Erkk... 30 saat? Biar betul!
Ada blogger yang sukar nak menempatkan entri-entrinya di halaman carian seperti Google dalam jangkamasa singkat. Ada blogger yang dah tulis entri sebulan sudah, baru nampak entrinya di dalam enjin carian untuk kata kunci tertentu. Bukan entrinya tidak bermutu, tetapi mungkin usahanya untuk menempatkan entri dan blognya dalam enjin carian itu belum cukup lengkap lagi.
Tips dan Rahsia Entri Saya Berada Dalam Enjin Carian Kurang 30 Saat!
Saya mahu dedahkan kepada anda semua bagaimana entri saya boleh berada di laman utama enjin carian Google kurang dari 30 saat! Tak percaya? Ok bukti saya berikan di bawah ini.Entri yang saya maksudkan ialah entri - Rahsia Menjadi Top Blog yang saya terbitkan sebelum entri ini ditulis.
Lihat betul-betul pada paparan di atas. Dengan menggunakan kata kunci "rahsia menjadi top blog", entri saya berjaya berada di laman pertama enjin carian dalam masa kurang daripada 30 saat atau dengan lebih tepat lagi berada di enjin carian dalam masa 29 saat sahaja.
Anda tentu nampak pelik kan ada 3 entri saya berada di enjin carian. Yang itu adalah menerusi teknik SEO blogspot yang saya gunakan. Bab tu anda boleh cari sendiri dalam blog ini, saya dah dedahkan dan kongsikan untuk anda cuba.
Jadi, apakah rahsia dan tips yang membuatkan entri saya diletakkan dalam enjin carian kurang 30 saat selepas ia diterbitkan?
Jeng....jeng...jeng ....
Rahsianya ialah saya menggunakan khidmat Google Webmaster Tools - Crawl URL. Ia satu perkhidmatan percuma, cukup mudah dan pantas. Sesiapa pun boleh menggunakannya.
Untuk menggunakan servis ini, anda perlu login ke akaun Google anda dahulu. Kemudian pergi ke pautan ini - https://www.google.com/webmasters/tools/submit-url. Paparan seperti di bawah akan muncul.
Anda hanya perlu masukkan URL entri blog anda ke dalam kotak URL yang disediakan. Isi Captcha disediakan, dan walla .... selesai.
Anda dah boleh periksa terus samada entri anda itu telah disenaraikan atau belum. Jika blog anda ada kekuatan SEO, in Sha Allah .... entri blog anda boleh tersenarai kurang daripada 30 saat, malah boleh dapat kurang daripada 15 saat!
Dapatkan banyak lagi tips dan petua blogging daripada saya dengan mengikuti Fanpage HASRULHASSAN.COM. In Sha Allah, saya akan kongsikan secara ringkas dari semasa ke semasa.
Ilmu baru... thanks yea HH :)
ReplyDeletewah....memang teruja kalau dapat kurang dari 30 saat.....
ReplyDeleteSaya sendiri dah praktis. Memang berkesan.
ReplyDeletewow! terima kasih atas elmu baru ni tuan..
ReplyDeleteTerima kasih..berguna untuk saya yang baru berblog
ReplyDeletewaaaahhhhh terima kasih bro HH.. terus mencuba
ReplyDeleteBro HH ni memang tak kedekut ilmu.. banyak lagi sy nak selongkar ni..hehe
ReplyDeleteterima kasih ilmunya ^_^
ReplyDeletewow.. knowledge baru ni.. tq
ReplyDeletethanks for sharing abang HH...
ReplyDeleteterbaik bohh
ReplyDeleteterbaek.. i likeee
ReplyDeleteWoahhh.. nk try ni.. esok zara buat ! Thnks !! ^^
ReplyDeleteTerima kasih.. Terima kasih.. Sangat banyak membantu.. =)
ReplyDeleteVisit My Blog
saya masih gagal :(
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.