Lama saya tak sebut mengenai SEO (Search Engine Optimization) untuk blogspot. Ok, kali ini saya nak kongsikan sedikit ilmu mengenainya. Tak banyak, cuma beberapa pengenalan ringkas berkaitan On-Site dan Off-Site SEO. Ia lebih kurang sama je, dengan On-Page dan Off-Page SEO. Saja mengada-ngada nak peningkan kepala anda semua .. hehehhee....

Ok. Ringkas je. Mari kita ketahui apa yang dimaksudkan dengan On-Site SEO ini.

On-Site VS Off-Site SEO

On-Site SEO

Ia lebih kepada beberapa perkara-perkara kecil dalam blog anda yang ada kesan besar kepada enjin carian. Ia menekankan mengenai blog anda mengenai apa yang diceritakan dan bagaimana ia penting buat enjin carian tersebut. Perkara-perkara tersebut termasuklah -

  • Semua isi kandungan blog anda, termasuklah laman (pages), arkib, apa yang ada di sidebar, ada yang tertulis di kaki blog (footer), entri-entri semasa dan sebelum.
  • Ia berkaitan dengan meta tags, dan tag H1 iaitu tajuk utama serta deskripsi blog anda.
  • Latar rekabentuk blog anda termasuklah layout, kedudukan sidebar (kiri atau kanan), warna dan sebagainya.
  • Perkara berkaitan teks alt yang terkandung pada imej dan gambar
  • Katakunci yang anda gunakan dalam blog anda, kekerapan dan keutamaannya
  • Berkaitan samada entri anda segar, unik dan berkualiti
  • Masa untuk blog anda dipaparkan sepenuhnya
  • Struktur URL blog dan entri-entri anda; samada punyai katakunci yang dimaksudkan
  • Sitemap XML - ia sepatutnya menyeluruh dan dinamik (sentiasa dikemaskini)
  • Cara bagaimana blog dan kandungannya diindeks oleh enjin carian
  • Pautan dalaman dan navigasi dalam blog
  • Isi kandungan dalam fail Robots.txt yang ada dalam blogspot
  • Ubah-hala 301 - bagi entri-entri yang telah dipadamkan
Sekarang kita lihat pula apa yang dimaksudkan dengan Off-Site SEO.

Off-Site SEO

Perkara yang kita tidak nampak dalam blog kita, termasuklah teknik kita mempromosikan blog dan entri; contohnya seperti berikut -
  • Pembinaan link atau pautan luar, backlink serta pautan berkategori
  • Kenyataan akhbar atau media lain yang beri kesan pada blog
  • Penghantaran mana-mana entri ke laman-laman ping atau laman web aggregator seperti Busuk.org, Kartikel, Pingje, OhBelog, Apesal dan sebagainya.
  • Analisis seperti dilakukan menerusi Bing Webmaster, Google Webmaster, dan macam-macam lagi
  • Penggunaan media sosial
  • Analisis mengenai kata kunci dan ketepatannya dengan kandungan blog anda.
  • Tinggalkan komen dan link di laman web, blog-blog, forum serta medium video seperti YouTube
  • Hantar URL blog ke direktori laman yang mesra SEO
  • RSS feeds
Harapnya dengan entri yang ringkas ini, anda boleh nampak sedikit sebanyak perbezaan, dan boleh memahaminya untuk menghasilkan blog yang mantap SEO.

In Sha Allah, lain kali saya akan cerita lagi. Sabar-sabar ehh ....




7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wahhh.. macam sesuai jea dengan apa yang teman tengah fikir nak buat dengan blog teman, hu2..

    BalasPadam
  2. Blog banyak doodle n kartun pun x mesra seo yea HH, teman suka kartun.. xde cara lain ke nak bg blog yg ada kartun/doodle nesra seo ye

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum...bro HH,

    bagus sangat3 entry nie,,, ada perkara yg tak tahu boleh belajar di sini... terbaik..

    mselim3

    BalasPadam
  4. Ilmu..ilmu..ilmu.. thx for sharing abang HH!

    BalasPadam
  5. "Ubah-hala 301 - bagi entri-entri yang telah dipadamkan"..bro nnt buat tutorial pasal ni plak..hu3..bleh x

    BalasPadam
  6. Hantar URL blog ke direktori laman yang mesra SEO


    tuan, boleh bg contoh x utk di atas?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement