Banyak betul dah sekarang kes penipuan di Internet. Malah, ramai blogger dah dedahkan identiti-identiti si kaki penipu yang anjurkan program seperti Pengurus Email - RM90 Per Email. Dalangnya pula dari orang yang sama, bagaimana boleh tahu orangnya sama? Ok, in Sha Allah, blog post ini akan berikan tips untuk anda tahu bagaimana nak tahu ia merupakan satu penipuan atau scam di internet.

Kes Penipuan di Internet

Pernahkah anda terlibat dengan mana-mana program buat duit mudah dalam internet? Saya dah banyak kali ... haha .. nampak sangat saya ni mata duitan nak cepat kaya punya pasal. Tapi itulah, bila dah banyak kali terkena, akan terbiasa pula dengan modus operandi kes penipuan di internet ni. Banyak juga saya laburkan dalam skim-skim yang ntah apa-apa. Paling malang sekali, apabila banyak kali saya terpedaya dengan money-game; iaitu program buat duit yang tidak ada apa-apa produk pun diberikan; segalanya bersandarkan kepada wang pendaftaran.
Penipuan internet pengurusan email

Malah, ada kes penipuan internet yang kononnya diberikan produk, tetapi produk-produk yang diberikan adalah yang tiada makna, malah ada yang dah expired tak boleh nak guna.

Kes Penipuan Individu Yang Sama

Namun kali ini, saya nak kongsikan satu kes penipuan internet yang dilakukan oleh seorang individu yang sama. Bagaimana saya boleh tahu ia dari orang yang sama? Sebabnya ialah transaksi untuk pendaftaran program tersebut dilakukan ke atas akaun yang sama. No akaun mana boleh tipu maa ... hoho...

Kes penipuan di internet yang saya nak dedahkan ini adalah merupakan kes melibatkan pelaburan dan ia datang dari individu yang sama; lebih dikenali sebagai Puan Masnah dan kadangkala Puan Maznah. Dan terbaru, individu ini didapati cuba untuk menipu blogger-blogger Malaysia dengan masuk ke dalam dunia blog Malaysia dengan nama Lavender Mummy.

Ada kata nama Puan Maznah @ Puan Masnah adalah nama ibu kepada individu ini.

Oh ya, individu ini juga pernah dikenali sebagai Isabella Cute dan juga Mahligai Gading. Jika anda google, anda akan nampak individu yang sama, beserta beberapa pembongkaran yang telah dilakukan oleh warga internet.

Dan jangan terkejut, individu ini pernah ditahan reman tetapi dibebaskan atas sebab tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa beliau telah melakukan penipuan. Sebabnya bukan mudah nak buktikan satu kes berlaku hanya menerusi print screen atau transaksi yang dibuat. Dan satu lagi, laporan kes yang dibuat oleh ramai pengadu juga tidak kena dan silap sehingga individu ini terlepas daripada didakwa.

Walauapapun, yang pasti, semua transaksi penipuan ini dibuat menerusi butiran di bawah:
RHB:11812500061932 CIMB: 132013175521 Nama acc: Nurzusilawati Nadzri
Jadi, awas, seandainya anda terlibat dengan mana-mana program buat duit di internet, pelaburan atau dana tertentu, pastikan bahawa anda mencari maklumat terlebih dahulu berkaitan program tersebut. Dan untuk elakkan anda ditipu oleh individu yang dikenali sebagai Puan Masnah @ Puan Maznah @ Isabella Cute @ Mahligai Gading ini, semak nombor akaun di atas.
Penipuan internet pengurusan email


Saya dapati program terbaru yang dilakukan oleh individu ini ialah Pengurusan Email yang menjanjikan income RM90 bagi setiap email yang disiarkan.

Program Pengurusan Email serta teknik yang digunakan walaubagaimanapun telah dihurai panjang lebar di sini - http://www.ulike.biz/rahsia-disebalik-program-kerja-urus-email-dari-rumah-pn-masnah/

Seperti mana kes-kes sebelum ini, apa yang dilakukan oleh individu yang dikenali sebagai Puan Maznah @ Lavender Mummy ini pada dasar awalnya memang bagus dan molek, tetapi kemungkinan atas dasar ketamakkan barangkali, menjadikan ia satu program scam yang menjebak ramai sehingga ada yang rugi ratus dan ribuan ringgit.

Kes paling haru biru yang melibatkan individu ini adalah kes pelaburan Cheeze Maz yang berlaku pada tahun 2013.

Dan terkini kes melibatkan para blogger Malaysia di mana beliau cuba memperdaya blogger dengan job-job berkaitan blog. Menggunakan seakan mirip dengan blogger terkenal Malaysia RedMummy, individu ini muncul dengan menggunakan id LavenderMummy ... mungkin sebab dia suka warna bunga Lavender.

Tips Untuk Elak Penipuan di Internet

Ok, saya ringkaskan sedikit tips kes penipuan internet ini untuk anda semua.
  • Google nama akaun pemilik atau nombor akaun pemilik - dalam kes ini Nurzusilawati Nadzri
  • Google nombor akaun - dalam kes ini RHB:11812500061932 CIMB: 132013175521
  • Google nama samaran yang digunakan untuk urusan ini - dalam kes ini LavenderMummy, Isabella Cute dan sebagainya.
  • Google nama program tersebut.
  • Periksa samada ia ada syarikat berdaftar atau tidak. Bagi perniagaaan atau bisnes internet, boleh rujuk menerusi PUIM.
  • Hubungi secara terus samada email mahupun telefon, lebih baik anda jumpa dengan individu yang mempromosikan sesuatu.
 Tips ketahui Kes Penipuan di Internet
Dan di bawah ini merupakan salah satu kes terbaharu, tetapi modus operandi yang berbeza, dikenali dengan nama lain, dan menjalankan urusniaga lain. Namun, sebab no akaun sama, telah mengelakkan salah seorang mangsanya kerugian ribuan ringgit.
Kes Penipuan di Internet

In Sha Allah, anda bakal temui informasi yang anda mahukan. Selalunya perbincangan hangat dilakukan di forum-forum buat duit online, yang mana akan ada mangsa yang ceritakan kisah dan pengalaman mereka.

Dan in Sha Allah, blogger Malaysia juga akan cuba lakukan terbaik supaya kes-kes penipuan internet ini dapat dihentikan dan mengelakkan lebih ramai terpedaya.

Jika benar anda nak buat duit online, dapatkan dari mereka yang pakar dan berdaftar, anda boleh cuba boleh buat duit menerusi program affiliate sebenar dari niche X - [+] http://jvsecurepay.com/access/61qc/2624

Semoga informasi ini bermanfaat dan mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan di internet.


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement