Cash-On-Delivery (COD) Belian di Lazada Malaysia
Pembelian saya secara online di Lazada Malaysia tak bayar apa-apa pun, ini adalah kerana saya memilih untuk Cash On Delivery atau lebih ringkas disebut COD. Ini bermakna,saya hanya perlu bayar apabila produk yang saya telah beli sampai ke tangan. Tak perlu online banking, tak perlu kad kredit, hanya pesan dan kemudian tunggu produk sampai baru bayar.Produk Dipesan Sampai Hanya Sehari
Hanya sehari! Ya, macam tak percaya ... produk yang saya beli tu hanya ambil masa sehari untuk sampai ke depan pintu rumah. Penghantaran pula diuruskan oleh Yamato Transport atau lebih dikenali sebagai Ta-Q-Bin, syarikat penghantaran warna hijau dengan lambang kucing.comel.Oh ya, lupa nak bagitahu. Apabila sebaik sahaja anda buat pembelian, satu email pengesahan mengenai pembelian secara COD akan anda terima menerusi email. Email itu akan mengandungi butiran produk yang dibeli selain nombor kod tertentu untuk pantau penghantaran produk. Anda boleh jejaki secara online penghantaran produk berdasarkan kod yang boleh digunakan di laman web Ta-Q-Bin.
Alhamdulillah, produk itu sampai dengan selamatnya.
Tenko T7X Super 7" Dual Core HD screen 8GB WiFi White |
Tak Sangka Bertemu Rakan Lama Kerana Lazada Malaysia
Paling menarik ialah ...Penghantar produk Lazada Malaysia yang saya pesan itu merupakan rakan lama saya. Terkejut kami apabila saling pandang memandang. Saya sendiri tak sangka bahawa saya akan bertemu rakan lama yang menjadi penyampai barang saya beli dari Lazada Malaysia. Dia bekerja dengan Ta-Q-Bin bagi daerah Seberang Perai Selatan. Sebelum ini dia merupakan penjual ayam bergerak di kawasan saya.
Sambil berborak sambil saya cerita mengenai blog dan pembelian online barang elektronik dari Lazada Malaysia.
COD, barang sampai, saya pun bayar. Satu lagi keistimewaan ialah, seandainya anda tiada wang tunai mencukupi, anda boleh membayarnya menggunakan kad kredit atau debit. Perkhidmatan ini disediakan oleh Ta-Q-Bin. Jadi tak adalah kelam kabut sangat bila lihat dalam dompet tak cukup wang tunai.
Ok. Macam mana? Nak merasai pengalaman pertama shopping online dengan Lazada tak? Kalau nak, pastikan anda pilih masa sesuai untuk beli belah. Kerana apa? Sebab di Lazada ini banyak diskaun dan promosi.... pastu produk yang ada memang banyak pilihan ....
Memang puas hatilah beli belah online di Lazada Malaysia. Sekarang, andaikata nak cari produk tertentu terutama berkaitan gajet, laptop atau aksesori, saya pasti akan lihat apa yang ada di Lazada Malaysia. Terbaikkk ...
p.s: Saya tidak dibayar untuk menulis mengenai Lazada Malaysia, ini merupakan pengalaman sebenar saya berkongsi kepada anda untuk beli belah dengan mudah.
BAGUSNYA
ReplyDeletepernah shopping di lazada...memang berpuas hati...
ReplyDeleteHmm memang puas hati shopping di Lazada .. lagi2 kalau benda tu murah ... ye tak? hehehe.. time sale jangan lepaskan peluang la beli belah di Lazada Malaysia.
DeleteKena cuba juga ni.
ReplyDeletebelum pernah lagi shopping di Lazada......
ReplyDeleteTak pernah lagi shopping ngan lazada.
ReplyDeletebagus bila ada cash on delivery, sekurang2nya kita rasa secure sikit, my friend ada yang buat begini juga, tapi membeli dari zalora... my colleague...
ReplyDeletexpnh lagi soping ctu
ReplyDeletebuat masa ni tak ada apa lagi nak beli..haritu beli vakum..memang Lazada je ada vakum tu dan dah guna..memang terbaik kualitinya..:D
ReplyDeleteWow,cepatnya penghantaran. Satu kredit untuk Lazada tu.
ReplyDeletesemua product COD lah ... ok gak nih .
ReplyDeleteBukan semua produk COD tu Vee .. ada yang kena bayar dulu .. hehehe
DeleteSekarang ni semuanya dah online..senangkan HH...Lazada ni memang reliable..
ReplyDeleteperkhidmatan efficient dan cepat.. bagus
ReplyDeleteXpena shopping ngan lazada ni.. tp ng pndapat zara kalo pkhidmatan yg d sediakan tu mmuaskan hati mmg kita akan terus ttarik nk mbeli kat situ , .. pkhidmtn yg efisien salah satu cara jgk ntuk mgekalkn pelanggan. =)
ReplyDeleteYa betul tu... blog shop kena tiru ni kalau mahu bersaing.
Deletebaru nak start shopping kt lazada :)
ReplyDeletenak tanya cod dia ada xtra charge tak.
ReplyDeleteTak ada ... bayar apa yang dicatat pada checkout sahaja.
DeleteCmna cara nk oder melalui cod tu?
DeleteCOD hanya untuk barang2 terpilih sahaja, boleh tgk pada cashout apabila membeli ada bagitahu...
DeleteSalam. Nak tanya, perkhidmatan cod tu utk semua kawasan ya? Kita pesan, dia akan hantar dan bayar on the spot kan? Kalau barang ok ke tak ok lazada tanggung ke? Tq :)
ReplyDeleteYa, lazada tangung, kalau dalam tempoh 7 hari tu macam tak ok, leh pulangkan semula kalau tak silap. Tapi setiap barang tu ada syarat terma, kena baca. Bukan semua boleh pulangkan balik.
DeleteAs-salam..nk tau branded item kat lazada tu ori ke?mcm brand g shock..coach.tkt x ori je.
ReplyDeleteOriginal set. Langkah matikan bisnes la kalau buat tak ori.
DeleteAs-salam..nk tau branded item kat lazada tu ori ke?mcm brand g shock..coach.tkt x ori je.
ReplyDeleteSetakat barang yang telah saya beli, semua alhamdulillah, original.
Deletecod utk sabah ada tak?
ReplyDeleteTak pasti. Kena pilih produk yang nak dibeli dulu, nanti dia ada tulis boleh COD atau tidak.
Deleteknp saya x bolh guna C.O.D ? C.OD tu tertentu kpd sesuatu kawasan ye ? klau di Banting selangor tdk bolh menggunakan kod ke?
ReplyDeleteAnda kena check pada produk dan siapa yang kendalikan. Benda tu ada pada info produk, dia ada beritahu samada boleh ke tak untuk buat COD.
DeleteNk btl kn cod tu mcm na eh
ReplyDeleteCOD - barang sampai baru kita bayar.
DeleteDia mcm barang sampai kita bayar kat org ru ka
DeleteAde cas penghantaran ke klu cod, kawasan kg boley ke
ReplyDeleteSaya kawasan kampung. Tak ada caj ... apa yang tertulis semasa check out di Lazada, itulah yang kita kena bayar.
DeleteMakeup beli kt lazada betul2 ori ke?
ReplyDeleteHmm saya tak ada pengalaman beli make up di Lazada. :)
Deletemacam mana nak cancel pembelian yang gunakan cara bayar COD ?
ReplyDeleteYang ni susah saya nak jawab .... jujurnya memang saya tak tahu cara nak cancel, tetapi boleh berhubung dengan pihak khidmat pelanggan sebelum barang tu keluar gudang atau dalam proses penghantaran.
DeleteKalau dah keluar dari gudang, dah tak boleh cancel dah.
rasa rasanya lazada boleh COD tak ke langkawi ? ada sesiapa boleh tanyakan
ReplyDeleteBoleh tengok terma dia, ada dinyatakan lokasi yang boleh COD. Selalunya dia akan detect alamat poskod yang dimasukkan. Kalau boleh, ada perkataan COD tertera.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteMCM mana nak cancel Brg yang kita pilih? Tersilap tekan Pulak...dh la cash on dileviry..
ReplyDeleteSetakat yang diketahui, barang COD tak boleh cancel dengan mudah. Anda kena hubungi customer service untuk tujuan tersebut.
DeleteMcm nk try bli hp kat lazada sbb harge rendah... tp ori ke x erkk
ReplyDeleteOri. Tgk pada siapa seller dia .. cari produk yang ada review .. :) dalam Lazada ada banyak seller.
Deletecm mane nak cek seller . nak beli iphone 5 . sbb tgk harge pasaran rm1k tp kat lazada 948 jea . takot clone .
DeleteCik mcm mn bayar cash letak semua tu siap beli tunggu baru bayar kat org yg hantar tu ke
ReplyDeleteCik mcm mn bayar cash letak semua tu siap beli tunggu baru bayar kat org yg hantar tu ke
ReplyDeleteYa, bayar pada orang yang hantar tu .. leh bayar cash, bayar guna kad kredit - jika menerusi TAQBIN
DeleteSy berminat handbag coach tapi risau takut tak ori atau yg reject...sbb tgk harganya murah giler kott..diskaun lbh 50%. Jarang coach nk bg rege murah samapi mcm tu. Huhuu...tlg bg pencerahan. T.kasih.
ReplyDeleteBoleh je. Tapi tgk deal ni .. selalau barang yang lebih 50% discount ni dari oversea ...
Deletekalau brg di hantar ke sarawak ada bayran tambahan ke.selain harga asal nya.bagaimana kalau brg tu berat dan besar.ada byran lain ke
ReplyDeletekalau brg di hantar ke sarawak ada bayran tambahan ke.selain harga asal nya.bagaimana kalau brg tu berat dan besar.ada byran lain ke
ReplyDeleteAnda kena lihat deskripsi produk .. semuanya JELAS DINYATAKAN dalam Lazada tu ... samada anda nak baca atau tak je .. :P
DeleteOk. Barangan nak dihntar ke Sarawak .. kalau dia tulis FREE SHIPPING ... jadi tak perlu risaulah .. kalau dia ada tulis EXTRA SHIPPING FEE for East Malaysia .. jadi mungkin kena bayarlah ... nak tahu betul2 .. terus ke checkout .. dia ada tulis . jgn risau .. tak caj lagi
Tp nk cari prodak yg CND pun tngok kaw kita tingl kot....sbb kdg dia promo brg tu boleh beli cara CND...tp bila kita nk deal tak boleh...dila duk klntan
ReplyDeleteLazada boleh hantar barang sampai ke kampung??
ReplyDeleteDan barape harga hantarannya???
Boleh. Anda kena lihat pada bahagian checkout. Di situ dah siap butiran. Jangan risau anda takkan kena bayar sebelum anda tamat pembelian.
DeleteKlau kwsan perak berape hri brg nk sampai nye?
ReplyDeleteDari pengalaman saya, tgk barang yang kita order, dan dari seller mana .. sehari pun leh sampai.
Deletesaya cuba nak beli barang COD tapi macamana cara nya tak pandai
ReplyDeletenak tanya la, saya ada beli barang dari lazada , nak cancel, tapi dah tak boleh cancel sebab dah proceed untuk post. tapi saya COD. agak2 boleh return ke dekat orang yang hantar tu ?
ReplyDeleteUhh mestilah tak boleh. :) Sebab dah dikira beli melainkan produk tu rosak. :P Itupun takkan dapat duit, ia akan ganti dengan barang.
DeleteJadi, kalau COD, walaupun tak nak .. perlu juga bayar,
nk Tanya sistem cod thu cm mna ya
ReplyDeleteBayar samada cash atau kad apabila anda terima barang di rumah. Agen penghantar akan minta anda bayar.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.