Seorang pemancing udang galah adakala perlu berada sehari semalam untuk meraih tangkapan. Bukan mudah nak memancing satu spesies hidupan air yang bernilai tinggi ini. Peralatan, kaedah semuanya berbeza daripada pemancing biasa.
Tips Memancing Udang Galah Mudah
Sebagai seorang pemancing udang galah, anda perlu ada joran spesifik untuk memancing udang, bukan joran biasa. Pemancing udang perlu menggunakan joran yang hujungnya mudah melentur dan melentik, perlu lembut supaya dapat mengesan udang galah yang sedang makan umpan.Lokasi popular menjerat udang galah di Nibong Tebal/Parit Buntar |
Sabarnya Si Pemancing Menunggu Umpan Dimakan Udang
Itu satu hal. Nak menunggu udang galah makan umpan pula satu hal yang lain. Anda perlu ada banyak joran, paling minima seorang pemancing udang mesti nak ada 5 batang joran. Mata kail mesti jenis bulan sabit yang halus. Kalau mahu menduga sesuatu lubuk, perlu ada 2 jenis umpan berlainan.Ada sifu udang galah memberitahu saya, sebelum memancing udang, anda perlu taburkan belacan untuk menarik perhatian si sepit biru. Ada pula yang mengesyorkan untuk taburkan kelapa parut yang digoreng dengan udang geragau. Ada yang berpetua kempal-kempalkan tanah cacing dan lemparkan ke bahagian tempat memancing.
Kesabaran Pemacing Udang dalam Semua Hal
Semua kaedah, petua dan teknik yang digunakan memerlukan kesabaran. Nak menunggu udang galah memakan umpan juga ambil masa. Jika anda bukan seorang yang sabar, 1-2 jam berlalu tanpa hasil, pasti akan bosan.Tapi bagi mereka yang benar-benar mahu menjerat si sepit biru, pasti akan mencari jalan terbaik supaya joran yang dipasang menjerat sepit biru yang sedap dibuat lauk masak lemak cili api atau rendang udang menyelerakan.
Pemancing Sabar Ditertawakan
Ada pemancing udang galah yang awalnya tewas ditertawakan oleh mata melihat. Al maklumlah, sehari suntuk panas meremang, hasil dari 13 batang joran yang dipasang hanya seekor yang dapat. Tak mengalah. Tak pula menjerkah. Esok pemancing udang galah datang lagi ... menduga lubuk yang sama atau mencari tempat lain demi mengumpan si sepit biru.Dengan usaha, dengan sabar ... ada pemancing udang galah yang tersenyum riang dan gembira kerana boleh makan sepit biru hasil keringat sendiri. Apatah lagi dapat merasa masakan enak udang galah fresh bersama anak-anak serta isteri. Terasa berbaloi.
Ada cara lain untuk mempercepatkan hasil tangkapan?
BalasPadamGuna umpan percuma tu ... taburkan tanah cacing, kelapa masam ... 30 minit sebelum memancing .... pastikan air tidak mengalir deras, lebih elok dapatkan tanah dasar sungai dan kepalkan bersama ramuan tersebut.
PadamCara memancing yang terbaik untuk di amalkan..hehehe.
BalasPadamlokasi pancing udang galah yg dah lama sy tinggalkan , Sungai Kerian ...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.