Pasar Kemboja Parit Buntar jadi satu fenomena luar biasa. Setiap Sabtu, jalanraya sekitar Jalan Sempadan atau lebih tepat lagi jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat pasti akan sesak. Sesak kerana kehadiran ramai pengunjung yang mahu dapatkan produk tekstil yang murah tetapi berkualiti di Pasar Kemboja Parit Buntar ini. In Sha Allah, entri kali ini saya nak kongsikan beberapa tips mengenai Pasar Kemboja khusus bagi kaum wanita yang mahu beli belah di sini.

Pasar Kemboja Jalan Sempadan Parit Buntar

Ok. Pertama sekali, saya bukanlah penduduk asal Parit Buntar, tetapi pekan kecil ini telah ukir sejarah dalam hidup saya sendiri. Bapa saudara saya menetap di sini. Dan begitu jugalah dengan saya yang sudah lebih 10 tahun menetap di Parit Buntar, selepas tempat kerja lama Kampus Kejuruteraan USM berpindah dari Tronoh (kini UTP) ke Transkerian; yang terletak berdekatan di sini.
Tips beli belah di Pasar Kemboja Parit Buntar, Perak
Laluan utama Pasar Kemboja Parit Buntar - Kredit Foto: Senduduk Kampongku
Pasar Kemboja merupakan salah satu lubuk Bisnes Tudung bagi pengusaha tudung-tudung di Malaysia, khususnya mereka yang berniaga tudung, telekung, baju kurung, kain pasang secara online. Disinilah tempat ramai pelajar-pelajar USM Transkerian buat duit ribu-ribu hanya dengan jadikan Lubuk Bisnes Tudung di Pasar Kemboja tempat dapatkan fesyen terkini dan harga tudung yang 50-60 peratus jauh lebih murah dari pasaran.

Pasar Kemboja mula jadi terkenal seperti diceritakan di dalam Harian Metro.

5 Tips Beli Belah di Pasar Kemboja Parit Buntar

Tempat Parkir Kenderaan

Untuk elakkkan kesesakan melampau di lokasi Pasar Kemboja Parit Buntar, dan untuk mudah anda dapat parkir (percuma), ikuti peta di bawah ini. Lokasi parkir ini adalah merupakan jalan belakang ke Pasar Kemboja. Ia lebih selesa, dan tidak banyak kenderaan. Lokasi parkir ini berhampiran dengan kuarters guru Parit Buntar. Kawasan petak yang ditunjukkan di bawah adalah kawasan parkir, dan bulatan adalah lokasi peniaga-peniaga Pasar Kemboja.
Kawasan parking Pasar Kemboja Parit Buntar
Kawasan Parkir
Anda juga boleh parkir kenderaan anda di kawasan masjid berhampiran Pasar Kemboja ini. Parkir agak luas, boleh memuatkan sehingga 50 buah kenderaan dalam satu-satu masa. Jarak antara masjid dengan Pasar Kemboja lebih kurang dalam 100 meter. Ada juga kawasan parkir disediakan penduduk tempatan di kawasan halaman rumah mereka, tetapi dikenakan sedikit bayaran .. kalau  tak silap dalam RM3.
Deretan Kereta Parkir Pasar Kemboja Parit Buntar - Kredit: D_08

Tawar Menawar

Untuk menawarkan harga terbaik dan murah bagi pembelian anda di Pasar Kemboja Parit Buntar, saya nasihatkan anda untuk beli lebih daripada 20 helai atau 1 kodi. Harga ini murah sebab peniaga tak perlu nak buka buka bungkusan, senang kerja mereka. Ia harga borong, dan jauh lebih murah kalau anda beli sehelai atau dua helai. Boleh beza sehingga RM20-RM10 jika membeli bukan secara kodi dari satu jenis kain yang sama.

Tawar-menawar menggunakan kalkulator. Teknik ini adalah untuk rahsiakan harga tawaran yang anda persetujui antara pemborong atau peniaga. Ia juga salah satu teknik untuk 'rahsiakan' harga terendah daripada pengetahuan pemborong lain.
Tips Beli Belah Pasar Kemboja Parit Buntar
Pasar Kemboja Parit Buntar - Kredit Foto: Afifah Sakura
Untuk dapatkan harga terbaik, elakkan beli kain, tudung, atau telekung dari jenis kain yang berlainan. Beli dari jenis kain yang sama akan dapatkan harga lebih baik.

Beli daripada pemborong yang sama. Jika hari ini anda beli dari pemborong A, minggu depan datang juga beli dari pemborong yang sama, in Sha Allah, harga lebih baik akan anda dapat. Dapatkan kad perniagaan pemborong-pemborong ini untuk 'tempah' jenis dan corak serta trend terkini.

Mencari Pemborong Jual Murah

Bila ke Pasar Kemboja, anda pasti akan rambang mata dengan longgokan tekstil tudung, kain ela, telekung, baju pasang, sejadah, kain pelekat, kain batik, baju melayu, baju kurung dan macam-macam lagi, jadi bagaimana nak tahu peniaga dan pemborong yang jual murah?

Salah satu tips yang ingin saya kongsikan ialah cari pemborong atau peniaga jual hanya satu jenis tekstil. Kalau dia peniaga tudung sahaja, maka peluang nak dapat harga terbaik lebih mudah untuk anda.

Cara Pilih Barangan Pasar Kemboja

Anda perlu berhati-hati, bukan semua barangan yang dijual itu dalam keadaan baik. Anda perlu belek dan telek kain, tudung dan telekung yang dijual dengan cermat. Ada barangan yang secara tak sengaja rosak akibat daripada perbuatan pembeli atau pelanggan yang lain. Jadi, kena pilih dengan berhati-hati. Jika anda membeli banyak seperti membeli secara kodi/borong; sebaik sahaja anda telah membayar harga; cepat-cepat buka bungkusan dan periksa barangan yang telah dibeli. Anda dibenarkan untuk tukar pada masa itu juga. Kalau tak ada tukaran yang sesuai, anda boleh dapatkan beza harga produk yang rosak.

Pilih barangan atau produk yang masih lagi dalam plastik. Jika ada tawaran harga murah daripada longgokan tekstil, periksa betul-betul, dan pastikan ia dalam keadaan baik. Ada tudung harga semurah RM5-8 dijual secara longgok di Pasar Kemboja - selalunya stok lama dan fesyen lama; tetapi masih lagi dapat sambutan baik, yang selalu dijual runcit RM10-RM12 sehelai.

Beli Dari Peniaga Tempatan

Ramai tak tahu bahawa ada peniaga di Pasar Kemboja merupakan penduduk tempatan. Dan kalau nak mudah dan senang, beli sahaja dari peniaga tempatan ini. Untuk tahu, guna pakai tips awal saya berikan tadi, iaitu dapatkan kad perniagaan mereka. Selalunya ada gudang dan tempat simpan produk mereka di Parit Buntar.
Tips Beli Belah Pasar Kemboja Parit Buntar
Tips Beli Belah Pasar Kemboja Parit Buntar
Ada peniaga tempatan yang berniaga di Pasar Kemboja memang ada kedai di pekan Parit Buntar. Kedai peniaga memang selesa, cuma anda tak nampak seperti sebuah kedai butik yang semuanya disusun elok, selalunya kedai peniaga Pasar Kemboja akan nampak bertimbun dengan stok-stok kain.

Perghh .. dah .. dah .. cukup kot tips beli belah Pasar Kemboja Parit Buntar yang boleh saya kongsikan kepada anda.

Sekarang, Pasar Kemboja dah menjadi tarikan satu Malaysia, malah ada juga pelancong asing dari luar negara datang ke Pasar Kemboja ini (saya pernah tunjukkan jalan pada pelancong dari Korea). Tempat agak sempit, dan memang sesak. Jika nak beli dengan selesa, boleh ke Pasar Kemboja alternatif yang telah disediakan. Ia merupakan satu kompleks hawa dingin yang terletak di kawasan perindustrian Parit Buntar. Harga lebih kurang je, in Sha Allah.

Kompleks Pasar Kemboja (Baru)

Kompleks Pasar Kemboja ni baru je dibuka. Kalau ikut perkiraan saya; semasa blog post ini ditulis, kompleks tu baru dibuka dalam sebulan gitu. Ia terletak di Jalan Perusahaan, berdekatan dengan Econsave Parit Buntar.
Lokasi Kompleks Pasar Kemboja (Baru) - Peta Lengkap



18 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Dekat-dekat raya ni mesti shopping sakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa dah baca entri saya tips shopping raya kira boleh bertuah la .. :) hehehe

      Delete
  2. Ok set! Boleh pilih cuti dah nak gi sana..hehe.. Tq 4 da info!

    ReplyDelete
  3. nenek saya orang sini. setiap kali balik kg, memang akan dtg pasar ni :)

    ReplyDelete
  4. Banyaknya barangan die..orang cakap memang kat sini murah..

    ReplyDelete
  5. seronoknyaa, teringin nak kesana. doakan saya bang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah .. bukan jauh pun .. dalam mesia ni lagi .. tak perlu passport ;..hoho

      Delete
  6. wahh tq informasi tentang tip nk p shopping kat pasar tue...

    ReplyDelete
  7. Macam2 ada jual kat sini, seronok nie kalau akak2 atau makcik2 nak pi shopping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm bas basa yang datang semuanya bawak makcik2 .. hoho ..merata tempat lak tu ..

      Delete
  8. Pasar kemboja ni dpn rumah tok sy.b4 ni mak sedara sy mmg buat bisnes parking keta dlm laman rumah tok tp skrg x buat dh.mmg sambil lepak bwh rumah tok pun dh bole nmpk org berniaga..tp sy jrg pg psr ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tak ada bisnes ni .. skang orang dah nampak dan boleh jadi pendapatan sampingan mudah untuk penduduk tempatan.

      Delete
  9. Wah bestnya. Sepupu saya pun ada berniaga di pasar kemboja juga. Dan saya pun bercadang nak ke sana bulan depan :)

    ReplyDelete
  10. nak tanya, kalau pg dalam waktu tgahari bnyak lg tak kedai yg bukak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, banyak. Ia sebenarnya bergantung dengan jumlah pengunjung... kalau ramai, kadangkala ada kedai yang buka sampai ke petang .. jam 4 petang pun ada lagi.

      Delete
  11. ada ke no contact org2 yang jual tudung neelofa klu bole yg ok orangnya xmau sombong.. klu sudi bg terima kasih. sebab jauh nk kesana

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement