Tips untuk dapatkan trafik kali ini adalah berkaitan dengan kotak carian. Saya ingat semua blog ada kotak carian, rupanya ada juga blog yang tidak meletakkan widget kotak carian ini di sidebar. Aduh ... rugi tu. Kotak carian adalah salah satu cara blog boleh tingkatkan pageviews. Nak blog ada pageviews beratus .. beribu, maka kenalah letak kotak carian tu.

Kotak Carian Tingkatkan Pageviews

Kotak carian penting buat pengunjung mahu cari cerita dan artikel yang telah kita tulis. Kadangkala widget seperti LinkWithin, Outbrain, nRelate atau related-post gagal papar apa yang dikehendaki berdasarkan kata kunci tertentu, jadi di sinilah letaknya fungsi kotak carian itu. Kotak carian bukan sahaja mudahkan pengunjung dan pembaca, tetapi ia sebenarnya satu alat untuk diri kita sendiri mencari artikel lain bagi memudahkan buat pautan secara manual.
Tips tingkatkan pageviews blog - kotak carian

Tak perlu letak kotak carian, kalau anda fikir entri lama-lama anda tu dah dikira expired dan tak guna dibaca dah.

Ish ... adakah anda tidak mahu orang baca entri lama-lama anda tu? Jangan sombong ... bagi lebih kepada pengunjung anda, letaklah kotak carian supaya mereka boleh dapat lebih daripada apa yang sedang mereka baca.

Dan lagi, andai ada yang tidak tahu, kotak carian juga boleh mendatangkan pendapatan kepada blog. Kepada mereka yang ada akaun Adsense, boleh letakkan widget Google Search dan terima komisen menerusinya. :) Kod tersebut anda boleh ambil menerusi akaun Google Adsense anda.

16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. Tak payah kod .. hanya buka blogspot anda, lepas tu add widget SEARCH yang ada ...

      Add SEARCH dalam senarai widget blogspot..

      Delete
  2. SETUJU 100%. Kotak carian (search engine) memang sangat membantu menaikkan pageview.

    ReplyDelete
  3. memang sangat membantu bila letak widget kotak carian ni...tak perlu kita nak geledah semua entri...cuma search je nak cari apa kat blog tu...kan mudah..:D

    ReplyDelete
  4. Assalam Tuan HH. Saya baru jer letakkannya di blog. Terima kasih ya kerana beri panduan.

    ReplyDelete
  5. Sya pakai kotak carian google hehe

    ReplyDelete
  6. T kasih sharing info saudara HH.. :)

    ReplyDelete
  7. nice info saya belum buat lagi......

    ReplyDelete
  8. Hari ni baru faham kegunaan kotak carian tu. hehe... walaupun dah lama letak kotak carian dlm blog. Terima kasih sifu :)

    ReplyDelete
  9. O ya, teringin juga guna akaun google adsense tu tapi depa tak pernah approve lagi. Mungkin blog sy tu tak seperti yg depa inginkan kot... huhu

    ReplyDelete
  10. ohyeke. cx baru tahu. terima kasih banyak2 untuk info ini!!! :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement