Di Malaysia, pakar seo ini boleh dikatakan agak ramai. Ada yang hadir dari kalangan mainstream iaitu pakar yang bekerja dengan syarikat-syarikat yang menjalankan servis SEO ini. Ramai juga merupakan hanya blogger biasa yang bekerja sendiri dan menjadikan blog sebagai punca pendapatan.
Pakar SEO Malaysia
Oh ya, tak pasti apa itu SEO? SEO merupakan singkatan kepada Search Engine Optimization. Ia merupakan teknik menulis blog post atau artikel yang diterbitkan di internet supaya boleh berada di halaman utama enjin carian. Jika dia seorang pakar seo, maka dia mempunyai kebolehan untuk menulis sesuatu tajuk atau topik, dan menjadikannya top atau pertama di halaman pertama enjin carian seperti Google dan Bing/Yahoo.Menulis sesuatu di internet dengan menggunakan pendekatan SEO bukanlah mudah. Malah, diakui sendiri oleh pakar-pakar SEO dunia bahawa teknik ini merupakan teknik yang sentiasa berubah mengikut perkembangan algorithma enjin carian terutama sekali Google.
Hari ini, seorang pakar seo boleh menulis satu dua entri dan berjaya pada kedudukan paling atas untuk kata kunci tertentu di Google, tetapi esok lusa kemungkinan entri atau artikel tersebut kekal di kedudukan tersebut adalah belum pasti.
Semuanya bersandarkan banyak faktor-faktor yang sukar untuk saya sendiri terangkan, malah saya sendiri tak pasti samada faktor mempengaruhi itu benar atau tidak. Ia semua bergantung dengan cara Google, Yahoo mahupun Bing melaksanakan tugas mengambil data dan menyusunnya berdasarkan kata carian (keyword) di dalam pengkalan data mereka.
Seorang pakar SEO Malaysia contohnya, ia mungkin jaguh untuk kata-kata kunci bersifat long tail atau kata kunci carian yang panjang; tetapi tidak berjaya untuk kata kunci satu perkataan atau dua perkataan. Anda akan lihat perbezaan nyata ini apabila cuba untuk Google perkataan - Pakar SEO dengan Pakar SEO Malaysia. Apa yang anda akan nampak di carian Google adalah artikel-artikel dari sumber-sumber berbeza tetapi isi kandungan semuanya berkisar mengenai carian yang ditulis atau
dicari.
Siapa Pakar SEO?
Secara peribadi, siapakah yang saya anggap sebagai pakar seo Malaysia?Kenal Encik Titan? Dia penulis ebook Kitab SEO Merah Jambu.
Kenal dengan Khairul Asrol? Dia merupakan seorang blogger muda yang berjaya catat jualan RM7,000 dengan hanya satu blog post dalam masa kurang semiggu! Juga sebab SEO.
Kenal dengan Denaihati? Walaupun tak ada yang nampak bahawa blogger hebat ini sebagai pakar SEO, tetapi jika anda Google 'Top Blog Malaysia' pasti nama blog ini akan berada di enjin carian paling top. Dan kerana inilah banyak syarikat terkemuka di Malaysia mahu bekerjasama dengan blogger ini. Hebat bukan?
Itu adalah antara nama-nama besar dalam dunia blog Malaysia jika saya ditanya mengenai siapakah pakar SEO di Malaysia.
Kaedah Jadi Pakar SEO
Untuk menjadi pakar SEO Malaysia, anda mesti tahu bagaimana untuk meletakkan entri mahupun blog anda berada di ranking pertama enjin carian untuk satu-satu keyword atau kata kunci yang orang cari - bukan yang anda cari, tapi orang lain yang menggunakan khidmat enjin carian.Ini penting untuk anda faham, anda perlu mengoptimasikan kata kunci pencari maklumat supaya ia dapat memberikan manfaat pada blog anda - samada dari segi trafik blog mahupun menghasilkan jualan sesuatu menerusi blog.
Saya berikan satu contoh, katakan saya seorang blogger baru, nak mencari satu blog yang boleh berikan panduan kepada saya dalam berblogging, maka saya akan taip - "Panduan Blogger"
Kelebihan Menulis Teknik SEO
SEO boleh bantu perkenalkan produk dan juga jenama. Lihat apa yang saya telah lakukan seperti contoh di bawah, untuk perkenalkan satu produk berkaitan "percutian dan penginapan percuma" di Malaysia.Satu lagi contoh, sebuah entri advertorial yang saya lakukan untuk promosikan seminar hartanah berbaloi yang dibuat oleh AbangEnsem.com. Alhamdulillah, entri blog ini berjaya dapat top #1 dengan keyword tersebut termasuklah keyword "Seminar Hartanah Murah". Dengan ini, secara tidak langsung, pencari informasi dan maklumat sudah maklum, bahawa jika mahu mencari seminar hartanah yang murah dan berbaloi, mereka akan rujuk kepada blog AbangEnsem.com.
Menerusi entri yang cekap SEO, saya berjaya hasilkan jualan beberapa produk affiliate. Antara "Aqiqah Murah 2013" dan "Cara Berhenti Merokok Mudah". Ia membantu blogger seperti saya untuk mendapatkan komisen jualan bagi produk yang saya tulis di blog. Dan cara ini membolehkan saya menjana income menerusi blog secara berterusan tanpa perlu saya penat dan letih mempromosikannya.
Ia juga satu teknik mudah, murah dan kekal (selagi blog post tidak dipadam).
Teknik SEO juga membolehkan blog untuk mendapatkan trafik berpanjangan. Ini adalah sebab blog saya kekal berada di ranking Alexa bawah 200 di Malaysia dengan agak lama. Bukan mudah untuk hasilkan entri yang boleh berikan trafik tinggi sepanjang masa.
Pakar SEO Malaysia adalah mereka yang berjaya menulis blog post atau entri atau artikel di internet yang boleh lakukan perkara-perkara berikut:
- Dapatkan trafik blog berpanjangan dan konsisten tinggi
- Dapat mempromosikan produk dan servis menerusi penulisan teknik SEO
- Dapat mempertingkatkan jenama sesuatu produk atau servis dengan penulisan berbentuk SEO
- Menghasilkan banyak entri-entri berada di halaman utama enjin carian samada dengan kata kunci pendek (short keyword) mahupun kata kunci panjang (long-tail keyword).
- Menjana income menerusi blog
Teknik SEO boleh belajar dan ia bukan satu kepakaran yang diwarisi atau kekal. Ia akan menjadi milik anda seandainya mahu berusaha dan belajar mengenai SEO. Ia juga salah satu cara menulis berkesan di internet dan melambangkan bahawa anda bukan sahaja menulis untu diri anda, tetapi juga menulis untuk membantu orang lain.
Andai anda rasa saya antara Pakar SEO Malaysia, boleh share dan berikan like pada entri ini ye. :)
Salam bro... saya akui memang Khairul Asrol memang pakar bab SEO ni. Anak muda berjiwa besar.
BalasPadamKalau sebut Denaihati...gua tabik hormat. Kalau bab2 blogspot yang sentiasa memberi infomasi berguna tidak lain tidak buka tuan Hasrul Hassan...yg sentiasa hebat di mata ramai blogger.
Tahniah bro..sudi berkongsi info di sini.
ermm... so bila agaknya boleh one-to-one pasal SEO ni hahahaahah... :D
BalasPadamTak jadi pakar SEO Malayisa pon tak apa lah, bpleh tahu godek SEO pon jadi lah :) hahaha...
Kalau menang tu .. dapatlah jumpa saya kat Bukit Merah nanti .. :)
Padamperkongsian yang membina :)
BalasPadampower lah bro HH :D tabik spring...
BalasPadamnanti one day saya nak cuba fight keyword2 atas tu boleh tak? Hehehe
Salah seorang pakar SEO Malaysia ialah bro...mungkin terlupa tulis dalam entri.
BalasPadamHH memang selalu merendah diri walau beliau juga Pakar SEO. Ayat2nya mudah difahami
Padamana banyak belajar dan tahu tentang SEO ni hanya dari saudara HH,terima kasih sekali lagi..
BalasPadamSEO ni terlalu luaskan..ON page & Off page, dua-dua memainkan peranan..so nak berjaya kena belajar kedua-duanya. Tak boleh tidak..
BalasPadamhebat kalau entry masuk first page search.. kene banyak mengaji kalau nak jadi pakar
BalasPadamJom kita menuntut dengan pakar-pakar SEO tu. mudahan kita berterusan belajar ilmu ni.
BalasPadamMasih kurang ilmu SEO...
BalasPadamNak beli juga kitab pink titan tp x cukup bajet..huhu
Padammasih byk lg yg CN kena blaja ttg SEO ni ;)
BalasPadamTerbaik. SEO ni bukan kerja satu hari. Jadi usaha tangga kejayaan :)
BalasPadamrasanya kalau untuk wordpress memang kena jadikan ebook TITAN sebagai rujukan...
BalasPadamBetul tu. Saya pun banyak belajar dari kitabnya tu ^__^
PadamSaya datang belajar lagi sifu... ^__^
BalasPadambro HH pun pakar SEO jugak. tahniah banyak artikel kat first page google bro.
BalasPadambelajar untuk menjadi seseorang sehingga dianggap pakar SEO bukan mudah. Ambil masa lama juga nak pastikan apa yang dibuat nampak hasilnya.
Padamsaya datang untuk belajar & sedut elmu disini lagi..
BalasPadamSekarang tengah fokus 'link-building' terlebih dahulu, naikkan pagerank agar mudah mendominasi enjin carian :)
BalasPadamMohon berkongsi ilmu ni ya...boleh gunakan utk blog saya juga
BalasPadamTerbaiklah..bro mmg pakar seo ni kan..hehe..
BalasPadamAlhamdulillah, jika benar, saya bersyukur atas limpahan rezeki Allah Taala berikan kepada saya.
Padamtuan, ada buat servis seo tak? ingat nak buat seo sikit
BalasPadamTidak, saya tak buat servis SEO untuk blog orang lain, saya tiada kepakaran tersebut. Tapi saya boleh menulis entri berbentuk SEO di dalam blog ini bagi tujuan marketing produk orang lain.
PadamPakar SEO Malaysia boleh!
BalasPadamSalam hangat Ukhuwah dari Makassar, Indonesia :)
sedang gigih belajar tentang SEO. terima kasih tuan atas perkongsian ini
BalasPadamBelajar ttg SEO ni memang agak sukar kalau tak minat ..
Padami am looking for reliable seo services in kuala lumpur. I heard that hasrulhassan provide cheap services for new & old websites.
BalasPadamYeah. I can give a good backlink to your site based on keywords.
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.