Kenapa Rozita Ibrahim Pengasas Sendayu Tinggi Tidak Lagi Berpurdah?
Rozita Ibrahim, siapa tidak kenal? Beliau boleh saya katakan ikon juga dalam industri kosmetik dan kecantikan di Malaysia. Saya telah berpeluang bertemu dengannya, sewaktu di Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2014). Ya, ramai blogger lain juga sempat bertemu dan mendengar kisah bisnes Rozita Ibrahim ini. Ramai yang kagum akan kecekalan beliau. Orangnya memang cantik dan menawan.Ingat lagi tak satu ketika dahulu, penampilan Rozita Ibrahim pernah berpurdah? Hanya menampakkan mata sahaja. Ramai yang kata bahawa beliau sertai parti politik tertentu dan ada yang mengatakan bahawa beliau pengikut Al-Arqam yang sinonim dengan penampilan sebegitu di Malaysia ini.
Memetik kata-katanya ..
Apabila berpurdah ketika itu amatlah selesa kerana orang tidak mengenali saya. Rasa selamat bila bergerak keluar dari rumah dan tidak menjadi perhatian orang ramai ke mana saja saya pergi.Namun, biasalah manusia, ada sahaja yang tidak kena, dek kerana berpurdah atau berniqab, ada jaja cerita tak baik dan kurang menyenangkan.
Jana Pendapatan Menerusi Bisnes Tanpa Modal
Sebenarnya ada kisah menarik di sebalik tutup pakai purdah ini, kejap pakai kejap tak pakai ... kenapa Rozita Ibrahim dulunya berpurdah tetapi kini tidak lagi.
Saya cuba ambil sedikit cerita untuk perkongsian di sini ...
Saya pernah membeli siaran tajaan di stesen radio klasik nasional.. Kontrak 6 bulan, semua sudah diluluskan. Selepas bersiaran 3 kali, mereka membatalkan kontrak tanpa alasan.3 tahun Rozita Ibrahim memakai purdah dan niqab, akhirnya dengan mendapat pandangan dan nasihat daripada mereka yang arif, beliau kekal dengan penampilan yang kini anda sedang lihat, ititu bertudung seperti biasa, melepasi dada.
Saya ingin membeli siaran RTM dan TV3 untuk mempromosikan produk keluaran ST dan JRM. Mereka tidak membenarkan berpurdah sama sekali.
Alasannya “Negara kita berbilang kaum dan agama.. Bagi menghormati orang yang bukan beragama islam maka purdah tidak dibenarkan”
Saya jawab “Bagaimana pula kalau orang islam atau bukan islam yang berpakaian seksi .. kenapa dibenarkan ?? Bukankah itu lebih teruk akibatnya dari saya menutup muka, kerana boleh menyebabkan gejala sosial yang lebih teruk, seperti merangsang keinginan seks sehingga berlakunya rogol dan zina.. Setahu saya, islam agama rasmi negara kita kan..??
Jawab mereka “ Itu saya tak tahu.. Itu pihak atasan punya arahan”
Kerana deskriminasi .... Rozita Ibrahim tidak lagi berniqab.
Moga perkongsian ini buat kita semua terutama yang beragama Islam untuk berfikir.
Untuk cerita penuh kisah ini, anda boleh baca di blog Rozita Ibrahim sendiri.
Kredit Foto: myputeri21.blogspot.com
Still tak paham... hehe
ReplyDeleteMudah sahaja... kerana pintu rezqi dan ruang untuk beliau berniaga ditutup (disekat) oleh pihak atasan. Sebab itu beliau membuka niqabnya.
DeleteInilah antara diskriminasi terhadap Islam yg dilakukan oleh pihak atasan yg ramai tak tahu.
itu yang payah kalau melibatkan golongan atasan..mana taknya orang ramai salahkan kerajaan pasal itu ini..banyak sangat birokrasi dan diskriminasi yang ramai tak tahu...
ReplyDeleteapabila melibatkan media ni..memang isu gini amat sensitif..kalau konsert sana sini tu..tak kisah, asalkan payment juta-juta tu dibayar..ada orang khayal ke,ada kondom bertaburan ke..itu bukan masalah meraka katanya..:D
itu kan sumber pendapatan negara? sebab tu takdinyahkan oleh mereka... janji masyuk... :D
DeleteOooo baru tahu pasal ni...
ReplyDeleteArahan yang sebenarnya tidak langsung membantu usahawan melayu .......
ReplyDelete..dan aku rasa, arahan itu sendiri datangnya dari orang melayu sendiri
DeletePayah lagu ni. Yg tak pakai baju dibiarkan, yg tutup aurat disekat atas nama menghormati penganut agama lain..
ReplyDeletehormat agama lain lebih drp niat meninggikan syiar Islam..payah
Terbaik komen ni ...
DeleteKenapa la isu memakai purdah itu dipersoalkan.. kesian.. tapi tak apa lah Allah itu mahal adil.. insyallah mereka yang menyusahkan orang lain pasti akan dapat balasan tak didunia pun dalam kubur confirm punyer la..
ReplyDeleteSemasa saya di TV3, syarat untuk para asatizah keluar di kaca TV perlu ber make up. Akhirnya ramai para asatizah terpaksa akur dengan permintaan pihak atasan. Alasan pihak atasa, para asatizah kelihatan comot jika tidak bersolek.
ReplyDeleteSatu pencerahan buat yang lain ...
DeleteNiqab bukan wajib...
ReplyDeletebersimpati dgn beliau..
ReplyDeleteBaru tahu....
ReplyDeletedunia mcm2
ReplyDeletex pe la..berpurdah tu tak wajib
ReplyDeleteYa, betul tu ... saya setuju.
Deletebaiklah. faham. :)
ReplyDeletetakpelah...aurat bagi wanita hanyalah muka dan 2 tapak tangan jer...bukan berdosa pun kalau tak pakai niqab...jangan la kutuk-kutuk die nanti tak pasal-pasal dapat dosa kering
ReplyDeleteHarapnya tak adalah yang sampai jadikan entri ini satu sumber negatif.
Deletebetol2.. saya sendiri pun lepas tengok tajuk ni kat bloglist, terus ter-klik.. memikat betol..
ReplyDeleteitu la masalahnya dengan orang kita. betul dah kata rozita ibrahim tu.. padahal berpakaian mencolok mata lebih bahaya... kenapa niqab pula yg menjadi mangsa..?
Malaysia oh Malaysia .. ini hanya secebis kisah yang kita tahu .. banyak lagi yang mungkin kita tak tahu.
DeleteKalau dia yakin rezeki dari Allah bukan manusia..pasti dia tidak meggadaikan niqabnya kerana manusia.
ReplyDeleteSebenarnya masalah niqab itu bukan hanya berlaku di Malaysia .... puan Rozita pernah hadapi masalah yang sama bila nak promosi produk di luar negara, sampai ada yang anggap dia sebagai ancaman terorist.
DeleteKalau dia yakin rezeki dari Allah bukan manusia..pasti dia tidak meggadaikan niqabnya kerana manusia.
ReplyDeletepn.rozita mmg cantik.
ReplyDeleteKe...... ada lagi cerita disebaliknya.... ada tak yg rajin nak membandingkan wajah sebelum berpurdah dan wajah selepas bukak semula purdah.... atau ada yg perasan perbezaan hidung dia tu... atau... atau... tak nerani lah saya nak cakap.... takut jatuh fitnah... yg sampaikan kat saya tu pun rasanya rapat dgn pn.rozita...semoga niatnya membetulakan hidung tu atas sebab kesihatan ye .... errrr.... dah siap.. boleh la bukak semula kan mukanya.... er....tak beranilah nak cakap lelebih...
ReplyDeleteTak berani nak cakap lebih lebih tapi berani pulak bubuh comment mcm ni, awak tau tak bila awak tulis comment mcmni, dah menimbulkan fitnah kat org sebenarnya?
DeleteAlasannya “Negara kita berbilang kaum dan agama.. Bagi menghormati orang yang bukan beragama islam maka purdah tidak dibenarkan”
ReplyDeleteaku x faham dengan alasan diatas! Bagi meng "hormati" orang bukan Islam?
Soalan aku adalah, kenapa kalau pakai purdah itu mengejek orang bukan Islam ker?
Pelik bebenar aku
Assalammualaikum...bro HH,
ReplyDeleteDiskriminasi ini sebenar masih ada terhadap mereka yang bertudung litup dan memakai niqaf..tak dinafikan..
mselim3
erm.. kalau kite nak masuk kawasan kerajaan kita juga tidak dibenarkan berniqab.. kerana apa? kerana keselamatan bukan diskriminasi... tp kes puan rozita ni kalau dibaca mmg rasa mcm diskriminasi yang amat sgt...
ReplyDeletejika itu penjelasannya kenapa perlu ada yg menyangkal? apapun pengasas sendayu tinggi ni mmg cantik
ReplyDeletesusah nak komen bab ini. semoga kembali berpurdah
ReplyDeleteAmalan berpurdah ni tradisi Yahudi. Bila ada Yahudi memeluk Islam, budaya ini telah diserap masuk apaibla berapa ayat Quran diserasikan dengan budaya mereka agar tidak menarik perhatian menerusi wajah.
ReplyDeleteBegitu kisahnya. Knpa dia buka purdahnya..
ReplyDeleteMcm2 la kn. Tp skrng ni ada je pngasas prduk kosmetik yng berpurdah masuk tv. Ok pula. X pham dibuatnya.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.