Ada orang tertanya-tanya, bagaimanakah blogger dapat income dari blog? Bukan seorang dua dah tanya bila saya beritahu bahawa sumber pendapatan saya datang dari blog. Ada yang masih lagi tak faham bagaimana saya menjana income hanya dengan menulis sebuah blog. Ramai yang mahu tahu bagaimana blog boleh jana duit tanpa perlu keluarkan modal.

Jana income dari blog adalah salah satu cara buat duit secara online. Selalunya ia tanpa modal (kalau ada hanyalah modal ilmu), dan anda tidak perlu pun produk sendiri pada kebanyakkan cara.

Blog tumbuh bak cendawan selepas hujan. Walaupun dah banyak blog yang wujud tetapi masih ada blogger terutama blogger baru yang tidak manfaatkan peluang terbuka luas untuk dapat income dari blog. Ada yang masih lagi tidak tahu cara untuk blog jana income harian dan bulanan mereka.

Cara Dapat Income Dari Blog

Cara-cara untuk dapat income pendapatan dari blog
"Abang kerja apa ehh? tanya seorang tetamu yang datang ke rumah.
"Saya seorang blogger, saya tulis blog ...." kata saya.
"Err ... haa saya dengar blog boleh jana income .. betul ke bang?" tanya tetamu itu.
"Betul ... saya kerja sebagai penulis blog, income saya dari blog .. " terang saya.
"Macamana tu bang? Saya tak fahamlah bagaimana menulis blog boleh dapat income ni ... saya tengok ramai je orang dah ada blog sekarang ni .. betul ke boleh buat duit dengan blog ni bang?" bertalu pertanyaan dihambur tetamu yang datang bertandang ke rumah.

Ini bukan pertama kali saya ceritakan bagaimana nak jana pendapatan dari blog. Dah banyak kali saya beritahu, tunjuk cara, bagi tips serta tunjukkan bukti bergambar yang blog memang boleh jana income.

Income dan pendapatan dari blog boleh ada banyak, boleh ada sedikit. Ia bergantung dengan sumber untuk dapatkan income dari blog itu sendiri.

Apa yang seronoknya jana income menerusi blog ini ialah, anda buat sekali, jana income berkali-kali.  Dan semua perlakuan anda jana income ini anda tidak perlu sebarang modal duit pun .. itu yang membuat ramai nak ada blog tu.

Jadi, sekarang anda nak tahu bagaimana cara dapat income dari blog?

Saya senaraikan ... atau download sahaja panduan buat duit dari blog (klik) ini.

Lima Cara Dapat Income Dari Blog

Medium Pengiklanan

Menerusi medium pengiklanan seperti Adsense, Nuffnang, Komli, Advertlets, H12, Mediawhite, Innity, Geniee, SwitchAds, PopAds dan 101 medium pengiklanan untuk blog. Anda daftar dan dapatkan akaun percuma dari syarikat medium pengiklanan online ini. Anda akan terima satu kod, pasang kod HTML tersebut dalam blog. Setiap pageviews terhasil dapat income, setiap iklan diklik dapat income, dan income dibayar samada setiap bulan atau ketika mana anda mahu income itu diperoleh. Ia boleh terus masuk ke akaun bank anda, boleh terima cek, boleh masuk Paypal - ikut medium pengiklanan mana yang anda pilih untuk blog anda.
5 Cara Dapat Income Dari Blog

Program Affiliate

Menerusi program affiliate. Lebih kurang seperti medium pengiklanan, tetapi cara dapat income menerusi program affiliate ini agak berlainan. Anda daftar percuma, dapatkan kod iklan affiliate, letakkan di dalam blog anda. Jika ada orang klik iklan dan buat belian, anda akan dapat komisen daripada pembelian tersebut. Ada banyak program affiliate boleh blogger manfaatkan - Ashadee, Amazon, Klikjer, Jvzoo, Affiliate Kerjaya, Advertorial.MY, Lazada, Zalora, Affiliate Hartanah dan banyak lagi. Komisen yang diberikan juga berpatutan, ada yang berikan 40%, 50% malah ada yang beri komisen 70-90 peratus. Jangan terkejut ada juga program affiliate yang beri keuntungan atau komisen 100%!.
Cara Dapat Income Dari Blog menerusi affiliate

Program Dropship

Menerusi program dropship; yang boleh dianggap adik beradik je dengan affiliate. Anda dapat komisen daripada produk yang dijual, bezanya ialah dropship selalu jual atau promosi produk fizikal. Anda dapatkan pembelian daripada pelanggan menerusi blog anda dengan harga jualan, anda berikan pada pemborong atau pembekal produk dan bayar harga pembekal, beza harga itulah yang menjadi pendapatan anda. Boleh promosikan produk-produk dropship menerusi blog.

[+] Salah satu program dropship terbaik ialah Muslim Niaga Dropship

Cara mudah ialah dengan menulis blog post berkaitan produk tersebut, jika ada minat nak beli, beli daripada anda dengan harga ditawarkan, anda dapatkan bayaran, dan kemudian anda serahkan butiran pelanggan dan bayaran kepada yang tawarkan dropship. Kos penghantaran semua ditanggung oleh dropship tersebut. Tanpa modal!
Cara dapat income dari blog menerusi dropship

Servis Pengiklanan Sendiri

Menerusi pengiklanan sendiri di blog. Bab ni sebelum nak cerita, kena tingkatkan dulu trafik blog sehingga menjadi berbaloi untuk pengiklan nak letak iklan di blog anda. Pengiklan terus hubungi anda, berikan gambar atau banner iklan; dan anda sendiri letakkan di blog anda. Atau anda tawarkan bentuk pengiklanan seperti review, promosi produk, promosi jenama dan sebagainya yang selalu disebut sebagai advertorial.

Pengiklanan Media Sosial

Menerusi pengiklanan media sosial daripada ChurpChurp Malaysia dan 8Share. Setiap klik iklan ini akan jana income untuk diri anda. Boleh gunakan blog untuk tingkatkan income pengiklanan media sosial ini.

Ok. Itulah 5 cara utama seorang blogger boleh menjana income menerusi blog. Setiap satu cara itu ada kelebihan dan kekurangan. Ada yang boleh jana income hebat lebat, ada yang jana income dari blog secara berterusan, ada yang menjana income secara bermusim. Terpulang pada blogger untuk manfaatkan mana salah satu cara tersebut.

[+] Bagaimana nak jana income sampingan menerusi kerja online dari rumah? Dapatkan panduan di sini - Cara Dapat Kerja Sampingan Online Dari Rumah

Oh ya, lagi satu yang ramai blogger dah buat ialah jual produk sendiri. Untung 100%. Anda promosi produk sendiri di blog. Caranya ialah dengan bina sebuah blog berbentuk blog niaga atau blog shop. Tak perlu canggih pun, simple-simple saja dah memadai. Saya ada berikan tips untuk buat sebuah blogspot yang bagus di sini - 20 Ciri Blog Niaga atau Blog Shop yang Bagus

Semoga blog post ini beri pendedahan secara umum bagaimana cara nak dapat income dari blog buat mereka yang masih lagi tertanya-tanya.

Nak tips dan panduan bagaimana nak jana income menerusi kelima-lima sumber tersebut, godek-godeklah blog saya ini, in Sha Allah, anda akan jumpa.


46 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalammualaikum.... bro HH,

    info nie yang mselim3 cari2 selama nie... thanks of lot..

    mselim3

    pls; good info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih .. moga dapat dikongsikan dengan rakan-rakan lain.

      Delete
    2. Insaallah .. terima kasih bro...

      mselim3

      Delete
    3. Macam mana nk mula?? Blog pun saya xda... tolong guide saya..

      Delete
  2. setia dengan nuffnang je sekarang, churp2 dah lama x gerak, 8 share pun sama. h12 media dah x letak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) alhamdulillah, churpchurp dan 8share saya masih lagi ada income masuk, h12 dah tak ada, tapi income ada masyuk .. hehehe

      Delete
  3. Kenapa dah tak letak H12 bro...cuba cerita sikit...bukan baru2 ni cerita kata H12 lg best ke impak dia dari medium lain hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ia ganggu komisen affiliate saya ... bila letak h12 ... affiliate tak detect cookies sbb ada iklan h12 yang keluar secara pop up ...jadi saya buang. banyak rugi ooo .. siap dapat email dari affiliate minta saya tgk koding ...

      Delete
  4. Oh my...baru saya tahu...sebab sebelum ini HH ada cerita best H12 tu...so saya join...tp until now H12 lom approve website saya so cm ne nak letak iklan dia...huwaaaa...xperlah dah HH ckp cm tu saya abaikan jelah...so nak try 8share...hehhe suka rujuk blog bro...byk faedah heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. h12 ni best kalau blog trafik tinggi dan nak lagi best jika ada blog english .. memang masyuk sakan la ... saya manage dapat seorang blogger oversea join h12 ni .. jadi ada income bila dia cash out .. dapat tempias percent .. hoho

      Delete
  5. Hebat bro....ish2 patutlah H12 tak approve...blog julia blog suam kuku pun xd hahahhahhaa...adeh...susah gak ni..takpe la bro...tahniah sbb pandai guide sorang blogger tu...

    ReplyDelete
  6. Thanks for the tips bro HH. Baru nak berjinak² dgn program affiliate.

    ReplyDelete
  7. kalau nak letak pengiklanan, paling kurang kena ada berapa jumlah pelawat setiap hari?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung dengan pengiklan tersebut, adakala trafik sdikit tetapi sebb golongan pembaca itu ramai dari golobngan yang dia nak .. dia mungkin akan mengiklan. Yang jadi persoalan ialah rate atau kadar.

      Delete
  8. ya. ada 1001 macam cara nak buat duit dari blog.

    dari kita aje.

    ReplyDelete
  9. subahanalah..kan dah saya kata HH ni otai blog serba banyak ilmu. Ni lah juga yang etuza nak tahu bagaimana jana duit dengan blog. Tapi rasa ada ja rasa bimbang. tqvm info ni ya..

    ReplyDelete
  10. Banyak boleh belajar dari sifu HH tentang blog ni.

    ReplyDelete
  11. moga makin sukses hendaknya ye :D

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah setakat ini..saya dah perolehi sedikit pendapatan dari google adsense adalah sikit..tahun ni dalam USD300

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu permulaan yang baik daripada tidak dapat apa2 pulangan, ye tak?

      Delete
  13. Trafik memainkan peranan penting dalam menjana pendapatan. Seperti laman saya yang masih kesunyian, sudah pasti tiada pendapatan boleh diperolehi. Terima kasih kerana berkongsi ye bro HH. Moga sukses terus.

    ReplyDelete
  14. Deno just letak iklan Nuff... Then servis design.. huhiiiiii^^

    ReplyDelete
  15. betul. Memang tidak dinafikan. Tapi sejak kebelakangan ini banyak blog yang kena blocked adsense, termasuk blog ini dan blog saya yang lain.

    ReplyDelete
  16. thx for share.. tp iklan adsense mcm prob jer coz, sy bila kt lptop sy, iklan tuh sy xnmpk.. bile lptop mber ade plak.. hmm

    ReplyDelete
  17. boleh tunjuk ajar cara untuk dapatkan income dari blog...

    ReplyDelete
  18. Terima kasih tuan,
    info yg sgt bagus.
    pada masa skrg terdapat pelbagai cara utk menjana pendapatan. Samada secara online atau offline apa yg penting adalah ilmu. Olmu yg dikongsikan tuan sgt berguna utk usahawan2. Terima kSib sekali lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih izwan. Saya bukanlah seorang usahawan berjaya tetapi saya tahu ramai yang mahu jadi usahawan berjaya. Ilmu yang ada ini untuk mereka yang hargai ilmu dan mahu praktikkan. Terima kasih sekali lagi.

      Delete
  19. Bgus entri ni.,...hehe ..blogwalking.. happy blogging

    ReplyDelete
  20. terima kasih.info yang sangat berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi membaca dari awal sehingga habis.

      Delete
  21. Assalam.. bang, saya nak tau.. lps kita daftar & set iklan kat blog kita.. duit/komisyen tu akan masuk kat mane? kene daftar google wallet dulu eh baru duit tu msk? atau kene send alamat kat dia? mohon pencerahan.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu daftar Google Wallet .. affiliate, dropship mahupun iklan seperti Adsense tidak perlu daftar tu ... jika dah bagi no akaun bank, ia akan masuk ke akaun bank kita.

      Delete
  22. salam bro hh..sy dah buat blog dgn nuffnang..jadi sy xtahu mcm mna lepas itu perlu sy buat..
    cara nk masuk kan no. acc dll. ..boleh tolong x bro hh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam NUFFNANG tu ada cerita macamna nak letakkan iklan mereka di dalam blog. Hanya pilih paltform blog anda, dan ikut arahan diberikan dalam Nuffnang.

      Delete
  23. Assalam..bro...sy nk tanye..sy pnye nuffnang dh tak gliratti la..duit ay xbertambah pon..last dpt november 2014...huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila duit income menerusi Nuffnang tak bertambah agak lama, semak semula strategi letak banner iklan.

      Atau ...

      Tukar je ke platform lain yang lebih menguntungkan.

      Delete
  24. blog abg HH always the best ! thanks for the info

    ReplyDelete
  25. terima kasih encik.
    saya baru nak try wat.. maksudnya disini..cara2 untuk wat duet dengan blog.
    1) wat blog
    2) wat adsende
    3) wat paypal..
    then follow jela..kan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm tu cara biasa .. ada banyak lagi sumber income yang boleh diperoleh menerusi blog

      Delete
  26. Replies
    1. Sama-sama .. moga dimanfaatkan. Banyak sebenarnya cara nak jana income dari blog ni.

      Delete
  27. Perkongsian bermanfaat...saya dh lama blogging tp masih tak ada income. hairan juga orang boleh jana pendapatan sbg fulltime blogger. Pernah cuba tp sebab blog saya pun malu-malu alah, jadi trafik pun slow. Jadi, masih belum berjaya la ni =(

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement