Pernah dulu dengan kelebihan yang ada, saya paparkan entri mengenai adik Soleh. Ingat lagi mengenai adik Soleh? Dikhabarkan kini adik Soleh sudah semakin sembuh dari sakit barah yang dialami. Alhamdulillah. Terima kasih saya kepada mereka yang sudi bantu - samada kecil atau besar. Jika tidak ingat mengenai kisah adik Soleh, anda boleh baca di sini - Tidakkah Dikau Sayu Wahai Blogger Melihat Mereka?

Jika Kau Punyai Hati dan Perasaan

Kali ini, saya nak singkap dan bawakan kisah seorang blogger yang juga ibu tunggal yang membesarkan anak-anak seramai 3 orang, Alia Erissha, Ikhtisyam dan Aiman. Ibu tunggal bernama Haryani ini sedang berhempas pulas dengan penyakit saraf, dan sedang menerima rawatan.

Kisahnya pernah dipaparkan di dalam akhbar Harian Metro pada tahun 2010 - Suami Enggan Kongsi Derita (klik)

Sedih, sayu apabila saya mengenangkan nasib yang menimpa ibu tunggal ini, apabila menjenguk blognya di sini - Alia Haryanie

Ya Allah, berikan aku kekuatan sepenuhnya...
Berikan aku kekuatan di saat aku rebah
Berikan aku ketenangan di saat aku lemah..
Berikan aku kedamaian di saat hati dan jiwaku kusut dan terbelah
Berikan aku seluhur kasih sayangMu…
Berikan aku semurni cintaMu
Berikan aku kekuatan...

Ya Allah izinkan aku menulis luahan hati bukan untuk meminta simpati tapi untuk meredakan hati.

Setiap manusia diberikan ujian, dan Allah S.W.T tidak akan menguji jika hambaNya tidak dapat menanggungnya. Sesungguhnya kekuatan dan iltizam yang ada pada diri ibu tunggal bernama Haryani cukup terkesan di hati saya. Apatah lagi setelah saya membaca entri rakan blogger hebat ternama Eyriqazz -  Luahan Hati Ibu Tunggal - Alia Haryanie

Dan juga entri ini - Di Sebalik Derita

Makin sayu saya mengenangkan anak-anak Haryani ... apatah lagi bila melihatkan gambar ini:


Jika anda punyai hati dan perasaan, bolehlah bantu mana yang boleh. Jika ada rezeki lebih, bantulah dari segi kewangan. Wang bukan segala-galanya, tetapi ia boleh menjadi jalan buat kita untuk bantu mereka yang memerlukan. In Sha Allah, apa yang anda beri, Allah akan berikan lebih lagi.... tiada terkurang.

Hulurkan Sumbangan

Jika mahu membuat sumbangan dan bantuan ikhlas, bolehlah niat di hati dengan nama Allah.

Akaun Maybank: 553104558862 (Akaun bersama dengan Ibunya, Asiah bt Haron)

Akaun RHB: 16213900067447
Nama : Haryani Binti Mat Hussin
Email - haryanie.alia@yahoo.com

Sebarkan untuk perkongsian ramai. Moga usaha kecil kita ini dapat meringankan beban yang ada. Hari ini mungkin ujian buat diri Haryani, esok lusa mungkin ujian yang lebih hebat untuk kita pula.


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (Al-Baqarah: 214)

p.s: Jika anda baca entri-entri di blog Haryani, anda akan lihat, walaupun dia sakit tetapi masih lagi boleh bantu orang lain yang sakit sepertinya, dan jangan terkejut apabila anda dapati .... dia sebenarnya telah berjaya 'menyembuhkan' orang lain. 

11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. semoga saudari alia haryanie terus tabah menghadapi ujian-Nya...hanya doa yang mampu hamba Allah ini titipkan..

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah mempermudahkan urusan dunia beliau.

    ReplyDelete
  3. Subhanallah..sayu je hati bila baca..semoga beliau tabah menghadapi ujian dr Allah ni..pasti ada hikmah disebalik kejadian..smoga saudari Alia cepat sembuh dan hidup dalam keadaan normal sperti orang lain..yang mmpu sama2lah kita hulurkan bantuan..Inshaa'Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sikit yang banyak ... keikhlasan dan niat kerana Allah

      Delete
  4. jom pi melawat jiran blogger ni..semoga akan ada banyak tangan yg menghulur bantuan nnt

    ReplyDelete
  5. semoga ramai yg akan membantu beliau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya hanya melakukan atas kapasiti daya yang ada. In Sha Allah, moga ramai blogger akan berikan bantuan.

      Delete
  6. Semoga dipermudahkan segalanya & sentiasa mendapat pertolongan Allah swt.. amin.

    ReplyDelete
  7. siapa ada rezeki lebih tu..huluq-huluq la sikit..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement