Allah Maha Besar.
Inilah sebaik perancangan yang telah diaturkan oleh Allah S.W.T ke atas hambaNYA. Dalam ujian yang telah diberikan, Allah mantapkan keimanan dan berikan laluan untuk Raisyyah menghadapi situasi dan keadaan yang baru. Jika kita ikhlas jujur dan tekad, in Sha Allah; Allah S.W.T akan bantu kita sehingga diberikan ilham serta cara untuk atasinya.
Raisyyah Rania Yeap Blogger Cantik Jelita
Dan inilah yang telah insan bernama Felixia Yeap dapat sehingga membolehkan si cantik ini memeluk agama Islam dan menukar nama kepada Raisyyah Rania Yeap yang mempunyai makna dan maksud yang sungguh indah - Pemimpin Yang Mempersona."Nama Cina saya (Chin Yee) bermaksud ketenangan dan keanggunan. Saya yang sudah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan dua kalimah syahadah di depan keluarga dan kenalan yang sering memberi galakan supaya terus istiqamah. Tidak ada media yang akan hadir" - Blog Felixia Yeap
Facebook baru Raisyyah Rania Yeap, wujud kerana ilham yang Allah berikan kepada peragawati muslimah jelita ini. Satu lembaran baru supaya yang lama tidak lagi dikenang, dan masa hadapan yang lebih baik bakal dihampar. Ia juga salah satu cara untuk beliau elak fitnah yang semakin menguji.
Vlog (Video Log) Raisyyah Rania Yeap
Raisyyah juga umumkan akaun baru Instagram menerusi vlog yang telah disediakan di bawah. Vlog yang tampilkan salam pertama dari Raisyyah Rania setelah bergelar seorang muslimah. Dan in Sha Allah akan kekal begitu sehingga akhirnya.Video di atas adalah video pertama dari Raisyyah setelah memeluk Islam. Ia juga video bagi menjelaskan mengenai dakwaan yang mengatakan bahawa dia memeluk Islam dek kerana seorang lelaki Muslim.
Saya doakan yang terbaik untuk Raisyyah sebagai seorang saudara baru seagama Islam. Saya percaya kisahnya mendapat hidayah dan magis sehelai tudung adalah yang menguis hatinya untuk memeluk agama Islam dan bukan dek kerana seorang lelaki dan juga cinta manusia.
Facebook Baru Raisyyah Rania Yeap
Bantu Raisyyah Rania Yeap elak fitnah dan sebarkan akaun-akaun baru miliknya ini. Doakan dia terus istiqomah untuk menutup aurat, istiqomah menjalani kehidupan sebagai muslimah sejati. Dan doakan Raisyyah mendapat jodoh yang baik bagi agamanya dan masa depannya.Untuk info, Raisyyah handle sendiri akaun-akaun media sosial tanpa dibantu oleh orang lain atau pengurus. :) Jadi, hoho .. kalau ada yang rasa nak handle tu .. mungkin boleh contact Raisyyah sendiri.
Kredit Gambar: Neng Geulis
raisyyah... sedap.. rania.. pun sedap je nak sebut. :)
ReplyDeletedan memang bila dia ucap salam mmg sejuk hati ni..
Dia bahasakan dirinya sebagai Raissyah .. :)
DeleteAlhamdulillah, semoga dia sentiasa istiqamah!
ReplyDeleteassalamualaikum HH...alhamdullilah ...;)
ReplyDeletesemuanya dimulakan baru...hidup baru...alhamdulillah...
ReplyDeleteAlhamdulilah. Kita juga patut mulakan dengan yang baru.
DeleteBagus. Semuanya bermula dengan yang baru.
ReplyDeleteRania, sedap nama tu..sama macam nama permaisuri jordan
ReplyDeletenama cantik..orang pun lagi cantik maa..
ReplyDeletealhamdulillah ...namanya seindah penampilannya .
ReplyDeleteSemakin cantik :) alhamdulillah....
ReplyDeleteMacam ada kerja kosong....heee
ReplyDeleteMaksud nama dan orangnya memang sepadan.
uisssshh..
ReplyDeletexleh tgk lama2 muka rania nie.
bikin jantung gugur :)
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.