Ghairahkan diri menulis entri iaitu anda perlu sedang dalam keadaan sangat mahu dan sangat hendak berkongsi sesuatu. Anda perlu ghairah mencari sumber maklumat dan intipati penting untuk blog anda, supaya entri terhasil bukan satu entri kosong. Tanpa keghairahan (passion) menulis ini, entri anda mungkin sekadar entri biasa-biasa sahaja.
Ghairahkan Diri Menulis Entri
Lihat sahaja contoh ini - Lotte Pepero Tiada Status Sah Halal
Saya sangat ghairah menulis entri tersebut sehingga membuat kajian dan semakan sendiri, malah mencari sumber dari rakan-rakan blogger yang bercerita kisah yang sama. Panjang entri yang saya tulis, malah ada yang tinggalkan komen bahawa entri yang telah saya tulis cukup baik dan lengkap untuk pemahaman.
Bukti Keghairahan Ialah Adanya Entri Susulan
Ghairah saya menulis entri tersebut sehingga saya menerbitkan dua entri susulan. Dan ketiga-tiga entri terkait ini telah memberikan impak trafik yang bukan sedikit. Gabungan ketiga-tiga entri tersebut berjaya memberikan trafik ke blog ini lebih daripada 15 K setakat ini. Dan menjadi viral di laman sosial Facebook.
Keghairahan saya yang mahu memberikan setepat mungkin informasi diberikan, walaupun ada yang tidak berapa senang dengan apa yang telah diterbitkan.
Keghairahan ini juga telah menyebabkan entri ini - Blog Farah Lee | Kunfayakun | Gadis Yang Memikat Hati Ally Iskandar? memberikan lebih daripada 50 ribu hits sepanjang masa.
Ghairah Menulis Bantu Hidupkan Entri
Keghairahan menulis juga boleh membantu anda untuk menulis sesuatu yang seakan 'hidup' dalam penceritaan anda. Anda mampu untuk menulis sesuatu yang memungkin pengunjung pertama kali melekap dan melekat untuk mengetahui cerita dan kisah perkongsian lain yang ada.Bila kita benar-benar ghairah untuk hasilkan entri terbaik, kita tak akan fikir dua kali untuk pelaburan. Contohnya, kita sedar entri akan jadi lebih menarik andai ada gambar sendiri yang cun melecun, jadi kita laburkan sedikit wang untuk membeli kamera DSLR atau mendapatkan gajet lain yang boleh bantu untuk menulis blog.
Ghairah atau passion perlu supaya apa yang ditulis itu terus dari lubuk hati kita, ikhlas dan jujur.
Andai kita belum ada rasa sebegitu, berhenti dahulu menulis, dapatkan dulu rasa ghairah menulis ... dan barulah sambung. Jika tidak, apa yang anda tulis nanti akan buat orang menguap sahaja ...
apa yang disampaikan ini memang sangat betul...
ReplyDeleteTerima kasih kerana Farah bersependapat dengan saya .. :)
DeleteCN sokong, bila passion ada, mmg akan dapat hasil yang terbaik ! semuanya perlu minat dan passion dalam berblog ni ;)
ReplyDeleteBetul tu cikgu Norazimah ... apa jua kerja pun begitu juga
DeleteMmg betul tu HH... t kasih atas nasihat ini.. salam Rabu.. :)
ReplyDeleteNak zahirkan ghairah dengan bermacam-macam cara. Salah satunya:--
ReplyDelete1. Jumlah aktif komen pada artikel yang dikongsi.
2. Jumlah trafik
3. Duit dihasilkan dengan blogging
4. Naturally suka menulis blog.
Akubiomed, mekasih kerana berikan beberapa tips menarik yang lain.
DeleteJadi, bila dah rasa fedup .. apalagi ..moh la gi bercuti ..
ReplyDeleteye, setuju..nak buat apa pun kena ada passion..
ReplyDeleteOoo.. oke2. . =) nak semat dalam hati.. menulis jg perlukn keghairahan.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.