Blogger Malaysia Kaki Kencing!
Kaki kencing yang saya maksudkan ialah berkaitan penyakit. Jika anda selalu sahaja terasa ingin terkencing atau terlalu kerap membuang air kecil, anda mungkin menderita dengan satu penyakit, dan bolehlah saya anggap anda sebagai kaki kencing.Apakah penyakit yang dianggap kaki kencing ini?
Tahukah anda, kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut menentukan tahap kesihatan pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau gesaan membuang air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan besar mengalami gejala dikenali pundi kencing terlalu aktif atau Overactive Bladder (OAB).
Masalah ini selalunya difahamkan akan berlaku ketika usia semakin meningkat, namun ada kes yang melibatkan anak gadis dan ibu hamil yang mengalami masalah yang serupa.
Majoriti mereka yang mengalami masalah kesihatan ini lebih sanggup menderita dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan rapat, keluarga mahupun pakar kesihatan. Alasan mereka - malu atau menganggap ia sebahagian daripada kesan atau proses peningkatan usia. Masalah sukar kawal kencing (incontinent) atau inkontinens itu turut menjejaskan kehidupan seharian.
Faktor Jadi Kaki Kencing
Antara faktor menyebabkan masalah ini ialah- Usia yang lanjut (20 peratus populasi berusia 70 ke atas mungkin akan melaporkan tanda OAB)
- Strok
- Kecederaan saraf tunjang
- Dementia
- Penyakit Parkinson
- Diabetes
- Pembesaran prostat
- Pembedahan prostat
- Hamil kembar
Saya pula, sejak akhir-akhir ini berhadapan dengan masalah ini. Apabila berada lama di hadapan komputer, saya akan lebih kerap buang air kecil. Bagaimana dengan anda? Saya cuba untuk tanggani masalah ini dengan beberapa tips yang telah saya dapat dari sumber seperti daripada Berita Harian Online ini.
Tips Rawatan Kaki Kencing
- Ambil kira jumlah pengambilan cecair dan waktu pengambilannya.
- Kekalkan berat badan yang ideal.
- Jauhi minuman kafein.
- Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat atau ambillah makanan tambahan yang berserat.
- Latih pundi kencing untuk melewatkan sedikit gesaan ke tandas apabila terasa ingin kencing.
- Sesetengah orang berhadapan dengan masalah untuk mengosongkan pundi kencing dengan sepenuhnya. Justeru, tunggu beberapa minit selepas membuang air kecil untuk membuang air kecil kali kedua. Ini bagi memastikan pundi kencing benar-benar kosong.
- Jadualkan waktu untuk anda membuang air kecil setiap hari. Misalnya, setiap dua atau tiga jam sekali. Ia lebih baik daripada anda ke tandas hanya selepas terasa ingin membuang air kecil.
- Lakukan senaman otot lantai pelvik bagi menguatkan otot berkenaan dan saluran kencing anda.
- Pakai pelapik seluar dalam bagi mengelakkan anda terkucil.
- Berdoa
Jadi, kalau anda juga ada masalah yang sama, maka anda bolehlah dianggap tergolong di kalangan blogger kaki kencing .. hehehee.... :)
Ok. Semoga informasi ini membantu dan bermanfaat.
p.s: Bayangkan kalau kita tak boleh nak buang air kecil ... terasa azab kan?
keh keh keh... bro mcm mna?
ReplyDeletenice entri...info yg berguna
ReplyDeleteTerima kasih. :) Harap dapat manfaat menerusi entri ini.
Deleteblogger kaki kencing pun xper...janji selagi tuhan bagi nikmat kencing alhamdullilah....kalau xdpt nikmat kencing mcm mna...?hehee
ReplyDeletehehe... tajuk entri membuat saya terus nak terjah. Dasat penangan tajuk... Tp mmg bagus tips dlm entri nih... hehe...
ReplyDeletehehehe.. buat saspen jer bro HH ni
ReplyDeletetajuk memang penting untuk tarik traffic ke blog kan tuan HH ? saya pun terjebak baca post ni sebab nak tahu what is the story behind..hehhe..
ReplyDeleteHehehe.. tapi rasanya tak sia-siakan kalau baca? Dapat tambah ilmu mengenai penyakit ni kan kan?
DeleteoOOoo kencing yang ini..ingatkan tadi kencing yang itu,,,
ReplyDeletetq atas tip yg diberikan...
pergh tajuk memang betul2 gempak ni abang HH...he he he...terkejut Farah...
ReplyDeleteMemang betol2 kencing rupanya...
ReplyDeleteMasalah biasa pabila usia semakin meningkat, yg perlu di jaga adalah pemakanan dan kecergasan badan.
Ini baru betul2 kencing!
ReplyDeleteHak3..
Terbaek HH
Semua orang merasai nikmat kencing kan?
Deleteada kaitan dgn batu karang tak bro
ReplyDeleteMaaf, pak cik HH. Sekadar sedikit pembetulan. Ejaan arab dalam doa masuk tandas tu salah. Sepatutnya dieja dengan huruf kho, bukan huruf ha. Mungkin orang yang buat ni tertukar ataupun terlupa letak titik. Mohon diperbetulkan. Terima kasih.
ReplyDeleteSudah diperbetulkan. Terima kasih kerana menegur.
DeleteSuspen je....salam blogging. Topik itu menarik...terasa ingin tahu lebih lanjut tentang kencing.
ReplyDelete:) syabas kerana anda telah terkena kencing dengan tajuknya
DeleteTerketawa sy baca perenggan kedua entri HH ni.. org kuat buang air kecil mmg boleh jadi kaki kencing hahaa :D :D
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteLebih sangat buang air kecil pun risiko juga ya...kena buat pemeriksaan tu.
tajuk entri macam nak baca sahaja bro!
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.