Pernah atau tidak anda pergi ke satu blog, klik mana-mana entri dalam blog tersebut, satu pop up iklan akan keluar? Jika ya, itu mungkin merupakan iklan yang dipaparkan menerusi platform pengiklanan blog PopAds. PopAds semakin digemari ramai blogger kerana ia akan papar iklan di tab lain dan tidak mengacau secara total paparan di blog anda.
PopAds - Satu Lagi Cabang Blogger Buat Duit

PopAds berikan dua pilihan pengiklanan di blog yang menarik - iaitu popup window, dan satu lagi ialah popunder. Ia akan memaparkan iklan berdasarkan region pengunjung blog anda. Katakan seorang pengunjung datang ke blog anda dari Canada, maka iklan yang akan keluar ialah produk-produk yang ada kaitan dengan pengunjung dari Canada tersebut. Apabila ini berlaku, kemungkinan rate iklan anda akan jadi bertambah.

Dibayar Dalam USD

Oh ya, lupa nak bagitahu, PopAds berikan nilaian dalam bentuk matawang USD. Jadi, iklan yang dipaparkan memang lumayan disebabkan PopAds berdasarkan PPV (Pay-Per-View) serta PPC (Pay-Per-Click). Dan sebagai tambahan, rate pembayaran atau iklan adalah bersandarkan kepada pasaran semasa, jadi ia akan berubah-ubah.

Rate Berubah Ikut Permintaan

Rate iklan adalah berdasarkan kepada negara pengunjung, kualiti kandungan blog serta niche tertentu. Malah, rate juga berubah-ubah ikut samada ia hari biasa, cuti umum, hari minggu atau perayaan tertentu.
PopsAds Rate

Dan anda boleh pasang medium iklan PopAds bersama dengan medium pengiklanan yang lain termasuklah Nuffnang. Ia tidak akan ganggu status Glitterati anda dalam Nuffnang.

Daftar Percuma Tetapi Approval Agak Strict

Pendaftaran adalah percuma tetapi bukan semua blog akan dapat menggunakan PopAds. Ia bergantung kepada niche blog dan juga jumlah hits blog anda. Pengesahan akan dilakukan oleh PopAds, paling lama dalam masa kurang seminggu.

Jika blog anda diterima untuk letakkan iklan PopAds, anda akan diberikan kod yang perlu anda letak dalam HTML blog anda.

Boleh Had Jenis Iklan

Oh ya, PopAds kini beri kelebihan buat blogger untuk hadkan iklan tertentu ... misalnya iklan berkaitan 'orang-orang tua' dan iklan berkaitan judi boleh dielakkan. Maka, tiada masalah mengenai jenis-jenis iklan yang akan dipaparkan.

Berminat nak mencuba PopAds? Daftar di sini - PopAds Advertising

Selamat mencuba.

17 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. macam menarik pop ads nie..tak menggangu nuffnang ker??boleh laa nanti cuba nanti nie..tapi approval strict tu mesti nak UV tinggi kan??hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. ilmu baru yang belajar hari ini...terima kasih tuan HH...dari TPK-www.tepakku.com

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Cubalah. Ruang pengiklanan yang menarik, boleh jadi alternatif ..

      Delete
  4. popads memang syok.. tak sia-sia saya guna sejak dari tahun 2011 lagi ada satu lagi infinity ads pon sama macam popads.korang boleh cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ada cabang lain juga ye. Nanti free nak tgk gak la camner.

      Delete
  5. wahhh..mmg best la mcm ne, xggu nuffnang :)

    ReplyDelete
  6. gua memang dah kacau pun status gelihati tu..hahahaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement