Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat (RMR) - Saya pasti ramai antara kita yang mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri. Apatah lagi seandainya sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Rumah kediaman merupakan keperluan asas yang penting dan tidak sepatutnya untuk memilikinya menjadi satu bebanan.

Alhamdulillah, kerajaan telah menyediakan satu kemudahan kepada rakyat untuk memiliki rumah sendiri menerusi pemilikan rumah mesra rakyat kendalian Syarikat Perumahan Negara Berhada (SPNB).

Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat SPNB

Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat SPNB

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Permohonan secara online amat mudah. Cuma ikuti langkah-langkah yang diberikan menerusi Manual Pengguna Permohonan Online RMR1M yang telah disediakan. Borang permohonan kini (2015) hanya boleh diambil di pejabat wakil rakyat untuk mengelakkan salah guna dan untuk lebih telus.


Walaupun begitu, terdapat beberapa syarat dan terma yang perlu dipatuhi sebelum membuat permohonan skim ini. Bukan semua orang layak untuk menikmati program pemilikan rumah mesra rakyat ini, memandangkan ia mensasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.

Syarat AM RMR1M

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 60 tahun.
  • Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan kasar seisi rumah antara RM750-RM3,000 sebulan.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang atau tidak sempurna.
  • Mempunyai tanah atau tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan atau cagaran ke atasnya.
  • Tapak keluasan minimum 2,800kps/3,200kps/3,600kps.
  • Tertakluk kepada pinjaman bank.

Update Terkini:
Kategori rumah, syarat terkini serta cara memohon RMR1M telah dipinda untuk berikan lebih ruang dan peluang kepada rakyat. Sila rujuk artikel ini -Kategori, Syarat serta Cara Mohon RMR1M Terbaharu

Apakah yang menariknya mengenai rumah mesra rakyat 1 Malaysia ini? Untuk info, untuk pembelian rumah RMR1M, anda akan menerima subsidi daripada kerajaan sebanyak RM20,000. Dan anda juga menerima 2% subsidi kerajaan pada pinjaman kadar faedah bank.

[Klik] Kalkulator Pinjaman Perumahan Rumah Mampu Milik

Ada dua cara untuk memohon, iaitu secara online atau menerusi pejabat SPNB yang berdekatan. Malah sebenarnya anda boleh meminta bantuan waklik rakyat serta pejabat penghulu untuk membanti mendapatkan RMR1M ini.

Cara Memohon RMR1M

  • Dapatkan borang permohonan RMR1M dari Pejabat Adun atau Cawangan Wilayah SPNB/Pejabat Satelit atau boleh muat-turun percuma di sini - Borang Permohonan RMR1M Percuma
  • Serahkan borang lengkap diisikan kepada Pejabat Cawangan Wilayah/Pejabat Satelit
  • Proses kelulusan pinjaman daripada pihak bank.
Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)
Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)
Bagi anda yang mahu membuat permohonan secara online, sila muat turun panduan atau manual pengguna yang telah disediakan di sini - Manual Pengguna RMR

Bagaimana rupa bentuk rumah RMR1M ini yer ...?? Ok, saya kongsikan kepada anda beberapa illustrasi mengenai rumah konsep yang telah disediakan oleh SPNB.

Rekabentuk Rumah RMR1M

ciri rumah dibina spnb rmr1m

Bagi permohonan di Sabah dan Sarawak, anda boleh rujuk entri ini - Permohonan dan Borang RMR1M Penduduk Sabah dan Sarawak

Untuk sebarang pertanyaan, kemushkilan atau apa sahaja persoalan mengenai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), anda boleh hubungi talian berikut:

Hotline SPNB: 1300 80 3838 
Tel: 603 – 26185555

Tidak Layak RMR1M?

Untuk mereka yang tidak layak memohon projek perumahan RMR1M ini, anda boleh baca artikel di bawah sebagai alternatif untuk mendapatkan rumah sendiri:

[Baca] Permohonan dan Borang Projek RMRPlus SPNB

Semoga bermanfaat. Dan semoga berjaya dengan permohonan RMR1M.

p.s: Penulis bukanlah agen kepada program ini, penulis hanyalah seseorang yang menyebarkan informasi ini supaya lebih ramai orang dapat miliki rumah sendiri. Tiada sebarang hubungan antara penulis dengan SPNB atau mana-mana Adun.

p.s: Segala jawapan kepada persoalan adalah sekadar pengetahuan dari penulis dan bukan kata muktamad atau rasmi yang dikeluarkan oleh SPNB


223 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Replies
    1. menarik jugak sya adelah tanah di area segamat johor..camne nye nak wat..tlng terangkan

      Delete
  2. Replies
    1. Assalam tuan..ade beberape soalan nak tanya..
      1) prgram nie tuk yg ade tanah shj ke
      2)cnth klu sya ada tanah. .berape kos tuk buat rumah under prgram tuan nie..
      mohon penjelasan tuan...sekian terima kasih

      Delete
    2. east sir .. ini bukan program saya, ini program bawah SPNB, dan saya TIADA KAITAN dengan SPNB, saya hanya mewarkan peluang yang ada dalam SPNB sahaja.

      Tapi, saya boleh bantu jawab soalan anda.
      1 - Ya perlu ada tanah.
      2 - Kos seperti yang telah dinyatakan dalam manual ... tak silap saya RM65K ke atas ... apapun bergantung juga dengan jumlah pinjaman yang anda dapat daripada bank.

      Delete
    3. kalau tak ada tanah. boleh dapat ka?

      Delete
    4. Tak ada tanah, tak ada benda yang boleh dijadikan cagaran untuk dapatkan rumah yang diinginkan.

      Delete
    5. saya dah isi borang..borang tu nak hantar di mna tuan?

      Delete
    6. Sila lihat carta alir yang telah disediakan. Baca manual yang boleh anda muat turun.

      Delete
    7. asalam en.
      sya ada tanh, pjbt dh siap ukur....dlm proses nk dptkn geran
      bleh x mohon prgrm ni

      Delete
    8. Boleh setelah anda ada geran.

      Delete
  3. kalau la sy ada tanah !!!... hurmmm.. insyallah.. kene usaha juga cari aset ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ditelan mati mak.. diluah mati bapa... tanah tak ada rumah tak ada,,, merapu syarat2.. sampai aku mati tak ada harta....

      Delete
  4. wah dah boleh mohon online, kepada mereka2 yang berminat silalah rebut peluang ini...

    ReplyDelete
  5. Eh..spnb suruh abg bt review ni ke..hihi..sbb sy staff spnb..nk tau jgk psl review ni..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak. Ini untuk tujuan SEO, mana tahu kot2 esok lusa dapat tajaan review program2 SPNB .. :) sbb semalam dapat menerusi Promosi Rumah Pertamaku .... ada laman web sanggup bayar sbb entri tersebut

      Delete
    2. Di sarawak mcm mana nak mohon?

      Delete
  6. saya tanah pun takde..maknanya saya lebih miskin dri org daif yg ada tanah.. ermm hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm dapatkan rumah, in Sha Allah dapat tanah. Boleh rujuk dengan Pejabat Tanah dan Daerah serta Majlis Daerah untuk tgk lot2 tanah yang ada dijual.

      Delete
    2. susah nak dapat ni walaupun ade tanah

      Delete
  7. pada anak2 melayu yang ada tanah tu jangan la jual ke bangsa asing la.. lama2 tak bertanah anak cucu kita... manfaatkan sebaik2nya

    ReplyDelete
  8. Assalam
    Terima kasih ya Tuan HH. Info yang sangat di tunggu - tunggu ini. Terima kasih banyak.

    ReplyDelete
  9. yg daif, nak bukak tenet pun susah.. online lagi la.. anak boleh tolong tak tahu la.

    ReplyDelete
  10. menarik program ni... tp sekurang2nya rm3k kalau cmur laki bini mcna la pulak? anak nak kena tanggung... tak dpt kot kalau mereka yg dlm keteria mcni... mana nak cr tanah kat kL ni.. pandai dorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. KL memang tak dapat la... yang ada banyak kat seremban ...cubalah.

      Delete
  11. Rakyat sabah kaya dgn tanah sendiri...jgn lepaskan peluang!!!proud to be sabahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tanah buat rumah, ada subsidi RM20K .. mana nak dapat, boleh dapat sebuah rumah selesa dan berkualiiti daripada SPNB

      Delete
  12. Hai, Tuan Hasrul. Nk tanya, tanah tu mesti ada geran ker, kalau LA saja boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu ada geran, boleh minta bantuan pada Pejabat Tanah.

      Delete
  13. mohon tanah dah bertahun, tetap xlulus. cmne la nk buat rumah ni..

    ReplyDelete
  14. kenapa yang blm kawen xleh mohon :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb tanggungan berbeza dan ada kecenderungan si pemilik akan jual.

      Delete
  15. Slm sjhtra..jika sekiranya rumah di dirikan atas tanah kampung boleh x?

    ReplyDelete
  16. Slm sjhtra..jika sekiranya rumah di dirikan atas tanah kampung boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyakan...sy br nk tanya soalan yg sama....mcmana tu yer?

      Delete
    2. Boleh. Memang itulah tujuannya. Apapun, harap dapat buat rujukan dengan pejabat wakil rakyat.

      Delete
  17. Ble guna tanah atas nama ayah or ibu x... tp memerlukan surat kebenaran rasanya... betul x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kena ada surat kebenaran daripada pemilik tanah yang punyai ikatan. Sila rujuk dengan Pejabat Wakil Rakyat.

      Delete
  18. Sy xda tnh...tp sy mmg plukn rmh sbb sy mnumpng dgn mntua sy...klu tnh kmpg bole x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang disasarkan untuk orang kampung - luar bandar bina rumah selesa. Hubungi pejabat wakil rakyat untuk bantuan.

      Delete
  19. Kene ada tanah sendiri?? masih x mesra rakyat la mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda tak faham tujuan program ini dibuat, ini untuk mengelakkan ramai bumiputera khasnya menjual tanah kepada orang lain, lalu tanah yang sepatutnya untuk diduduki akan diambil oleh orang lain.

      Ini adalah untuk bantu mereka yang ada tanah tapi tak ada cukup dana nak bina rumah - orang kampung banyak ada tanah, tapi nak bina rumah selesa tak ada duit.

      Kena faham konsep dia.

      Delete
  20. berapa keluasan rumah yg di bina utk rmh ni?

    ReplyDelete
  21. berapa ka yg perlu dibayar untuk rmr1m ni? dalam sebulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung dengan jumlah pinjaman dan kelulusan daripada bank yang berikan pinjaman tersebut.

      Delete
    2. setakat bln 6 je kerajaan support untuk byr bulanan 150.. lepas ni bank ambil alih mahu le pegi ke 250 ke 300 sbln...

      Delete
    3. Ya betul. Jadi kena pilih juga mana-mana pembiayaan yang 'menguntungkan'.

      Delete
  22. Replies
    1. Ada kes-kes terpencil yang perlu anda rujuk dengan ADUN anda. Bukan semua akan dipaparkan, ia mengikut kepada keperluan dan kehendak. Ada bahagian ADUN yang tdk dapat tawarkan peluang ini.

      Delete
    2. Klw yg x brkje tp ad tangungan boleh dpt x...sy ibu tunggal

      Delete
  23. Geran tanah SPNB simpan sehingga kite habis bayar ke??

    ReplyDelete
  24. kalau ibu/bapa tunggal tapi pendapatan 450 sebuln boleh applyka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak cabang lain utk mohon rumah, ibu tunggal boleh cuba dapatkan bantuan rumah lain yang lebih baik.

      Delete
  25. Geran tanah SPNB simpan sehingga kite habis bayar ke??

    ReplyDelete
  26. Geran tanah SPNB simpan sehingga kite habis bayar ke??

    ReplyDelete
  27. kalau gaji suami 2001, dan gaji wife 1000. mana layak mohon dah. sila pastikan pendapatan isi rumah bawah 3,000.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba dapatkan rumah bawah program rumah impianku ... di situ ada program lain ...

      Delete
  28. Knp tanah nk minimum 7500 kaki persegi klu tnh kecik dr tu x blh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Supaya rumah itu mesra syarak .... tak adalah nanti anak lelaki dan perempuan campur gaul bebas .... boleh buat rumah 3 bilik .. dengan bilik lelaki, bilik perempuan dan bilik mak ayah dipisahkan.

      Delete
  29. assalam.... sya kat srwk... n saya xda tanah mcm mane nk apply

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lihat pada banyak program lain, anda perlu rajin cari peluang ini dengan merujuk badan-badan serta agensi tertentu. Jangan gunakan orang tengah, lebih baik terus berurusan sendiri.

      Delete
  30. askum en. tumpang tanya bole ke saya buat rumah atas tanah org lain(tanah milik ibu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta ibu yang pohon ...dan cuba dapatkan pinjaman itu atas nama anda ...

      Delete
  31. aslkm.. nak tanye, yg nie ada tarikh tutup ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tarikh tutup saya tak pasti. Yang pasti ialah kuota. Sebab ia terkandung dalam belanjawan, seandainya peruntukan diberikan habis, maka tamatlah .. :) harap ini membantu.

      Delete
  32. dh ada mohon cara online senang sikit..nak moho la..xde rmh sndri lg ni..hihi

    ReplyDelete
  33. As salam en nk tnya klu tanah syarikat boleh juga ke? Ke kena settle dgn pejabat tanah dlu hal ni?

    ReplyDelete
  34. As salam en nk tnya klu tanah syarikat boleh juga ke? Ke kena settle dgn pejabat tanah dlu hal ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia tidak dibuka untuk tanah syarikat. Ia adalah untuk pemilikan sendiri. Ia bagi bantu orang kampung yang ada tanah tapi tak ada modal nak bina rumah sendiri dengan selesa.

      Delete
  35. Adik saya pernah apply tetapi ditolak kerana tak cukup tandatangan tuan tanah sebab tanah kami berkongsi geran dengan jiran kami yang dah lama meninggal..kira kami 1/2 ekar la bahagian masing2. .kenapa masih perlukan tandatangan jiran sedangkan tapak rumah adalah pada bahagian kami. Atau ada cadangan yang boleh selesaikan masalah ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini merupakan satu masalah yang ramai alami, ramai yang kurang ambil tahu pasal geran tanah masing-masing, apabila masalah seperti ini timbul, penyelesaian sudah jadi sukar.

      Geran yang berkongsi boleh minta pertlongan pejabat tanah untuk pecah geran. Nanti perlu buat akuan bersumpah, dan perlu kehadiran waris. Cubalah berbincangn dengan waris jiran anda tersebut untuk rungkaikan masalah ini.

      Delete
  36. Adik saya pernah apply tetapi ditolak kerana tak cukup tandatangan tuan tanah sebab tanah kami berkongsi geran dengan jiran kami yang dah lama meninggal..kira kami 1/2 ekar la bahagian masing2. .kenapa masih perlukan tandatangan jiran sedangkan tapak rumah adalah pada bahagian kami. Atau ada cadangan yang boleh selesaikan masalah ini?

    ReplyDelete
  37. Saya mempunyai tanah tetapi diatas geran bersama,adakah geran tanah perlu diserahkan untuk cagaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba selesaikan dahulu masalah geran tersebut. Bila geran atas nama sendiri lebih mudah, inilah masanya untuk ambil tahu soal tanah sendiri.

      Delete
  38. tuan...cnthnya sy ade tanah....tp geran da hilang...atas geran ade nama 4beradik...cmner tu tuan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geran yang hilang boleh cuba hubungi dengan pejabat tanah, jika anda bayar cukai tanah setiap tahun, ia takkan jadi masalah, sbb bila ada pembayaran cukai tanah, ini bermakna rekod itu ada pada pejabat tanah, sila berhubung dengan pejabat tanah daerah anda.

      Pastikan juga anda menghubungi semua adik beradik untuk selesaikan terus dengan pejabat tanah.

      Delete
  39. Salam..encik jka blum berkahwin xboe mohon ke pgrm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila baca syarat yang telah dinyatakan, ia jelas ... :)

      Delete
  40. masalahnya klu x ada tanah....kn beli tanah lagi...agak messy......x ada pelan yg x memerlukan tanah

    ReplyDelete
  41. kalau ada tanah.tapi rumah pusaka...tapi kita robohkan dan buat semula rumah mengikut projek rumaah nie boleh tak...

    ReplyDelete
  42. SABAH X KA??????????????????????????

    ReplyDelete
  43. KENAPA SABAH SARAWAK X????KAMI BUKAN MALAYSIA KA JUGA?????????????????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda kena rujuk dengan ADUN di tempat atau kawasan anda. Sabah dan Sarawak ada program khas dan khusus kalau tak silap saya. Contohnya Rumah Bantuan Rakyat (PPR) yang banyak dibina di sana.

      Delete
  44. Tahniah tn HH.. anda Blogger yg memberikan imput yg baik. terima kasi atas info.

    ReplyDelete
  45. Ayah sy bg sy buat umah dkt tanah d..bsebelahan rumahnya.blh ke mcm tu.skrg p0n ada sy dah buat sndri ckt .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalkan geran tanah milik anda. Tak kira di lokasi mana, jika kuota DUN di situ tidak lagi penuh, anda boleh cuba memohon.

      Delete
  46. mertua saya kasi 1lot tanah besar jugak la.. tapi tanah tu duk dalam satu geran 3 ekar dan terdapat 10 penama dalam geran tersebut. adakah saya perlu meminta persetujuan 10 org penama dalam geran tersebut jika saya hendak mencagarkan geran itu? jika terdapat lebih dari satu orang ingin memohon rmr menggunakan satu geran berapakah jumlah rumah yang boleh dipohon dalam keluasan 3 ekar menggunakan 1 geran? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah akan timbul jika geran punyai banyak nama, adalah lebih mudah jika geran ini dipecah nama ikut bahagian masing-masing. Nak cagar senang, nak buat pinjaman senang, malah akan mengelakkan masalah akan datang timbul .. contohnya nanti apabila salah seorang penama meninggal dunia atau dikhuatiri berlaku pertindihan lot.

      Geran tidak boleh dijadikan cagaran kalau ada nama banyak sbb bank tidak mahu masalah akan datang ... tapi kalau mereka mahu dapatkan keuntungan, bank boleh sahaja terima, tapi nanti masalah akan timbul di pihak anda. Tanah yang dicagar tetap perlu dibayar pinjaman, kaedah faedah tetap berterusan. Jadi, jika mahu bina rumah atas tapak lot ... pastikan lot itu anda punya dan anda punyai geran di tangan.

      Banyak kes tanah tergadai disebabkan perkara remeh yang orang ramai kurang ambil kesah.

      Delete
    2. terima kasih tuan kerana cepat membalas soalan saya tadi. itu lah masalahnya kos nak pecah geran pon mahal sekarang ni.. aritu saya minta tolong adik ipar tanyakan ke pejabat tanah kos nak pecah saja dah mencecah rm 9ribu belum masuk nama lagi. kalu belum mohon rmr dah nak kena abis beribu, kopak la org mcm saya ni.

      Delete
  47. kalo da pohon,kat mana nk buat rujukkan seterusnya tuan?coz mereka da tinjau kaw. tanah,mereka kata ok, tp sampai skrg blm da respon....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila pergi ke Pejabat Adun, dengan bawa slip borang anda, mereka akan semak menggunakan SMS .. harap maklum.

      Delete
  48. Salam tuan...
    saya ada tnah tapi atas nama bapa saya....bapa dh izin dh.saya tggl bersama mertua dan ingin memiliki rumah sendiri,dgn gji sy & suami yg rendah menjdikan mslh utk membuat pinjaman..blh ke sy memiliki memohon rumah tersebut...

    ReplyDelete
  49. Tuan.. saya ada 3 soalan.. (1) Syarat utamanya kena ada tanah ye? (2)SPNB ada jual tanah tak? kalau ada saya nak beli.. (3) Ada tak rumah yang dah siap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarat utama untuk program RUMAH MESRA RAKYAT 1 MALAYSIA adalah perlu ada tanah, ia berbeza dengan program Rumah Rakyat 1 Malaysia, Rumah Idaman Rakyat, PPR serta PR1MA .. jangan salah tafsir dan menyamakannya.

      SPNB adalah badan yang selenggara pembinaan rumah, dan bukan penjualan rumah. Jual beli rumah adalah antara anda, pemaju dan pihak bank.

      SPNB ada menyediakan program2 rumah dah siap, sila rujuk program2 yang berkaitan. Mohon lihat laman web SPNB.

      Delete
  50. saya minta jasa baik tuan...borang yang saya download saya dah isi..document yg di minta saya sudah sediakan...sekarang ni kat mna saya nak hantar borang tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantar pada Pejabat ADUN ..... lihat carta alir yang telah disediakan tu.

      Delete
  51. Salam tuan....klu pemoho ada blacklist dgn bank,adakah ia masih layak memohon rmr1m? Atau bolehkah menggunakan nama isteri utk memohon rmr1m ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah sikit, sbb pinjaman disediakan oleh bank.

      Delete
  52. geran tanah kne pgg utk bpe lame??

    ReplyDelete
  53. tanah ada, tp kerja menoreh getah, bolehkah saya mohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Permohonan boleh dilakukan, tetapi untuk kelulusan mungkin ada masalah. Apapun, boleh berbincang dengan pihak bank dan SPNB.

      Delete
  54. tanah ade di kampung, rumah ade di p.j rumah sendiri namun begitu mampukah saya melayakan memohon rmr bg mendirikan rmh ibu di atas nama saya di kg yg usang bersebelahan rmh arwah ayah yg uzur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tanah atas nama sendiri, saya tidak fikir ia akan bawa masalah. Asalkan syarat dia - tanah nama anda, pinjaman juga dapt dibuat atas nama anda.

      Delete
  55. NAK TANYA...TANAH ATAS NAMA MAK MERTUA..BOLEH MOHON KER? ANAK2 MERTUA BOLEH MOHONKER?

    ReplyDelete
  56. Assalaam. Tuan. nak tanya...tanah bergeran milik ayah . luas 0.606 ekar. ayah nak mohon. anak pun nak mohon atas lot sama. boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh. Satu tanah hanya untuk satu orang - iaitu pemilik tanah sahaja boleh mohon. Ini disebabkan pinjaman nanti atas satu nama dengan cagaran tanah itu atas nama pemilik tanah.

      Delete
  57. askum amacam nak memohon kalau tak ada tanah atau tak ada tanggungan maklumlah saya ni yatim piatu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba program lain... ada Rumah Idaman, ada rumah PPRT .... program yang ini khas untuk orang yang ada tanah atas nama sendiri tetapi tak mampu nak buat rumah (orang kampung).

      Delete
  58. slm...saya nak kepastian sekiranya ada tanah tp bkn atas nama sy,tanah atas nama abang,boleh ka sy memohon?adakah spnb perlu simpan geran tanah?sekiranya sy hanya guna surat kebenaran dari empunya geran,layak kah sy utk memohon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak boleh. Geran mesti nama sendiri. Pihak bank yg akan simpan, kerana pinjaman adalah dari bank. SPNB hanya akan bantu utk kurangkan kadar faedah dan bina rumah, selain ada diskaun tertentu diberikan.

      Delete
  59. assalamualaikum... sy ada beberapa soalan

    1) setiap org layak utk meomohon RMR ini berapa kali?

    2) Gaji sy lebih 3 ribu. Masih layakkah utk sy memohon RMR di kampung? atau ada program lain utk sy bina rumah di kampung?

    3) jika adik sy mohon RMR atas tanah sy.. kemudian katakan 5 thn akan dtg beliau beli tanah sendiri dan ingin memohon RMR diatas tanah nya sendiri? masih layak atau tidak.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan:

      1- Kalau ada 2 tanah, dan tanah atas nama anda, maka layak anda adalah 2 kali utk setiap tanah. Anda yang mampu bayar ansuran, maka bergantung pada diri anda.

      2- Memang ada program lain, rumah idaman, rumah pprt dan rumah mampu milik. RMR adalah untuk mereka yang ada tanah tetapi kurang kemampuan bina rumah sendiri.

      3- Tidak boleh adik bina rumah atas tanah milik anda dengan program ini.

      Delete
  60. Ok..saya tggl kat kampung brsama ibubapa..rumah pn rumah kampung..kat belakang rumah ni ada tanah kosong atas nama bapa..boleh ke saya apply RMR1m ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak boleh. Nama tanah mesti nama yang mahu buat rumah.

      Delete
    2. kalu nama atas nama isteri boleh ke?

      Delete
    3. Jika lot geran tanah itu atas nama isteri, maka bolehlah isteri minta dan buat permohonan.

      Delete
  61. Tapi syarat minimum tanah keluasan 7500kps.. bleh gagah luas gak tu.. Tanah lot tak dapat la luas mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah perbaiki .. lihat kembali syarat dinaytakan. Terima kasih.

      Delete
  62. Alhamdulillah saya dah dapat..semua urusan lawyer dah settle tinggal tunggu.kontraktor spnb datang untuk.buat rumah..apa pun ianya bergantung pada rezeki,doalah banyak2 mudah2an urusan kita dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah .... bila ada cara diikuti dengan cekal dan tawaduk .. in Sha Allah, akan dipermudahkan ...

      Delete
  63. nak tnya .. sya ni bujang, blh apply ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarat di atas telah pun dinyatakan dengan jelas

      Delete
  64. kalo tanah ayh saya blh ke...so pemohan kena nama pemilik tanah ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemohon kena pemilik tanah sbb geran tanah akan dicagarkan kepada bank. Jadi, kalau dah nama lain, bagaimana nak pohon pinjaman tu?

      Delete
  65. mcm saya x ada tanah tp sya beli tanah yg baru..klu lepas ada tanah mmg comfirm ka boleh dapat..atau ada syarat lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syarat lain adalah tertakluk pada pinjaman bank pula.

      Delete
  66. 1. Kalau tanah dah ade rumah pondok, bole tak mohon untuk ubah suai menjadi lebih selesa dan besar...

    2. Tanah rumah teres bole tak mohon? sian ayah saya rumahnya nak diubah suai tetapi terbengkalai begitu saja. dah 6 tahun terbengkalai

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 - boleh memohon, asalkan geran atas nama pemohon.

      2 - tidak boleh. Ia mesti tanah lot sendiri. Boleh mohon untuk dapatkan pinjaman dari Jabatan Perumahan Negara ...

      Delete
  67. tuan sy nk tnye kalau tanah yang dibeli dengan pinjaman kerajaan dan masih lagi belum habis bayar adakah layak memohon rumah mesra rakyat?? kerana geran asal berada di Perbendaharaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak boleh. Ia dah tak lengkap syarat yang dinyatakan di atas tadi.

      Delete
  68. kalau ibu yg pohon, tp pinjaman guna atas nama saya(masih bujang) layak ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dipertimbangkan oleh SPNB. Sila berhubung dengan SPNB untuk kes seperti ini.

      Delete
  69. sedih.. dah ada kemudahan camni, tanah plak xde.. hu3..

    ReplyDelete
  70. Encik hasrul,

    Saya nak tanya,..kalau macam saya tak kawen lagi..tapi ade tanggungan (mak + ayah + adik)...saya boleb mohon tak?

    ReplyDelete
  71. rasanya semua syarat & maklumat dah disediakan dalam MANUAL PENGGUNA.
    jadi la org yg rajin sikit.ambil masa baca dulu manual tu jgn terus bertanya.
    kalau tak faham baru tanya.
    dah syarat jelas2 tulis WAJIB ada tanah sendiri,lagi mau tanya kalau tak ada tanah boleh ker?hmmmm......
    terima kasih pd admin yg war-warkan berita ni.

    ReplyDelete
  72. sayang nya hanya untuk warga malaysia saja. paling tidak aku tau info cara mengapply rumah di malaysia.
    www.adzim.my.id

    ReplyDelete
  73. program ni mcm nk tolong tp x tolong..kalau ad tanah buat rumah sendri j sikit-sikit, masalah skrang generasi ke2 xd tanah, aptah lagi rumah.. 80% generasi ke2 nama da blacklist.. sebab kos hidup ,, duduk di negara sendri tapi xd tanah walau seinci..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Program ini untuk generasi yang ada tanah, boleh cuba program lain yang ada. Ada lebih kurang 3 program lain untuk pemilikan rumah. Sila rujuk SPNB untuk keterangan lanjut.

      Delete
  74. Menarik., tapi macam mana dengan saya y xde tanah..? Mmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Maryam, ada projek lain ... Program Rumah Idaman, Program Rumah Mampu Milik ... juga dalam SPNB ...

      Delete
  75. Salam..kalau tanah felda blkg rumah ayah boleh mohon tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tanah sendiri ... ada geran .. in Sha Allah boleh apply.

      Delete
  76. 2800kps itu lbih kurang berapa puluh kaki.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tanya pada yang lebih tahu mengenai perkara ini Cik Lili.

      Delete
  77. assalammulaikum...
    saya ingin bertanya... kalau seekar tanah pusaka yang mempunyai 7 adik beradik dan kesemua adik beradik ingin membuat rumah mesra rakyat. layak ke semua adik beradik memohon utk membena rumah mesra rakyat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layak, asalkan tanah pusaka itu dipecahkan nama kepada 7 adik beradik berkenaan. Anda tidak boleh membuat pinjaman jika geran tanah pemilikan itu dikongsi. Ia mesti milikan tunggal.

      Mengapa?

      Supaya tidak akan jadi masalah di kemudian hari seandainya baki pinjaman tidak dijelaskan sepenuhnya.

      Delete
  78. Salam, sekiranya sekarang tanah dah ada sebuah rumah mesra rakyat, boleh lagi ke nk mohon sebuah lagi? Tanah atas nama mak sy, rumah yang dah siap nama mak saya, sekarang saya plak nk mohon lagi sebuah atas geran yang sama, boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak boleh. Geran dan rumah perlu atas nama si peminjam. Jika mahu mohon, dapatkan geran dan tukar nama kepada anda.

      Delete
  79. saya mahu minta buat rumah tapi d sabah ada kah.. kalau minta buat rumah ni ada byaran kah. lagipun kami ini miskin. ibubpa petani j.rumah pun x sempurna.mcm mna tu arh.. kalau memohon skg bial lah dapat buat tu.. n macm mn kita tau kalu kita dapat bantuan rumah... kalau guna geran tanah abg sa bole kah.. nam dia lah saya guna bukan sa..sa cuma mau tolong dia tu j lagipun sa xda tanah sndri ni belum kena bgi lagi..ihihihihi biasa anak prmpuan kan x kena bagi,..abg2 j kna bgi..kalau bole rumah y sa minta buat tu bekas rumah kami skg cuma ubahsuai j.bole kah tu?d kampung juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena berhubung dengan ADUN kawasan, minta pertimbangan.

      Delete
  80. skmt ptg, kalau kes seperti di bwh:

    1. Tanah atas nama ibu. Ibu x bkeja. P'dapatn ayah pula rm1.3k sbln (umur=53thn), msh ada tangungan 1 org ank, adk sy berumur 13 thn.
    2. pendapatan sy+suami rm6k.
    3. sy nk tlg famili sy buat rumah kat kpg, kalau sy mintak ibu sy isi borang spnb, mcm mn nak buat pinjaman? kalau sy guna nama sy utk buat pinjaman, adakah layak? atau sy blh guna nama ayah sy untuk buat pinjaman, adakah umur menjadi isu? sbb ayah pernah try buat pinjaman nak bli rumah dahulu tp x diluluskan sbb umur dia dh tua, & pd masa tu sy msh belajar di universiti.

    Harap En. dpt membantu mjawap persoalan sy. Trima kasih.

    Linda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama sekali, program yang anda sedang baca ialah untuk penduduk-penduduk kampung yang tiada kerja tetap, ada tanah tetapi tak ada rumah atau rumah tu uzur, jadi bolehlah minta pinjaman menerusi program ini.

      Hanya pemilik tanah sahaja dibolehkan untuk sertai program ini. Maka, jelas ... jika anda mhu bantu, antara penyelesaian ialah dengan menukar nama geran tanah itu kepada nama anda, supaya boleh dan mudah untuk apply program ini.

      Apapun, anda diminta untuk hubungi Adun kawasan anda bagi program ini, memandangkan setiap kawasan Adun ada kuota tertentu.

      Harap maklum.

      Delete
  81. Kalo yg keje sndri iaitu berniaga blh x mohon umah mesra rakyat ni??

    ReplyDelete
  82. Tanah ada tp nama blacklist mcm na

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada hemat saya, mungkin boleh cuma sukar sedikit. Anda perlu merujuk SPNB.

      Delete
  83. Assallamualaikum... Saya sebenarnya sudah dua kali memohon rumah tersebut, tapi sampai sekarang masih belum ada jawapan. sebenarnya saya tidak memiliki tanah sendiri, tapi saya sudah mendapat kelulusan dari tuan punya tanah iaitu Ibu saya sendiri untuk menggunakan tanah miliknya, malangnya sampai sekarang masih belum ada khabar berita. adakah saya patut menghubungi SPNB untuk bertanyakan hal ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk program ini, setiap bahagian Adun ada kuotanya, jadi mungkin tak dapat kerana keutamaan kuota tersebut diberikan. Apapun, boleh juga bertanyakan kepada SPNB.

      Delete
  84. Hi,Mr.Hasrul.Abang saya ingin nak memohon program ini.Dia tinggal dgn ibubapa rumah bwh nama bapa tapi dia blm khawin lagi.Ibubapa kita adalah pensara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kellie .. program ini adalah untuk orang yang ada tanah (atas nama sendiri) yang masih tak ada rumah atau mahu buat rumah atau mahu repair rumah. Pemilik tanah sahaja boleh memohon. Dan jika mahu memohon, pastikan geran tanah nama kita.

      Delete
  85. Nk tanye satu geran tanah blh wat 2 rumah mesra rakyat tak?saya dan kakak saya nk mohon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh cik. Boleh sebuah atas satu lot. Dan lot tanah perlu atas nama pemohon.

      Delete
  86. minta maaf nak Tanya sikit selalu nya berapa lama kita perlu tunggu untuk tahu keputusan permohonan? sebab saya mohon direct dengan hantar boring ke spnb. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung dengan jumlah pemohonan pada setiap negeri dan daerah. Anda boleh terus hubungi SPNB jika anda menyerahkan borang tersebut kepada pihak mereka, jika menerusi ADUN boleh hubungi adun berkenaan.

      Delete
  87. Wis tamba keren templatenya + mantep penataannya (y)

    ReplyDelete
  88. Em nak minta selalu tak dapat...walau gaji bawah RM3000 tapi tetap tak dapat...kenapa ye? (kerja sendiri)

    ReplyDelete
  89. salam , nak bertanya , kalau pemohon bekerja sendiri dgn pendapatan rm1000 sebulan boleh mohon tak?
    lagi satu kalau geran tanah, masih tidak dipecahkan, ada 4 nama, dan salah seorang telah meninggal, belum tukar nama ke anaknya, macam mana dgn tandatgnkan akuan penama tersebut. kalau anak arwah tanda tangan boleh ke? terima kasih kerana menjawab soalan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, sy mahu bertaya, kalau sy pemohon berstatus bujang tetapi akan kerkahwin pada tahun hadapan jd layakkah sy memohon program ini? Dan tanah atas nama org tua sy, perlukah dipecahkan nama kepada sy dlu baru memohon?

      Delete
  90. banyak betul persoalan, saya tidak layak mohon

    ReplyDelete
  91. Salam...bole kh rumah yg telah siap dibina melalui skim ini dijual atau hakmilik dtukar kpd org lain (ahli keluarga) walaupun pemilik asal blum meninggal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tidak boleh sbb pinjaman atas nama pemilik tanah.

      Delete
  92. Salam. Borg yg sy ambil ada bhgian keizinan tuan tnh. Iaitu ayah sy. Jd sy lyak mhon atau tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena periksa balik samada ia dalam program yang sama. Sbb ada program yang ada benarkan ... ada program tidak benarkan.

      Delete
  93. Menarik sekali informasinya. salam bloging..

    ReplyDelete
  94. Salam.sy nak tahu,adakah pinjaman rumah mesra rakyat ni mempengaruhi pinjaman rumah masa akan dtg.cth nya jika sy lulus rumah mesra ni,dlm 7 8 tahun akan dtg sy nak beli plak rumah lain,akan sangkut tak permohonan baru tu.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ia akan mempengaruhi kerana pinjaman dilakukan menerusi bank. Untuk mendapat kelulusan baru sudah pastilah pihak bank akan lihat rekod pinjaman kita yang ada.

      Delete
    2. sy ada "dengar cita" kata rumah mesra rakyat tu tanahnya kita cagarkan dan harga tanah tu lebih mahal.so ianya tidak akan mempengaruhi permohonan pinjaman rumah yg baru masa akan datang.betul ke atau hanya kata2 manis??

      Delete
    3. ada lagi persoalan..
      1)jika pemohon berumur 63 tahun, balu dan tidak berkerja.ada tanah sendiri, bolehkah memohon rumah mesra rakyat nie.pemohon dapat duit pencen bulanan arwah suami utk belanja harian

      2)pemohon tidak memiliki tanah tunggal.tanah yg ada atas nama ibu pemohon atau berkongsi dengan adik beradik lain, bolehkah pemohon menggunakan tanah tersebut.ada yg kata BOLEH atas kebenaran pemilik tanah

      Delete
    4. Betul. Tanah memang dicagarkan kepada bank, jika harga tanah adalah jauh lebih tinggi daripada jumlah permohonan pinjaman, maka memang tidak menjadi masalah.

      Pihak bank tentu mahu anda meminjam daripada mereka kerana ia menguntungkan - anda dah cagar tanah - dan anda kena bayar utk dua buah rumah. Mana-mana pinjaman bermasalah, maka tanah anda mungkin tergadai - dan rumah-rumah anda mungkin akan dilelong. Jadi fikirkan sebaik-baiknya.

      Delete
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement