Buat masa ini, apa yang saya tahu, blog Malaysia yang mempunyai penarafan terbaik adalah blog Perdana Menteri Malaysia iaitu PR8 (pernah jadi PR10), dan kebanyakkan blog-blog popular seperti Fatin Liyana, Denaihati, AriffShah, Ben Ashaari, Dapur Tanpa Sempadan, Mialiana, Hanis Zalikha, Yuyu Zulaikha dan beberapa lagi adalah PR3. Blog Amanz.com yang merupakan blog teknologi dan gadjet, setakat ini yang saya nampak berjaya lepasi mendapat PR4. Anda boleh periksa Google Pagerank blog anda seperti saya ceritakan di sini - Widget Google Pagerank untuk Blogspot
Kenapa saya highlight blog-blog di atas?
Ini adalah kerana ia merupakan tip komen nak naikkan Google Pagerank blog anda. Mengapa ia penting?
Tips Tulis Komen Naikkan Google Pagerank
Pertama sekali ia akan memberikan kelebihan blog anda untuk berada di enjin carian. Blog yang mempunyai PR yang bagus akan diberikan keutamaan untuk berada di tempat terbaik di enjin carian terutama sekali Google.PR yang bagus menunjukkan bahawa blog anda punyai Authority atau kebolehpercayaan. Atau dengan bahasa pasar, tak adalah nak menipu sangat, hampir semua yang diborak-borak dalam blog itu boleh dipercayai dan boleh dipakai ...:). Juga boleh dianggap bahawa blog itu mempunyai reputasi yang baik, dan entri-entri yang dihasilkan boleh dijadikan rujukan dan berkualiti.
PR selalu dianggap sebagai tanda aras kualiti sesebuah blog.
Jadi, untuk meningkatkan PR blog anda, saya mencadangkan dan tips kepada anda supaya banyakkan meninggalkan komen-komen terbaik (bukan SPAM) dalam blog-blog yang ada PR yang bagus. Namun begitu, terdapat juga pendapat yang mengatakan, PR juga akan bertambah baik jika meninggalkan komen di blog-blog yang mempunyai PR setaraf, bergantung kepada jumlah komen berkualiti dan komen balas yang diterima.
Ada lagi satu aspek penting untuk anda meninggalkan komen pada satu-satu blog yang boleh pengaruhi PR blog anda, iaitu meninggalkan komen pada blog yang berikan DoFollow link, atau komen yang memberikan backlink.
Ramai blogger yang dah berada lama dalam dunia blog Malaysia lebih suka meninggalkan komen di blog yang membolehkan mereka mendapat backlink kepada blog mereka, salah satu sebabnya ialah supaya PR blog mereka dapat dipertingkatkan.
Semakin banyak backlink yang diberikan kepada blog anda, maka in Sha Allah, akan semakin baiklah tarafan PR blog anda.
Kesimpulan mudah untuk tips komen naikkan Google Pagerank ini:
- Komen berkualiti di blog yang ada PR lebih baik atau setaraf.
- Komen di blog yang berikan backlink DoFollow.
Ini adalah antara tips dan cara saya naikkan PR blog ini dari 0 menjadi 2 dengan cepat, dan kemudian menaikkan PR blog ini dari PR2 menjadi PR3. In Sha Allah, hujung tahun ini akan cuba capai PR4 untuk blog ini.
Oh ya, mungkin akan ada yang bertanya ... apa beza dengan Alexa Ranking pula? Ok, anda boleh baca di entri ini - Beza Google Pagerank dengan Aleza Rank
Semoga catatan berkaitan tips komen untuk naikan Google Pagerank ini akan bantu blog anda ke arah kualiti lebih baik, in Sha Allah ... jangan lupa kongsikan kepada yang lain ehh ....
tq untuk tips ni HH
ReplyDeletedalam erti kata lain... tinggal komen dalam blog ada PR tinggi dapat menaikkan imej kita dan dapat tumpang glamor PR blog ...
ReplyDeleteYa betul tu ... jadi komenlah dengan sebijaknya ... jangan spam sudahlah.
Deleteterima kasih atas tips Naikkan Google Pagerank yang berguna ini...
ReplyDeleteTerima kasih atas tip yang membina
ReplyDeleteGood tips. Thanks bro HH.
ReplyDeleteTerima kasih Fiza Rahman, harap ini dapat membantu memajukan lagi blog yang ditulis.
DeleteBagus tips nih..lagi satu kalau nak komen, elakkan juga bahasa sms sebab google pun pening macam mana nak translate.. nak sedut DoFollow link blog HH nih sket.. ;-)
ReplyDeletebetul tu.pengaruh besar boleh saya dapat dari blog HH.
ReplyDeleteterbaik bro hh ^_^ tq
ReplyDeleteTerima kasih Syira ... in Sha Allah, lepas ni bolehlah apply bila nak komen.
Deletebaru tau..tq bro..
ReplyDeletegood luck. fyna pun nak mempertingkatkan juga kualiti blog sekarang ini.
ReplyDeletethanks for sharing this good information..
ReplyDeleteBagus tips abang, saya harap saya boleh ada good PR sebab sekarang PR 0 ..huhu
ReplyDeletehttp://www.kacamataview.com/
Untuk tingkatkan PR ia ambil masa antara 6 bulan hinga setahun .. ia satu benda yang memerlukan proses jangka panjang ..
DeleteTerima kasih untuk tips yang baik ni. Terbaik
ReplyDeletememang tidak dinafikan pihak Google sentiasa mementingkan kualiti dalam penulisan blog dan juga komen.
ReplyDeleteSaya kadang-kadang masih keliru bagaimana nak menghasilkan komen yang betu-betul berkualiti
Ok, nanti saya tunjuk ajar macamana ehh ..
DeleteWah komen pun boleh menjadi penanda aras untuk menaikkan google pagerank...amat menarik
ReplyDeleteJadinya, komen berkualiti kat blog ni pun boleh lah ye
ReplyDeletemenariknyaa.. mudah plak tu.. terima kasih HH..
ReplyDeletekita pon kenalah tinggalkan komen yang bermanfaat rentetan dari pembacaan sesuatu blog tersebut..
Sometimes, komen yang berkualiti ni tak boleh disalah anggap dengan komen yang berjela-jela. Ada sesetengah orang suka hantar komen berjela-jela dah macam entri kat dalam blog. Haha
ReplyDeleteHahaha itulah pasal, tapi boleh je apply satu teknik komen yang berjela ni .. nanti saya ceritakan.
Deleteterima kasih tips yang sangat berguna.
ReplyDeletetips yang bermanfaat.
ReplyDeleteassalamualaikum hh...menarik tips ni...
ReplyDeletejarang blogger malaysia yg buat komen2 terbaik mungkin sebab tak faham apa fungsi komen, lepas baca entri ni barulah faham, kenalah tambah skill tulis komen sebab penting utk naikkan PR blog
ReplyDeletebukan tulis entri blog saja perlu bersungguh2, nak tulis komen pun kena serius jugak
Ya, ada skill tertentu untuk memastikan ia berjaya.
Deleteterima kasih atas perkongsian .. lepas ni kena blogwalking kerap la skit
ReplyDeleteCuma nak tanya lebih lanjut komen dofollow dan nofollow blog
Deleteluar biasa tulisannya, salam kenal ya
ReplyDeleteYa, buat blogwalking terpilih, lihat mana-mana entri yang boleh berikan impak pada blog, dan komenlah ... bukan semua entri itu ada kesan, kena lihat pada page authority gak .. hehehe
ReplyDeleteSgt membantu & bermanfaat info ni HH.. t kasih..
ReplyDeletebegitu rupanya.. harap2 PR boleh meningkat lepas komen kat sini
ReplyDeleteHahaha.. harapnya begitulah
DeleteThanks bro..baru tau skill seo ni
ReplyDeleteTuan Hasrul..macam mana kita nak tahu backlink yg kita akan dapat dari sebuah blog tu Do Follow atau No Follow?
ReplyDeleteAda apa-apa petua atau tips utk kenal pasti perkara tersebut?
Saya pernah rasanya berikan caranya ..
DeleteTak mengapa, paling mudah guna plugin untuk internet browser .. kalau Firefox .. tak silap dofollow apa ntah ..
ok kena selalu komen dekat blog-blog..biasa jadi silent reader je..hihi
ReplyDeletei like it
ReplyDeletePusat Obat Telat Bulan 089 709 109 36
Obat Penggugur Kandungan
Obat Telat Bulan
Obat Aborsi
Good tips.I'm new follower
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt.
ReplyDeleteTuan sy nak tanya skit berkenaan komen dgn link ni. Kalu sy guna blogspot lepas tu skrg ni dia yg .com dah ditukar kepada .my .Jadi macam mana ya seo perlu kepada promote .com atau .my . Terima kasih tuan
Secara amnya tidak perlu. Tapi ia akan jejaskan dari segi kebolehpercayaan sbb link dah banyak jadi broken dalam enjin carian.
DeleteSyor untuk buat dari A-Z untuk promosi semula. Atau kalau boleh buat fungsi redirect.
sangat bermanfaat bisa saya terapkan di web saya http://www.gadaibpkbku.com/
ReplyDeletesaya terapkan di blog saya hasilnya bagus
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.