Dapat USD1000 Sebulan Menerusi Google Adsense - Bukan mustahil, memang blog boleh memberikan income sampingan cukup lumayan jika kena caranya. Bukti dah ada, dan alhamdulillah, ada rakan blogger yang menjadi pengunjung blog ini yang sudi kongsikan pengalaman mengenai Google Adsense. Yang menariknya ialah, blogger ini berjaya hasilkan income USD1000 sebulan hanya menerusi Google Adsense di blog yang berusia 4 bulan!

Dapat USD1000 Sebulan Menerusi Google Adsense

Kan saya kata ianya tidak mustahil. Blog memang boleh jana pendapatan yang baik, tetapi itulah bukan semua orang akan berjaya melakukannya. Tak ramai blogger yang akan beritahu cara sebenar buat duit online menerusi blog ni, saya sendiri sudah bertahun menggunakan Google Adsense untuk blog yang lain.

Dan jika anda mengikuti blog ini tentu sudah sedia maklum bahawa ia bukan sesuatu yang senang. Blog ini misalnya, iklan Google Adsense keluar masuk disebabkan beberapa masalah. Dan sehingga kini blog ini masih lagi disenarai-hitamkan oleh pihak Google Adsense, setelah melakukan 3 kali appeal.
Dapat USD1000 Sebulan Menerusi Google Adsense

Walaupun begitu, alhamdulillah, saya sudah berjaya juga terima cek dari Google Adsense (sepatutnya pindah guna Western Union je). Tak banyak tapi merasa jugalah income darinya.

Jadi, bagaimana blogger tu berjaya dapat USD1000 sebulan dalam masa 4 bulan, hanya dengan iklan Google Adsense.
Tips Google Adsense untuk Blogger Malaysia

6 Tips Jana Income USD1000 Sebulan Menerusi Google Adsense

Ok, secara ringkasnya, apa yang boleh ambilkan jadi tips untuk buat duit dengan Adsense menerusi komen yang ditinggalkan oleh rakan blogger ini ialah;
  1. Sentiasa pantau isi kandungan blog dari semasa ke semasa untuk elak kena banned.
  2. Tingkatkan trafik ke blog yang punyai iklan Adsense memandangkan Adsense pentingkan trafik.
  3. Pentingkan UV (Unique Visit/Visitor) dan bukan pageviews, hanya UV yang akan memberikan nilai dalam iklan Adsense.
  4. Elakkan guna script atau software tertentu untuk naikkan trafik ke blog.
  5. Buat blog yang ada nilai - beri manfaat pada semua atau dengan kata lain ada niche tersendiri.
  6. Sentiasa peka dengan terma dan syarat Google Adsense yang sangat sensitif dengan kandungan blog - kerana ia mengambil kira kata kunci dalam blog untuk siarkan iklan (iklan kontekstual).

Harapnya dengan adanya tips ringkas ini akan lebih ramai yang pasang Google Adsense dalam blog sebagai cara menjana pendapatan. Dalam blogspot, dah siap sedia dah widget Adsense ini (jika anda set blog anda berbahasa Inggeris pada setting language), hanya klik dan pasang di sidebar sahaja.


15 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. salam takzim.. saya pun memiliki akaun adsense sejak 2 bulan lepas tetapi earningnya sangat sedikit boleh dikatakan secara purata 0.30$ setiap hari..hope sudi saudara mediav89 dapat berkongsi . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tingkatkan trafik .... itu sahaja kata kuncinya ... UV bukan Pageviews.

      Delete
    2. ok.. PV and UV adalah satu benda yang berbeza.. mungkin Blog saya berbahasa melayu.. so keyword and searching akan mengakibatkan earning kurang

      Delete
  2. masa nk pilih bahasa tu kan bhs mlysia takd, jd nk pilih bhs inggeris ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Tapi saya lebih syorkan anda daftar terus akaun Adsense di laman web dan bukan ikut blogspot.

      Delete
  3. bro ada tutorial tak tuk daftar adsense di laman web

    ReplyDelete
  4. menarik dan boleh diapply di blog.....

    ReplyDelete
  5. pernah cuba mohon sejak 2009 lagi..tetapi belum berjaya

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Kalau bahasa inggeris senang nak masyukkk .... leh je tulis dalam BM .. tapi ciput je la

      Delete
  7. terima kasih atas perkongsian HH..

    ReplyDelete
  8. tulis dulu dalam English... Google tak faham BM.... dia nak check kandungan dalam blog kita tu menepati syarat dia ke tak? (contohnya, takde lucah, kutuk-kutuk agama, copyright sana-sini). Once Google dah approve, tulis je dalam BM.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement