Erkkk sebelum tu, saya mahu bertanya, adakah blog saya ini ringan dan ambil masa kurang dari 3 saat? Jika ya, maka anda boleh ikuti tips dari saya. Kalau lambat, maka abaikanlah tips yang akan saya berikan ini. Mengapa 3 saat? Sebab ia merupakan jumlah masa minima yang terbaik untuk sesebuah blog dipaparkan. Anda boleh baca entri yang telah saya tulis mengenai 3 saat ini di sini - 3 Saat Bernilai Sebuah Blog
3 Tips Ringankan Blog
HTML Blog Padat Sendat
Pastikan tiada ruang kosong di dalam kod HTML blogspot anda. Ini bermakna tiada baris dalam kod HTML itu yang tiada kod tertentu. Mesti padat, mesti sendat. Ruang kosong perlu dihapuskan.Kumpulkan Kod HTML Ikut Peranan
Jangan sepah-sepah atau letak kod-kod HTML blogspot anda merata-rata ikut suka. Kalau boleh kumpulkan dalam satu kumpulan yang sama. Jika ia merupakan kod HTML panggilan untuk script, maka letakkan bersama-sama script yang lain. Jika ia merupakan rekabentuk atau kod CSS, masukkan ke dalam aturcara atau kumpulan kod CSS. Cara ini sebenarnya tips yang telah tersedia dalam semua layout blogspot, anda hanya perlu ikut sahaja.Elakkan Pautan Luar Untuk Kod HTML Blog
Tulis script tertentu terus dalam kod HTML anda, dan elakkan gunakan pautan luar untuk capai sesuatu. Contohnya anda nak gunakan widget linkwithin dalam blog anda, anda ambil kod HTML linkwithin itu dan muatkan terus dalam kod utama HTML blog anda, dan bukan letakkan ia dalam widget.Jika ada guna widget guna capaian script, cuba ambil script tersebut dan letakkan dalam kod HTML utama, atau cara lain ialah pindahkan capaian tersebut. Saya selalu gunakana yourjavascript.com untuk pindah atau tempatkan javascript yang ada dalam widget.
Ok. Sebenarnya ada banyak lagi tips untuk ringankan blog anda. Rajin dengan tidak sahaja untuk mencari. Dalam blog ini pun beberapa cara lain saya kongsikan ..... dan ia berkait dengan beberapa faktor tertentu. Contohnya, jika blog atau entri banyak gambar, gunakan Lazyload untuk aturkan loading gambar bagi elak masa dihabiskan kerana gambar cantik cun perlu keluar.
Selamat mencuba.
thanks for sharing HH...nk check jugk samada blog sy cepat atau lambat loading..
ReplyDeletenanti saya cuba ye HH
ReplyDeleteMudah je ni ... :) jangan lupa backup dulu kalau nak tackle HTML blog
Deletenice sharing
ReplyDeletethanks incik HH. hehe
ReplyDeleteSama-sama Zarif
Deletegreat piece of sharing abang HH...
ReplyDeleteTerima kasih. :) cubalah untuk memastikan blog kita disenangi bila dikunjungi.
DeleteTips yang sangat menarik!
ReplyDeletewah..baru tau letak space kat kod HTML buat blog berat..hihi.. tq2.. :p
ReplyDeletekena alert lps ni..
Ya, white space dalam kod, bukan white space kat blog .. :P
DeleteThanks sharing HH.. kene take note juga perkara ni..
ReplyDeleteterima kasih atas tips yg diberi....dah terbuka luas sikit mata ni..
ReplyDeletekalu website ni di akses dari laman aggregator mcm ping.busuk pun akan melambatkan loading.. dan iklan pun kena kurangkan
ReplyDeletetq for the sharing bro. boleh double check my blog nnt.
ReplyDeletemasalahnya, sy takut sgt nk edit html
ReplyDeleteJgn takut, kan ada fungsi backup.
Deletepaling penting jangan letak widget merepek yang tak perlu dan tak penting ..
ReplyDeletemenghilangkan white space juga bisa jadi salah satuu cara meringankan loading blog, java scriptnya juga di manify
ReplyDeletedulu blog saya berat.. lanie dah ok cikit..
ReplyDeleteselamat hari raya bro./. :)
http://pemudattbc.blogspot.com/2013/10/jejaka-bungkus-dalam-drama-raya-korban.html
Macam mana nak tau blog kita ringan ke berat
ReplyDeleterasa mcm nk ry buat yg javascript tu tak payah gunakan pautan luar
ReplyDeletenak tambah satu, elakkan guna gambar yang flash2 bagai.
ReplyDelete(: Apa tampilan blogku ini termasuk berat? >>> https://perahucadik.wordpress.com
ReplyDeleteBlog wordpress lagi mudah, ada banyak plugin boleh bantu. Kalau tak silap saya, guna plugin dah boleh selesaikan masalah loading blog
Deletealamak pening..nak kena faham satu2 ni..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.