Daftar online untuk dapatkan rumah idaman rakyat khas buat pembeli rumah pertama, golongan OKU dan juga ibu tunggal. Kepada pengunjung dan pembaca, ada tawaran cukup menarik daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Tawaran untuk anda mendapatkan rumah idaman anda sendiri dengan pembiayaan yang menarik daripada SPNB.

Program ini juga merupakan salah satu cabang daripada Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia, tetapi ditujukan kepada mereka yang kemungkinan tidak mempunyai tanah sendiri seperti dalam syarat pembinaan dan pembiayaan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia.

Daftar Online Rumah Idaman Rakyat

Pihak SPNB dalam membantu rakyat negara ini, membuka peluang untuk golongan pembeli rumah pertama, golongan OKU dan juga ibu tunggal menerusi skim Rumah Idaman Rakyat. Skim ini menawarkan pembelian rumah seperti berikut:
Daftar Rumah Idaman Rakyat Untuk OKU, Ibu Tunggal dan Pembeli Rumah Pertama
  • Harga jualan rumah bermula dari RM70,000 sehingga RM250,000. Manakala untuk pembelian unit rumah kedai mestilah tidak melebihi daripada harga RM1,000,000.
  • Konsep pembangunan pula untuk kawasan pemilikan rumah mestilah bercampur.
  • Jenis rumah pula:
    • Banglo sesebuah
    • Rumah berkembar
    • Rumah teres
    • Appartment (minima 5 tingkat)
    • Unit kedai
Untuk memohon, tentulah ada syarat yang telah ditetapkan. Untuk itu, mereka yang ingin memohon perlu memastikan dahulu syarat asas berikut dipenuhi sebelum membuat sebarang permohonan yang boleh dilakukan secara online.

Rumah Idaman Rakyat SPNB untuk OKU, Ibu Tunggal dan Pembeli Rumah Pertama

Syarat tersebut ialah setiap pemohon mestilah daripada mereka, terutama golongan pembeli rumah pertama, OKU dan ibu tunggal yang mempunyai pendapatan individu tidak lebih daripada RM7,500 sebulan, atau seisi keluarga yang tidak lebih daripada RM10,000 sebulan. Permohonan perlu dibuat oleh individu yang berumur 21 tahun ke atas.

Ok, kepada yang dah tepati syarat, bolehlah daftar untuk mendapatkan Rumah Idaman Rakyat menerusi borang online yang telah disediakan seperti di bawah ini:

Borang online pendaftaran Rumah Idaman Rakyat SPNB

Borang online pendaftaran Rumah Idaman Rakyat SPNB
Anda perlu lengkapkan semua butiran yang disediakan. Untuk bahagian projek perumahan, nyatakan negeri yang anda mahu dapatkan rumah idaman anda, dan pilih projek yang ada. Jika tiada dalam senarai, pilih sahaja akan datang, nanti pihak SPNB akan hubungi anda seandainya ada projek baru yang dibangunkan khas untuk Rumah Idaman Rakyat ini.

Setelah mengisi borang dengan lengkap, pihak SPNB akan proses dan melihat kriteria yang diberikan. Kemudian, seandainya ada projek-projek SPNB berkaitan rumah idaman yang dibuka untuk tempahan dan jualan, pihak SPNB akan hubungi untuk urusan seterusnya.

Saya nasihatkan anda supaya sebelum bersetuju dengan mana-mana tawaran yang diberikan, lihat dahulu projek-projek yang dinyatakan. Penting supaya anda dapat memiliki rumah yang berbaloi dengan nilai, dan mengelakkan anda merasa kerugian setelah membeli.

Untuk mengisi borang online daftar Rumah Idaman Rakyat untuk OKU, Ibu Tunggal dan pembeli rumah pertama, anda boleh terus ke pautan ini - http://58.26.15.107/rmm/Borang.asp

Selesai isi, jangan lupa tekan butang hantar yang terdapat di akhir borang online tersebut. Untuk OKU, pastikan anda isi nombor pendaftaran OKU (Orang Kelebihan Upaya) yang disediakan dalam borang online pendaftaran rumah idaman rakyat SPNB ini.

Semoga berjaya dan dapat dimanfaatkan dengan baik.

Kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain khusus untuk 3 golongan yang saya sebutkan tadi.


5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih atas info, daftar dah semoga ada rezeki dan pahala utk HH yg memberi maklumat

    ReplyDelete
  2. thx for info abg hasrul ! alhamdulillah.....

    ReplyDelete
  3. Askum en hasrul.suami sya sorg oku namun sya mempunyai sebidang tanah di kampung.adakah ada sebarang bantuan perumahan utk oku utk dibina di tanah di kampung?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement