Ada rakan blogger yang bertanya, "Apa itu PPC?". PPC merupakan singkatan kepada Pay-Per-Click; yang juga dikenali sebagai CPC atau Cost-Per-Click. Ia merupakan cara atau kaedah pengiklanan di laman web atau blog yang menawarkan ganjaran tunai bagi setiap klik yang dijana. Terma CPC banyak digunakan oleh medium pengiklanan blog di Asia Tenggara seperti Nuffnang, Komli mahupun Advertlets.

Ia juga merupakan teknik pengiklanan yang digunakan oleh 8Share dan juga ChurpChurp di mana setiap klik yang dijana akan memberikan ganjaran tunai dari RM0.20 - RM1.00.

Teknik pengiklan PPC ini kini bukan sahaja digunakan di laman web atau blog, tetapi juga digunakan di laman sosial seperti Twitter dan juga Facebook. Malah anda juga boleh menerima ganjaran tunai menerusi Instagram seperti yang diberikan oleh ChurpChurp.
Tips Buat Duit Dengan 8Share - Download Free

Sebenarnya, PPC sudah lama ada di internet. Malah ia merupakan cara asas digunakan oleh Google Adsense menjana pendapatan dan memberikan ganjaran kepada mereka yang menggunakan khidmat pengiklanan Google Adsense ini. Di Adsense, PPC lebih kepada ganjaran bonus jika terdapat klik dibuat pada banner iklan yang dipaparkan.

PPC - CPI - CPC

Sekiranya anda seorang pengiklan, anda boleh juga mengiklan sesuatu produk atau servis menggunakan PPC ini. Iaitu anda meletakkan nilai iklan tersebut seandainya dipaparkan pada sesebuah laman web atau blog. Contohnya, saya nak iklankan kasut saya dengan banner, setiap 1000 kali banner itu dipaparkan, saya akan bayar sebanyak RM10. Dan seandainya ada klik dijana, saya akan bagi bonus sebanyak RM0.20 bagi setiap klik. Dua jenis pengiklanan ini dikategorikan juga dalam PPC tetapi dibahagikan kepada Cost-Per-Impression (CPI) dan Cost-Per-Click (CPC).

Dalam Nuffnang, ada CPUV yang sebenarnya lebih kepada CPI. Baca SINI.

Nak buat duit dengan PPC ini sangat mudah, iaitu daftar mana-mana medium pengiklanan yang ada, dan pasang banner yang disediakan. Anda akan dapat dua komisen atau pendapatan menerusinya, satu menerusi CPI dan juga CPC. Anda dibayar untuk seberapa banyak kali iklan itu dipaparkan di blog dan diberikan bonus jika iklan itu diklik.

Boleh Dapat 3 Pendapatan Tunai Dengan Iklan PPC

Malah, ada bonus tambahan juga diberikan untuk satu-satu iklan yang menjurus kepada pembelian. Katakan anda pasang iklan banner syarikat iklan ini, jika ada yang klik ... dan klik itu membawa ke pautan sebuah laman web pembelian, anda boleh menjana bonus komisen untuk pembelian tersebut. Ini bermakna, dengan hanya satu banner iklan, anda boleh dapat 3 punca pendapatan - iaitu dari CPI, CPC dan bonus pembelian Cost-Per-Order (CPO).

Fuh, lenguh dah otak saya memerah idea untuk cerita benda ni. Ingatkan nak cerita pasal PPC je, tapi dah melalut bab-bab lain. Ini merupakan penerangan berdasarkan pemahaman saya. Mungkin ada blogger lebih berpengalaman boleh ulas lebih baik.

Saya harap anda semua faham, kalau tidak semua, sikit pun jadilah terutama mengenai PPC atau Pay-Per-Click ini. PPC adalah asas buat duit dengan banner iklan daripada medium pengiklanan. Jika anda tak faham, agak rugilah sebab tak dapat nak manfaat buat duit dengan blog secara optimum.

Semoga bermanfaat, in Sha Allah.

Untuk pembacaan lanjut - Wikipedia Pay-Per-Click




5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. salam,
    terima kasih kerana berkongsi info ni

    ReplyDelete
  2. wah dapat banyak ilmu hari ni bro..thanks

    ReplyDelete
  3. Terima kasih bro HH. Wan dah paham sekarang.

    ReplyDelete
  4. Dulu memang suka buat pendapatan dengan PPC, sekarang sudah kurang.

    www.broframestone.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement