Siapa mahukan panduan untuk buat pelbagai jenis biskut dan kek? Apatah lagi bila tiba musim perayaan, saya pasti resepi-resepi biskut dan kek menjadi pilihan. Malah, ia juga popular semasa musim cuti sekolah di mana banyak majlis pertunangan, pernikahan dan perkahwinan diadakan.

Saya nak kongsikan kepada anda peluang untuk anda belajar sendiri buat pelbagai jenis biskut dan kek dengan mudah. Dan yang menariknya, anda bukan sahaja dapat ilmu buat biskut dan kek sendiri, tetapi boleh tahu cara nak menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan sendiri.
Panduan Memasak Pelbagai Jenis Biskut dan Kek Sedap

Panduan Memasak Pelbagai Jenis Biskut dan Kek

Panduan buat pelbagai jensi biskut dan kek ini adalah sesuai untuk sesiapa sahaja, hatta orang yang pertama kali nak masuk ke dapur dan kenal mana satu oven, mana satu microwave. Saya akan perkenalkan beberapa panduan yang boleh anda miliki samada di dalam bentuk ebook mahupun dalam bentuk CD. Ia panduan terbukti berkesan dan banyak testimonial kejayaan mereka yang telah mendapatkan panduan-panduan ini.

Untuk info, semua panduan buat pelbagai jenis biskut dan kek ini adalah daripada pengalaman Puan Shida. Puan Shida bukan orang baru dalam hal masak memasak ini. Saya pernah ceritakan sebelum ini menerusi entri Bisnes Buat Coklat Sendiri.

Kali ini, saya berikan kepada anda koleksi-koleksi panduan terbaik daripada Puan Shida untuk mereka yang mungkin berminat. Anda akan belajar dengan sangat mudah kerana ia di dalam bentuk video dan boleh dipasang bila-bila masa. Ada juga ebook yang boleh anda rujuk dari semasa ke semasa hanya dengan telefon pintar atau tablet sendiri.

Panduan Memasak Kek Coklat Sedap

Panduan memasak kek coklat sedap
  • Panduan memasak kek coklat 'Jangan Tinggal Daku' - Ada tips buat kek coklat tanpa telur!
  • Panduan memasak kek coklat 'Simpulan Kasih' - Ada rahsia buat icing sendiri.
  • Cara memasak kek coklat 'Sejuta Impian'
  • Panduan buat kek 'Cinta Abadi' - Ada tips buat kek coklat guna blender.
  • Cara memasak kek coklat 'Kasih Bertaut Kembali'
  • Panduan memasak kek coklat 'Kek Coklat Lapis Puding Babylon'
  • ... dan banyak lagi ...
  • Boleh dapatkan sekarang di sini - Beli Panduan Memasak Kek Coklat yang Sedap

Panduan Membuat Tart

Panduan Membuat Tart
  • Cara buat Tart Telur
  • Panduan memasak Blueberry Cheese Tart
  • Cara buat Tart Buah-Buahan
  • Pelbagai resepi Tart yang boleh anda pelajari dan cuba.
  • Dapatkan cd video dan ebook lengkap mengenai Panduan Membuat Tart ini - Beli Panduan Membuat Tart

Rahsia Biskut Homemade

  • Rahsia menyediakan biskut sendiri dengan bajet rendah
  • Rahsia untuk bisnes biskut buatan sendiri
  • Dan pelbagai resepi biskut bajet yang boleh anda cuba dan dalam masa sama boleh jana keuntungan jika dijadikan sebagai satu bisnes sampingan.
  • Dapatkan panduan ini di sini - Beli Rahsia Biskut Homemade

Video Panduan Membuat Kek Kukus

  • Resepi dan cara membuat kek kukus Red Velvet yang sedap
  • Resepi dan cara membuat kek kukus Zamrud
  • Cara kukus Kek Chocolate Heaven
  • Tips, resepi dan cara membuat kek kukus Kek Cheezy Chocolate Moist
  • Cara menyediakan Kek Kukus Buah-buahan yang lazat dan sihat.
  • Dan banyak lagi rahsia dan tips membuat kek kukus dengan hanya menonton DVD
  • Dapatkan ia sekarang dengan klik pautan ini - Tempah dan Beli DVD Kek Kukus
Ini merupakan sebahagian daripada panduan memasak pelbagai jenis biskut dan kek sedap yang saya kongsikan, ada banyak lagi panduan yang telah tersedia oleh Puan Shida. Semuanya dalam bentuk yang mudah - samada DVD, CD, Ebook yang boleh anda akses dengan mudah dan banyak kali.

Malah, dengan adanya video yang disertakan, anda akan lebih mengikuti dengan lebih tepat tips dan panduan yang diberikan. Sangat berbeza dengan anda hanya membaca kerana anda tidak nampak teknik sebenar ia dilakukan. Lain dibaca, lain dibuat... nanti hasil mengecewakan dan pembaziran pun berlaku.

Belajar bakeri secara mudah, dapatkan CD di sini - Order CD Buat Bakeri
Anak-anak pun boleh belajar buat coklat sendiri
Belajar buat dengan Puan Shida mudah, macam-macam kek dan biskut boleh dihasilkan. Jika anda nak buat bisnes sampingan dengan kek dan biskut pun boleh, sebab ada banyakkk resepi dengan bajet rendah boleh buat. Terpulang nak dapat untung banyak atau untung sikit ... :)

Selamat mendapatkannya.

p.s: Kalau dah beli cd atau dvd tu .. dah cuba ... dah menjadi, jangan lupa pos kat saya sedikit ye .. 



4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Interested....satu cara mudah

    ReplyDelete
  2. kalau semua biskut buat sendiri, memang banyak boleh jimat, jual lagi, memang buat duit lah...

    ReplyDelete
  3. Wah seronok bila buat kek dan biskut sendiri. kena dapatkan panduan macam ini.

    ReplyDelete
  4. Nah bagus ini. Dengan panduan macam ini kita bisa mencoba sendiri di rumah. Bisa melakukan inovasi dalam bahan dan rasa. Cocok untuk hari raya

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement