Bertuah mereka yang pernah hadiri seminar hartanah murah berbaloi yang dianjurkan olehnya. Dan bertuah juga kepada mereka yang telah cedok segala ilmu yang dikongsikan di blog, Facebook dan ebook hasil pengalaman sebenar darinya.
Blogger Hartanah AbangEnsem Undir Diri dan Jual Blog
Alhamdulillah.Saya telah berkesempatan berjumpa dengan blogger ini, yang memang ada karisma sangat hebat bila bercerita soal buat duit dengan hartanah. Malah, saya sendiri telah mendapatkan ebook-ebook hasil perkongsian ilmu hartanah kerana saya telah pun diberitahu akan niat awal blogger ini untuk berhenti berkongsi ilmu berkaitan hartanah.
Satu anjakan paradigma barangkali. Saya tahu pemilik blog AbangEnsem.com ini telah berjaya menunaikan hasrat awal pembabitannya dalam dunia blog Malaysia, iaitu memberikan tips terbaik berkaitan hartanah - cara memiliki rumah, cara mendapatkan pinjaman perumahan, cara untuk buat duit dengan hartanah dan banyak lagi. Semua ilmu tersebut ada yang telah dimasukkan ke dalam ebook-ebook hasil idea dan pengalaman sebenar beliau, dan ada yang dikongsikan di dinding Facebook.
AbangEnsem akan meneruskan projek peribadi dan syarikatnya, yang kini sudah semakin sibuk menguruskan banyak tawaran-tawaran lumayan. Arah tujunya sudah ada haluan baru, dan saya hormati keputusan tersebut.
Ebook Berkaitan Hartanah oleh AbangEnsem.com
Kemungkinan juga AbangEnsem akan tamatkan penjualan ebook-ebook berkaitan ilmu hartanah. Maka, di kesempatan ini, seandainya mahu dapatkan ilmu-ilmu tersebut, jangan lepaskan peluang mendapatkannya selagi ia masih lagi ditawarkan. Ilmu tak ternilai dari pengalaman bertahun-tahun AbangEnsem dalam bidang hartanah.Jika anda merasakan anda sudah cukup tahu tentang bagaimana nak jana income pasif dari sektor hartanah yang pesat membangun di Malaysia, maka jangan dapatkan ebook tersebut, tetapi seandainya anda mahu cedok segala ilmu yang ada dari pengalaman sebenar AbangEnsem, maka dapatkan segera menerusi pautan ini - Ebook-Ebook AbangEnsem Semurah RM30
Apa rugi dapatkan ilmu sebenar dari pengalaman sebenar yang berjaya buat duit ribu-ribu sebulan tanpa perlu bekerja keras pun... tak nak? Tak mengapa ... anda mungkin ada banyak duit untuk buat benda lain, ye tak?
Terima kasih kepada AbangEnsem.com yang selama ini berkongsi ilmu padat terbaik
Saya sempat juga merasa AbangEnsem belanja makan Briyani bersama blogger hebat AriffShah.com
Sebenarnya cerita blogger +Abang Ensem nak undur diri dan jual blog ini dah lama, malah telah ada harga diletakkan - RM200K Untuk Miliki Blog AbangEnsem.com
Apa pendapat anda dengan pengunduran diri AbangEnsem.com dari dunia blog Malaysia? Atau anda sedang ada ura-ura untuk miliki blog AbangEnsem.com yang memang punyai pengaruh kuat dalam bidang hartanah di Malaysia?
Jangan lupa miliki ebook-ebook mamat pink ini sebelum habis dimiliki oleh awek-awek yang kini semakin ghairah nak buat duit dengan hartanah, hasil didikan dan ilmu hebat dari AbangEnsem ... berminat? Dapatkan di sini - Ebook-Ebook AbangEnsem Semurah RM30
p.s: AbangEnsem juga salah seorang daripada ramai client saya yang telah menggunakan peluang Advertorial di blog ini... dan sangat berpuas hati apabila entri tersebut berjaya di rank #1 di Google!
waaa 200k...xmampu mokcik
ReplyDeleteSesuailah dengan jenama yang dah established
DeleteHohohoho berganda2 harganyaa ...
ReplyDeleteGimik jer ni
ReplyDeleteSebenarnya memang hasrat dia nak jual, sbb bizi dengan urusan di MIRI ... nanti susah nak jumpa dia dah sbb mungkin tak duk Malaysia dah tu .. hehehe
Deletehohohoho..harga blog 200k..!!
ReplyDeleteterbaiklah AE. siapa berani dengan pakej RM200k dengan awek-aweknya sekali...heee
ReplyDeleteHahaha.. dapat awek sekali tu .. tak tahan punya tawaran
Deletetak sesuai kalau nak beli blog tu..
ReplyDeletenama abangensem dah trademark tu
Sebab dah ada trademark la kena beli ... tak yah susah2 lagi nak promo .. macam Mark beli WhatsApp ...
Deletepergh bersara tu. Fb pon nak jual. tak boleh dahla dapat tips percuma setiap hari
ReplyDeleteBerbaloi abang ensem berpenat lelah naikkan brand! Tahniah!!
ReplyDeleteMemang property taikun dengan website2 sekali dia jual, ni property maya baru orang nampak ada value dulu kurang orang nk jual website2 yang dah establish kan...
ReplyDeletealah.. jangan le bersara.. sifu HH pujuk la AE
ReplyDeletekalau sanggup boleh beli RM200k..pelaburan yang berpotensi tu!
ReplyDeleteWow...beruntung sapa beli blog abangensem tu..
ReplyDeleteRM200K...memang hebat dan terbaik.. kalau dah ada nama, jual blog pun boleh sampai ratus riban..
ReplyDeleteKalau kawe take over terus jadi tak ensem lagi... adehhh.. Dari harga blog 200k jadi 200 jer.
ReplyDeletetepek2 bedok ttebal skit, ramai lagi terpikat tuh
Delete200k :) tak senilai ng ilmu yg akn dberi.
ReplyDeleteMcm mnee nk beli buku tu :D
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.