Saya tinggal berdekatan dengan Parit Buntar. Sebuah bandar yang mempunyai dua bahagian, satu pekan lama, satu pekan baru; yang membahagi adalah landasan keretapi. Dulu, antara kedua seperti nampak terpisah, sebab setiap kali keretapi lalu, akan ada penghalang dan penghadang, tapi kini dah tiada lagi, ada jejambat serba gah yang telah hubungkan keduanya.

Syok tinggal berdekatan Parit Buntar ni. Tentu ramai dah baca entri lama saya iaitu 16 Sebab Seronok Tinggal di Parit Buntar. Kali ini saya nak kongsikan kepada anda, betapa syoknya tinggal berdekatan di Parit Buntar, lebih-lebih lagi merasai keunikan semasa di bulan Ramadan.

Syoknya Parit Buntar Semasa Ramadan

Syoknya Parit Buntar Semasa Ramadan
Berbeza dengan tempat lain, di sini sangat jarang nampak buffet ramadhan, tak ada promosi sebegitu. Cuma yang akan selalu nampak ialah promosi makan kerang dan siput rebus. Hampir mana-mana ceruk tempat di Parit Buntar akan nampak banner-banner iklan makan kerang dan siput rebus. Setiap tahun juga, akan muncul gerai-gerai, kedai-kedai dan restoren kecil berniaga benda yang sama, iaitu kerang rebus.

Fenomena Kerang dan Siput Rebus

Kerang Rebus memang terkenal dan menjadi fenomena di kawasan sekitar Parit Buntar ini. Benda ini hanya ada sebegini banyak ketika bulan puasa sahaja. Untuk info, kerang amat mudah didapati di sini memandangkan ia dekat dengan tempat pembenihan dan penternakan kerang iaitu Kuala Gula, Kuala Kurau, Perak.
Keras Rebus terkenal di Parit Buntar
Saya pernah ceritakan mengenai Kerang Rebus Parit Buntar dan antara kedai paling popular di sini ialah Kerang Rebus Pak Mat. Tetapi ada banyak lagi kedai kerang kat Parit Buntar yang jual pelbagai lagi makanan istimewa, termasuk siput dan udang lipan. Tapi, ia hanya akan ada pada bulan Ramadhan sahaja ... dan selepas waktu sholat Terawih, time lain memang non hado.

Pasar Ramadan

Sebab kedua ialah di kawasan Parit Buntar sendiri, ada 3 pasar ramadhan. Haaa .. jangan terkejut .... ada 3 pasar ramadhan dan ianya sentiasa penuh dengan orang ramai.
  1. Pasar Ramadhan Taman Kerian Permai
  2. Pasar Ramadhan Jalan Permatang Tok Mahat
  3. Pasar Ramadhan Bandar Baharu
Pasar Ramadan Bandar Baharu Parit Buntar
Pasar Ramadan di Malaysia
Ada juga jenis kecil-kecil di mana peniaga tak lebih daripada 10 orang. Pasar Ramadhan Taman Kerian Permai adalah antara paling besar, manakala kalau nak makanan kuih muih murah serendah RM20 sen (dulu 10 sen) boleh mendapatkannya di Pasar Ramadhan Bandar Baharu.

Syurga Beli Belah Pakaian Raya

Satu lagi keistimewaan Parit Buntar ialah shopping raya sangat mudah dan banyak pilihan. Di sini ada 4 pasar kemboja yang menjadi tarikan pengunjung dari luar termasuklah dari luar negara seperti Jepun dan Korea.

Pasar Kemboja? Tak biasa dengar? Haaa .. di sinilah tempat anda boleh jumpa Lubuk Bisnes Tudung, di mana tudung-tudung mahal yang dijual di Kuala Lumpur dengan harga ratusan boleh dapat dengan harga puluh-puluh je, dengan syarat anda beli secara borong atau lebih daripada 5.

Dan jangan terkejut, ada design yang belum ada di pasaran, sudah ada terkini di Pasar Kemboja Parit Buntar!

Pasar Kemboja Parit Buntar ada 4, iaitu:
  1. Pasar Kemboja Asli (Asal) Jalan Permatang Tok Mahat - Dibuka hanya pada Sabtu dari pagi sampai petang.
  2. Pasar Kemboja Bandar Baharu - Sabtu dan Ahad
  3. Pasar Kemboja Masjid Puteh, Seri Ampangan bersebelahan USM Transkerian - Sabtu dan Ahad
  4. Pasar Kemboja Outlet (terbaru) - Setiap hari dari 10 pagi sehingga 10 malam.
Kain ela, baju kanak-kanak, baju raya, baju kurung, jubah, telekung semua boleh dapat kat Pasar Kemboja. Memang best, kalau anda kaki shopping .. masuk sini memang sehari boleh berabih. Kalau nak mula bisnes dapatkan kain-kain ela yang murah-murah dan cantik untuk bisnes baju kurung, memang di sini tempatnya.
Pasar Kemboja
Pasar Kemboja Jalan Permatang Tok Mahat adalah paling popular. Setiap sabtu akan ada deretan bas-bas sekolah disewa dan bas persiaran yang memenuhi kiri kanan bahu jalan. Malah peniaga-peniaga dari KL terutama Jalan Masjid India akan ada di sini untuk borong fesyen pakaian terbaru.

Pernah sekali, saya bertanyakan seorang pak cik ni. Dia seorang peniaga yang menjual pakaian raya untuk kanak-kanak. Paling terkejut, semasa saya tanya tu .. lagi 3 hari nak raya ... masih lagi datang ke Pasar Kemboja untuk dapatkan stok ... dari KL, ada kedai di Jalan Masjid India!

Begitulah syoknya suasana Ramadhan di Parit Buntar. Dan ... kalau anda nak tahu, di Parit Buntar ada 3 masjid besar yang sentiasa imarah dengan aktiviti, almaklumlah ... orang kuat Parit Buntar bukan calang orang .. anda boleh Google sendiri siapa wakil rakyat di sini .. jeng jeng jeng.... :)



Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement