Secara amnya, tiada siapa pun yang tahu. Yang ada hanyalah spekulasi, teori dan pendapat. Tiada berita informasi yang boleh disahkan (setakat entri ini ditulis) tanpa kebenaran dan kesahihan daripada pihak berwajib yang terlibat.
Cari Informasi dan Berita Terkini #MH370 Secara Online
Apa yang kita tahu mengenai pesawat MH370? Ok, mari kita semak mengenai pesawat milik MAS Boeing 777-200 ini.
Informasi dan Fakta Mengenai MH370 Boeing 777-200
Bagaimana ia boleh hilang dari radar? Apa yang saya tahu setelah dilaporkan oleh pelbagai sumber berita, ia hilang dari paparan radar pada jam 2:40 pagi 8 Mac 2014. Pesawat ini dijangka mendarat pada jam 6:30 pagi hari yang sama. Seramai 227 penumpang dengan 12 anak kapal berada di dalam kapal terbang terbabit dengan pelbagai kerakyatan.
Sumber informasi untuk maklumat terkini mengenai pesawat MH370 ini boleh didapati dengan dua cara berikut (sumber ini adalah daripada kenyataan akhbar MAS pada 8 Mac 2014, 9:00 pagi) :
- Orang Awam +603 7884 1234
- Media +603 8777 5698 / +603 8787 1276
Informasi Terkini #MH370 Menerusi Twitter
Informasi terkini boleh didapati menerusi Twitter di bawah ini berkaitan kehilangan pesawat MH370.Anda juga boleh merujuk kepada laman web khas yang telah disediakan oleh pihak MAS yang akan memaparkan kenyataan-kenyataan akhbar terkini MH370. Berita dan informasi dipaparkan merupakan informasi terkini yang telah disahkan dan dari sumber yang sah dan boleh dipercayai.
Elakkan berkongsi perkara atau butiran yang anda tidak pasti, samada di blog mahupun laman sosial. Adalah penting kita mengetahui batas melaporkan, menerbitkan dan menceritakan sesuatu berkaitan berita kehilangan pesawat MAS #MH370 ini.
Doakan yang terbaik buat mereka yang terlibat, baik penumpang dan krew dalam MH370, sanak saudara dan sahabat handai mereka, serta tidak lupa kepada pasukan mencari dan menyelamat yang terbabit dalam usaha pencarian pesawat ini.