Portal eRumah Kerajaan Pulau Pinang akan menyenaraikan mana-mana projek perumahan berkaitan yang sedang dilaksanakan di semua daerah yang ada di Pulau Pinang. Di Pulau Pinang terdapat 5 daerah semuanya, iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya. Ia akan menyenaraikan seperti di bawah ini:
Berikut adalah antara syarat-syarat am yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi permohonan online pemilikan rumah menerusi eRumah.
Projek Perumahan Rakyat (PPR)
- Warganegara Malaysia (Pemohon dan isteri /suami)
- Bermastautin di Negeri Pulau Pinang
- Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan
- Pendapatan suami / isteri tidak melebihi RM 750.00 atau pendapatan sekeluarga kurang daripada RM 1,500.00
- Tidak pernah memiliki rumah (walaupun telah dijual, pemohon Suami /Isteri adalah tidak layak memohon)
- Ahli keluarga (suami / isteri dan anak-anak) dalam tanggungan sekurang-kurangnya 5 orang
- Pertimbangan khas diberi kepada pemohon (isteri / suami) yang kurang upaya / ibu tunggal / balu-balu, bekas anggota Pasukan Keselamatan yang terkorban semasa dalam tugas / setinggan-setinggan projek Kerajaan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.
Projek Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah (KR/KSR)
- Warganegara Malaysia
- Anak kelahiran Pulau Pinang, bekerja di Pulau Pinang dan Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang atau bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun dari tarikh permohonan dan Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang
- Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
- Pendapatan Tidak melebihi RM 2,500.00 Untuk Kos Rendah (Suami dan Isteri)
- Pendapatan Tidak Melebihi RM 3,500.00 Untuk Kos Sederhana Rendah (Suami dan Isteri)
- Bagi permohonan Rumah Kos Rendah/Sederhana Rendah, pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah di mana-mana negeri di Malaysia
Projek Perumahan Mampu Milik
- Warganegara Malaysia
- Anak kelahiran Pulau Pinang, bekerja di Pulau Pinang dan Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang atau bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun dari tarikh permohonan dan Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang
- Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
- Pendapatan Tidak Melebihi RM 6,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik RM200,000.00 (Suami dan Isteri)
- Pendapatan Tidak Melebihi RM 8,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik RM300,000.00 (Suami dan Isteri)
- Pendapatan Tidak Melebihi RM 10,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik RM400,000.00 (Suami dan Isteri)
Borang permohonan adalah seperti di bawah, dan boleh dimuat turun menerusi pautan ini - Borang PN1
Borang Permohonan Pemilikan Rumah Kos Rendah/Sederhana Rendah/Mampu Milik
Untuk menggunakan sistem di dalam eRumah, adalah dinasihatkan anda untuk muat turun manual pengguna yang telah disediakan. Semua tatacara memohon perumahan eRumah Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah disediakan. Hanya ikuti langkah-langkah yang diberikan dengan tertib dan cermat.
Untuk akses eRumah, anda boleh mendaftar di pautan ini - eRumah Sistem Pendaftaran Rumah Online
Paparan ini adalah merupakan perkongsian informasi dan maklumat untuk pencari rumah kediaman bagi anda yang menetap di Pulau Pinang. Semua keterangan dan butiran adalah benar semasa saya menulis entri ini, dan sebarang perubahan adalah tertakluk pada pihak berkenaan.
tak sabar nak abiskan study , ada rumah sendiri , bagus lah ada sistem erumah :'D
BalasPadamAssalam tuan. kalau dah dapat rumah kerajaan (dah dpt peruntukan tapi belum beli) tak kira KR, KSR atau MM, tapi atas bbrp sebab kita tak berminat dgn projek tersebut, apakah kita layak untuk menolaknya. 1) Sekiranya tidak boleh, perlukah saya beli rumah tersebut walaupun saya tak berminat? 2) Sekiranya boleh, apakah prosedurnya (perlukah sy membuat permohonan baru utk mendapatkan projek perumahan lain) ? t.ksh
BalasPadamSelalunya dalam projek-projek perumahan kerajaan (bukan kerajaan negeri), seandainya kita telahpun menerima dan tandatangani surat setuju terima, kita tidak boleh menolaknya lagi.
PadamTolak boleh semasa surat tawaran diberikan. Jika dilakukan selepas itu, kemungkinan besar anda akan tidak diberikan peluang lain untuk mana-mana projek berkaitan.
Untuk membuat permohonan lain, anda boleh mencuba. Tiada salah selagi syarat yang dikenakan ditepati.
Apapun, saya mohon anda rujuk dengan pihak yang memberikan tawaran projek perumahan tersebut, ini adalah kerana setiap skim projek perumahan kerajaan ada klausa tertentu yang berbeza.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.