Ada blogger yang mungkin tak berapa jelas tentang program Affiliate. Ada beberapa entri sebelum ini yang menjelaskan mengenai affiliate dan cara nak dapat income menerusinya. Tapi tak mengapalah, saya cuba jelaskan sekali lagi mengenai bagaimana nak jana pendapatan dengan affiliate ini.

2 Cara Jana Pendapatan Dengan Affiliate

Ada dua cara anda boleh dapat komisen dengan affiliate. Tapi tak semua empunya program akan berikan dua cara ini, ada tu hanya guna salah satu, dan ada yang guna kedua-duanya.

List Adalah Aset Utama Pemasaran Affiliate

Untuk pengetahuan, dalam dunia affiliate, perkara paling utama dan paling penting ialah mempunyai list atau senarai nama pelanggan dan bakal pelanggan. Kebanyakkan kejayaan income ribu-ribu pemasar affiliate ialah kerana mereka berjaya mendapat jualan hasil daripada pelanggan sedia ada. Pelanggan yang punyai minat dan matlamat yang sama, dan mereka ini juga memberikan pelanggan baru yang memungkinkan lebih jualan terhasil. List adalah kekuatan seorang pemasar affiliate, lebih panjang senarai, maka akan lebih banyaklah bakal pelanggan yang akan beli produk affiliate.
2 Cara Buat Duit Dengan Affiliate

PPL vs PPS

Dua cara yang saya maksudkan untuk jana pendapatan menerusi affiliate ialah PPL (Pay-per-Lead) dan PPS (Pay-per-Sale).

Pay per Lead ialah komisen dijana disebabkan kita memberikan bakal pelanggan kepada pemasar produk. Selalunya dibayar dalam RM0.20 - RM2.00. Dengan menggunakan link yang disediakan, kita bawakan (lead) bakal pelanggan kepada pemasar affiliate. Bakal pelanggan akan daftar, berikan butiran diperlukan dan apabila disahkan, kita sebagai orang yang bertanggungjawab perkenalkan produk atau bisnes tersebut akan diberikan komisen PPL.

Dalam beberapa program affiliate, jika pelanggan itu yang telah didaftarkan beli produk yang dipromosikan, kita akan terima pula komisen PPS.

Pay per Sale ialah komisen yang diberikan kepada kita seandainya link yang kita sediakan memberikan jualan. Contohnya, A klik banner blog produk ABX, dan kemudian membeli produk tersebut, maka pemasar affiliate produk ABX akan berikan komisen kepada kita. Selalunya komisen yang diberikan antara 20-70% harga jualan produk tersebut.

Katakan A tadi beli produk menerusi affiliate link kita dengan harga RM200, dan diberikan komisen 50 peratus, maka komisen yang diterima adalah RM100.

Harus diingatkan, jika A klik dan tidak buat sebarang pembelian, maka tiada komisen akan dijana.

Bagaimana nak buatkan A melakukan belian menerusi link affiliate kita, in Sha Allah .. nanti saya akan cuba berikan tips. Namun, tips paling utama ialah pilih produk yang sesuai dengan niche blog anda, dan mempunyai surat jualan yang baik.

Semoga semua dapat faham mengenai 2 cara jana pendapatan menerusi affiliate ini.

Selamat berjaya.


6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Thanks HH..tak putus-putus untuk mengajar kami yang tak tahu pasal affiliate nie...nice sharing

    ReplyDelete
  2. setuju dgn kisah di dairy..Bro HH tak jemu nk berkongsi ilmunya

    ReplyDelete
  3. Saya baru belajar cara2 utk promosikan affiliate yg sy promote. Tunjuk ajar sifu amat sy hargai. Terima kasih sifu kerana tidak pernah lokek memberi ilmu kpd blogger baru mcm sy ni :)

    ReplyDelete
  4. Info terbaik ttg affiliate.. sy juga ada sediakan sistem affiliate(produk digital-50% komisyen/sale), jika ada yg minat nak join.

    ReplyDelete
  5. affiliate ni kene pengaruh yg kuat tu baru senang dan lancar payout haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement