Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk menghadiri pelancaran satu pakej menarik pelancongan dengan keretapi dan Inap Desa (homestay). Pakej ini merupakan satu pakej yang dinamakan Rail Tourism, dan antara tarikan terbaru pelancongan di Malaysia. Baru? Hmm sebenarnya dah lama.... cuma mungkin kurang diketahui umum.

Rail Tourism sebenarnya telah ada sejak 2012 lagi, malah ia pernah dilancarkan sebelum ini di Singapura (kalau tak silap). Dan bagi diri saya, saya sememangnya sebelum ini ada bercadang mahu mencuba pakej Rail Tourism ini... dan tanpa disangka, pucuk dicita ulam mendatang.

Rail Tourism merupakan inisiatif pelancongan serba menarik yang telah dibawakan oleh RTAM (Railway Tourism Association Malaysia). Pakej yang ditawarkan merupakan pelancongan menggunakan perkhidmatan KTM (Keretapi Tanah Melayu) dan dipadatkan dengan aktiviti di Inap Desa (homestay) terpilih. Jadi, ia satu pakej pelancongan yang unik kerana menggabungkan dua entiti yang hanya boleh didapati di Malaysia.
Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014

Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014

Pada 10 Januari 2014, pihak penganjur iaitu RTAM dengan kerjasama daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta Keretapi Tanah Melayu (KTM) telah melancarkan Brosur Tourail VMY2014 (Tourail Brochure).

Pelancaran tersebut telah dilakukan di dua tempat, yang pertama di KL Sentral pada jam 4:30 petang manakala pelancaran perdana diadakan di KTM Ipoh pada jam 8:00 malam. Kalau tidak silap, hampir 500 orang hadir termasuklah media, pelancong asing serta tempatan dan juga blogger.

Dari KL Sentral, tetamu yang hadir kemudiannya dibawa menaiki ETS (Electric Train Service) menuju ke Stesen Keretapi Ipoh. Sebanyak 6 gerabak ETS disediakan. Di mana saya? Saya berada di gerabak yang menempatkan penduduk kampung dari Padang Rengas, Kuala Kangsar beserta pelancong dari Somalia dan juga Indonesia.

Perjalanan ETS dari KL Sentral ke Ipoh hanya mengambil masa 2 jam dengan purata kelajuan antara 100-140 km/jam. Memang laju, dan berbeza keadaan jika menaiki tren biasa. Tren tiba di Stesen KTM Ipoh jam 8 malam dengan disambut oleh kakitangan Motac (Ministry of Tourism and Cultural) dan Kerajaan Negeri Perak.
Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014
Pelancaran di Ipoh, Perak memang gamat, mana tidaknya, ada persembahan artis terkenal seperti Najwa Latif, Mus May, Sheda dan Ronnie Hyperact. Walaupun ada ketika gerimis mengundang, dataran KTM Ipoh tetap ramai dengan pengunjung. Sesekali keriuhan kedengaran dengan celoteh Azwan Ali di pentas utama.

Gambar Sekitar Pelancaran Brosur Tourail di KL Sentral


Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014
Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014
Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014
Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014
Menteri Pelancongan Malaysia Pelancaran Pakej Rail Tourism VMY2014
Pramugari dan Pramugara ETS
Majlis ini telah dilancarkan serta dirasmikan oleh YB Dato' Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Dianjurkan oleh RTAM dan Motac, pelancaran ini turut disertai oleh Kerajaan Negeri Perak, sebagai memeriahkan lagi majlis memandangkan kebanyakkan destinasi homestay dalam program kali ini adalah dalam negeri Perak - Homestay Gopeng, Homestay Bukit Gantang dan Homestay Kg. Beng.

Maklumat Lanjut Pakej Tourail VMY2014

Untuk mengetahui mengenai Pakej Tourail - Rail Tourism sempena VMY2014 ini, anda boleh rujuk informasi di bawah ini.

RTAM (secretariat.rtam@gmail.com)

Nantikan pula entri pengalaman saya menetap 3 hari 2 malam di homestay. Di mana? Tunggu ehh ...


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement