ini untuk mencapai sehingga ke tahap bro HH nie..www.tepakku.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement