Muzium Jeruk Madu Pak Ali. Aha, saya pasti ramai yang mungkin tak tahu akan kewujudan sebuah muzium berkaitan dengan jeruk. Jeruk merupakan antara makanan popular di Pulau Pinang, dan jenama Jeruk Madu Pak Ali adalah jenama bumiputera paling popular di sini.

Jeruk Madu Pak Ali kini bukan hanya terkenal di Pulau Pinang dan utara Semenanjung, malah ia kini boleh didapati di seluruh Malaysia. Banyak kedai, kiosk yang telah dibuka dengan jenama ini.

Muzium Jeruk Madu Pak Ali

Jeruk Madu Pak Ali, Simpang Ampat, Penang

Bagaimana Jeruk Dihasilkan?

Mungkin ada yang nak tahu bagaimana jeruk madu ini dihasilkan? Ok, untuk menghasilkan jeruk yang berkualiti terbaik, selalunya buah-buah yang akan dijerukkan diasing dan digredkan berdasarkan saiz, jenis dan juga keadaan buah tersebut (samada muda atau masak). Buah yang telah dipilih dan diasingkan akan dibersihkan dan dimasukkan dalam air garam (menggaram) selama 1 minggu. Buah tersebut kemudian dibersihkan kembali dengan menggunakan air suling dan dikupas serta dipotong mengikut saiz buah. Setelah itu, buah-buahan tersebut akan dijerukkan dengan air gula selama 3 hari dan akhirnya dibungkus untuk pasaran.
Cara menghasilkan jeruk madu pak ali
Itu sedikit sebanyak mengenai proses penghasilan jeruk. Dan saya ingin kongsikan juga kepada anda beberapa fakta sejarah menarik mengenai Jeruk Madu Pak Ali.

Fakta Menarik Mengenai Jeruk Madu Pak Ali

  • Perusahaan Jeruk Madu Pak Ali telah dijalankan sejak tahun 1985 lagi. Ketika itu, ia dijalankan secara kecil-kecilan di rumah, yang diasaskan oleh Hj. Ali Omar.
  • Jeruk Madu Pak Ali mula dikomersialkan pada tahun 2007, di bawah syarikat Kunci Kreatif Sdn Bhd, dengan modal permulaaan sebanyak RM15,000.
  • Jeruk Madu Pak Ali merupakan satu-satunya kilang jeruk bumiputera yang menghasilkan jeruk secara komersil di Malaysia.
  • Jeruk Madu Pak Ali mendapat sokongan dan bantuan dibawah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Kementerian Pertanian (MOA), Jabatan Pertanian, FAMA dan MARA.
  • Jeruk yang dihasilkan adalah buah-buahan segar yang dipajak terus dari ladang-ladang seperti ladang Mempelam Sala di Perlis.
  • Kini, terdapat lebih 30 jenis jeruk basah dan 50 jeruk kering yang dihasilkan di kilang Jeruk Madu Pak Ali yang terletak di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.
  • Ramai pekerjanya adalah di kalangan surirumah dan ibu tunggal sekitar kawasan.
Buah diasingkan semasa proses gred buah jeruk madu pak ali
Pekera di kalangan surirumah dan ibu tunggal di kilang jeruk madu pak ali
Kilang memproses jeruk madu pak ali
Saya dan keluarga telah berkesempatan melawat kilang yang juga dikenali sebagai Muzium Jeruk Madu Pak Ali yang terletak di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. Memang tak jauh dari tempat saya di Nibong Tebal.

Kali pertama saya ke sini, kilang atau muzium ini masih lagi belum beroperasi sepenuhnya. Dan kunjungan kali ketiga tidak menghampakan apabila ia telah siap sepenuhnya sehingga menjadi antara tempat kunjungan ramai termasuk pembeli, pemborong, pelajar dan mereka yang mahu belajar cara membuat jeruk madu secara komersil.

Di muzim atau kilang ini, anda boleh melihat sendiri proses penghasilan dan pembungkusan jeruk madu menerusi cermin kaca. Anda boleh lihat bagaimana buah-buahan dipilih dan kemudian diasingkan. Malah, anda boleh melihat bagaimana campuran bahan-bahan untuk mengawet buah untuk dijadikan jeruk dibuat. Segalanya jelas tanpa ada sebarang sekatan. Nak ambil gambar pun boleh.

Di situ juga ada Agro Bazaar jika anda ingin membeli produk-produk Fama dan juga jenama produk Jeruk Madu Pak Ali. Ada banyak produk IKS yang boleh dibeli termasuk madu, cuka, kicap, mee segera, jeruk basah, jeruk kering, biskut, kordial dan macam-macam lagilah. Semuanya keluaran bumiputera dan Fama.

Agro Bazaar Jeruk Madu Pak Ali

Agro Bazaar jeruk madu pak ali simpang ampat, seberang perai selatan, penang
Agro bazaar jeruk madu pak ali, simpang ampat
beli belah di agrobazaar jeruk madu pak ali
Apa yang membuatkan Jeruk Madu Pak Ali ini best sangat?

Keistimewaan Jeruk Madu Pak Ali

Pertama sekali Jeruk Madu Pak Ali menggunakan gula pasir (tiada ibu gula) seperti kebiasaan pengusaha lain. Dan ia ada tambahan madu lebah asli sebagai citarasa unik yang menjadikan ia Jeruk Madu. Jeruk yang dihasilkan menggunakan cuka epal yang memang baik untuk kesihatan dan kecantikan.
Pak Ali food indutries sdn bhd
surau
Paling ketara ialah sesiapa yang makan Jeruk Madu Pak Ali tidak akan batuk dan tidak sakit tekak seperti kebiasaan kita makan jeruk lain yang ada di pasaran. Selalunya saya akan basuh jeruk bila beli tetapi apabila beli Jeruk Madu Pak Ali, saya tak perlu berbuat demikian. Satu-satunya perusahaan jeruk di Pulau Pinang yang ada sijil halal Jakim.

Lebih banyak cerita nak tahu pasal Jeruk Madu Pak Ali anda boleh baca di sini - Jeruk Madu Pak Ali Official Blog

p.s: Harga jeruk madu pak ali di kilang sedikit berbeza dengan harga pasaran biasa.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement