Soal menjatuhkan perniagaan milik Muslim timbul apabila produk ini dikaitkan pula oleh sebuah syarikat Muslim yang turut menjual produk popular ini di Langkawi. Walhal, produk ini bukan dijual di sebuah kedai sahaja, malah merata juga dijual. Nama kedai atau syarikat popular itu dikaitkan memandangkan ada rakan blogger telah ambil inisiatif sendiri menghubungi pihak berkenaan setelah blog post saya di sini - Lotte Pepero Tiada Status Sah Halal menjadi topik hangat di enjin carian.
Apatah lagi ramai pengguna dan pembeli dari kalangan umat Islam mahukan kepastian.
Kekeliruan mula timbul apabila produk itu juga dijual oleh sebuah syarikat popular di Langkawi yang dimiliki oleh orang Melayu Islam, yang sebelum ini ada pengguna dan pembeli mengatakan bahawa syarikat tersebut ada memaparkan sijil sah halal daripada pihak JAKIM untuk produk berkaitan. Anda boleh semak di FB Sahabat Halal.
Kekecewaan Berkaitan Isu Sah Halal Pepero - Jawapan Syarikat Muslim Yang Menjual
Jadi untuk kepastian, rakan blogger Eryqazz.com telah cuba mendapatkan kepastian daripada pihak pentadbiran syarikat tersebut.Anda boleh baca di sini - Status Halal Coklat Pepero - Jawapan Dari Syarikat XXX
Setelah apa yang dipaparkan, nyata sekali pengguna telah diperkotak-katikkan dengan sewenang-wenangnya ambil mudah perkara ini. Yang menjadi kekecewaan dan persoalan saya ialah, bolehkah sesuatu produk yang masih lagi belum mempunyai pengesahan halal dijual sebagai sebuah produk halal?
Mengapa tidak bersabar sedikit menunggu keputusan dan sijil pengesahan halal itu dikeluarkan secara rasmi - jika benar apa permohonan dilakukan?
Halal dan Haram Makanan Soal Berat
Ini soal halal dan haram. Lebih berat lagi ia soal makanan, dan bukan produk seperti pakaian atau pinggan mangkuk. Nyata jawapan pihak syarikat tersebut yang dilampirkan dalam entri rakan blogger saya - Eyriqazz.com mengecewakan.Pihak tersebut menjual, jadi menjadi tanggungjawab sangat serius apabila membawa masuk makanan import daripada luar, apatah lagi dari syarikat Lotte yang top menjual produk tidak halal di Korea! Contohnya PiggyBar ....
Harapnya selepas ini, mana-mana syarikat yang mahu menjual produk-produk import daripada sumber atau syarikat yang samar akan operasi dan cara pengendalian mengikut syarak dapatlah bersabar dan mendapatkan terlebih dahulu sijil sah halal daripada badan berwajib sebelum menjualnya kepada pihak pengguna terutama pengguna Islam.
Bukan Niat Menjatuhkan Perniagaan Milik Bumiputera Muslim di Langkawi
Bukan niat nak menjatuhkan perniagaan milik orang Islam atau Muslim, tetapi sekali lagi saya tegaskan, adalah lebih baik mengelakkan kekeliruan berlaku sebelum segalanya menjadi isu yang kelak akan merugikan, bukan hanya kepada kredibiliti syarikat tetapi juga akan soal halal dan haramnya produk makanan yang dijual di Langkawi!Maaf seandainya blog post ini menyinggung perasaan pihak berkenaan. In Sha Allah, seandainya perlu ... pihak berkenaan boleh bekerjasama untuk memberikan informasi sebagai pencerahan kepada ramai pengguna Muslim yang masih keliru.
------
Update terbaru (27 Mac 2014) - Pihak pengeluar biskut coklat ini dakwa kandungan dalam Pepero yang dieksport adalah dari sumber tumbuhan, dan bebas dari sumber haiwan yang diragui akan status halalnya. Anda boleh baca di sini - Lotte Pepero Guna Sumber Tumbuhan - Halal Korea
ALAMAK BARU TAU
BalasPadamCOMFIRM DAH KAN
nasib baik tak peranh makan...thanks for info..
BalasPadambayank sgt dah di jual di padang besaq perlis...bila kekeliruan status halal nie..mmg xmkn dah la..itu langkah terbaik kan...
BalasPadamtak pernah makan Pepero ni tapi tengoka da blogger jual
BalasPadampendapat peribadi saya.. sebaiknya jangan sesekali tulis sesuatu tu halal atau tak halal kalau tak tau status sebenarnya dengan jelas.. saya selalu email terus kepada pengeluar pasal kandungan dalam makanan yang dijual dari luar negara.. kalau ragu2 jauhkan..tapi kalau belum sahih tak halal sebaiknya jangan ditulis tak halal.. mencari yg halal tu fardhu..tapi haram kalau kita menjatuhkan hukum tak halal kalau tak pasti..
BalasPadamsekadar pendapat saya..saya pun tak pernah beli pepero ni sebenarnya.. tp pernah termakan yg jiran bagi..
Tapi masalahnya ialah .. asal produk Lotte memang tak halal .... cuma ada produk yang dikatakan khusus dibuat untuk vegetarian (dakwa mereka). Jadi, ambil kesimpulan ia produk vegetarian .... ia dianggap 'halal' kerana tak guna produk sumber haiwan secara terus.
PadamIa bukan produk tempatan atau dari negara Islam, jadi komen dan kenyataan tadi boleh dipakai.
Masalah ialah ia produk import dan bukan tempatan. Diimport pula dari sebuah syarikat pengeluar yang memang keluarkan produk seperti bar babi, coklat babi (PiggyBar) ....
Lagipun, dari entri sebelum ini ... pihak Korea Halal Association menyebut,semua produk dari Lotte untuk import TIADA YANG HALAL ...
Lotte Pepero memang asalnya adalah TIDAK HALAL. Itu perlu difahami, bukan soal dia ada sijil sah halal.
BalasPadamSijil Sah Halal adalah perkara kedua yang dibincangkan samada ia telah dipertangunggjawab oleh badan tertentu memastikan produk yang mereka katakan Halal itu benar-benar halal ... ia seperti nak berikan pengesahan bahawa produk asalnya yang memang tidak halal kini sudah halal ....
bella xpernah mkn coklat tu . boleh jenguk singgah ye abg HH
BalasPadamhttp://glamorousbybellaluna.blogspot.com/2014/03/pepero-tidak-ada-status-halal.html
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.