Blog penuh dengan iklan. Sana sini iklan. Blog jadi semak.... amboi amboi pandai saya tempelak dan komen blog orang lain, blog sendiri pun penuh dengan iklan, ye tak? Hahahaha.. maaf, kalau entri ini tidak serupa bikin tuan punya blog. Tapi, itulah ... kadangkala tamak nak letak iklan itu ini, pengakhirannya adalah rugi diri sendiri .... dan ini bermaksud blog yang rugi.

Baru-baru ini, saya dapat tawaran letakkan iklan. Alhamdulillah, ada rezeki ikut situ. Tapi, malangnya saya terpaksa tolak untuk pengiklan itu sewa tapak iklan di blog ini. Bukan tak mahu terima, tetapi slot sudah penuh. Agak menarik tawaran diberikan, sampai 2-3 kali hantar email pujuk saya agar iklannya diletakkan, kat mana-mana pun tak mengapa, dengan bayaran yang boleh saya katakan cukup baik untuk blog seperti ini.

Nak tips letak iklan di blog? Baca entri saya ini - Tips Letak Iklan di Blog

Tamak Selalu Rugi

Tamak selalu rugi. Mak saya selalu pesan, jangan tamak haloba. Walaupun rezeki mencurah datang, adakala kita terpaksa berikan pada yang lain. Itu ujian. Nak tengok sejauh mana kita manusia ini berdepan soal rezeki. Yelah, bukan semua rezeki itu milik kita, ia kadangkala datang untuk uji dan tengok bagaimana kita handle rezeki yang dikurniakan Tuhan. Kena ingat juga, kadangkala bukan semua rezeki itu datang dengan barakahnya, ada yang diberikan sebagai ujian untuk kita.

Jangan tamak dan sentiasa syukuri apa yang telah diterima. Bukan sekat diri sendiri jadi kaya raya, tetapi sekat untuk iblis dan syaitan suntik rasa megah dan bangga diri. Boleh pesongkan hati dan niat murni.

Kita manusia, sekuat kita ada lemahnya. Kita manusia sempurna kejadian namun ada melakukan silap.

Elakkan tamak, kerana ia boleh datangkan kerugian. Hemat-hemat dan berhikmah. Moga Allah terus sayang kita semua. Dan rezeki yang datang, diberkati dan berpanjangan. In Sha Allah.

p.s: Ini juga salah satu tips diberikan di sini - 9 Formula Pantas Seru Rezeki


8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terbaik bro...kondisi iklan dekat blog ni pun dah okey setakat ni...insyallah lain kali rezeki masyuk lagi kan

    ReplyDelete
  2. masyuk--
    murah rezeki yer
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Tak tamak.. tp mudah2an murahlah rezeki. amin :)

    ReplyDelete
  4. Kalau ada iklan lebih2 boleh pass kat sini bro..

    ReplyDelete
  5. letak iklan okey juga tapi kalau terlalu banyak sampai penin.. hihi..

    #betul, elakkan sifat tamak

    ReplyDelete
  6. Assalam.
    Blog saya masih sepi tanpa iklan.

    ReplyDelete
  7. Ya memang , kalau rezeki sudah dikejar tapi belum datang juga tandanya yang mengatur rezeki belum boleh memberi kita sekarang maka jangan lah kita tamak karena selalu rugi !

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement