Bahaya menjawat jawatan Penguasa Kastam ni. Ia merupakan kerjaya sektor awam yang melibatkan penguatkuasaan, jadi cabarannya lebih nak dibandingkan dengan kerja sektor awam yang lain. Saya terbaca di dalam Berita Harian online, ada dua ancaman besar apabila seseorang menjawat jawatan Penguasa Kastam ini.

Dua ancaman besar jadi Penguasa Kastam ialah menerusi ancaman ekonomi dan juga jenayah.

Memang beranilah mereka yang telah kemuka permohonan untuk menjadi Penguasa Kastam ni. Saya tabiklah pada mereka, yang telah menjadi sebahagian daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Nyawa mereka sentiasa berada di dalam bahaya, kena berhadapan dengan penyeludup yang memang sah nyata ancaman. Belum lagi lihat pada ancaman yang susah nak nampak seperti ancaman daripada tauke-tauke besar yang nak elak bayar cukai barang dan perniagaan. Guna Tonto dan pembunuh upahan lagi.
Ancaman Jawat Jawatan Penguasa Kastam Diraja Malaysia

Dua Ancaman Besar Jadi Penguasa Kastam

Masih ingat lagi kes Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, pada tahun 2013? Haa .. tu peringkat tertinggi tu ... bukan orang bawahan yang sering sekali berada di 'perbatasan'.

Tahun ini khabarnya ramai yang ingin menyertai Jabatan Kastam Diraja Malaysia, malah pengambilannya dikhabarkan berkali-kali ganda dengan sebelum ini. Pengambilan baru yang banyak di dalam JKDM dikaitkan juga dengan perlaksanaan GST yang membabitkan pelbagai barangan produk pengguna.

Tambah pula dengan bahana penyeludupan dadah dan barangan lain samada secara terus atau menjadikan Malaysia sebagai tempat transit. Penjenayah dadah dan penyeludup sekarang lebih agresif dan berani. Mereka ini sanggup lakukan apa sahaja termasuklah mengancam nyawa penguatkuasa seperti Kastam Diraja Malaysia.

Ada juga cerita tidak berapa best mengenai Penguasa Kastam ni. Yang sering saya dengar ialah gejala rasuah yang banyak berlaku di kalangan anggota penguatkuasa. Malah, telah ada beberapa kes yang telah dihadapkan ke mahkamah. Lagi satu ancaman besar untuk menjadi seorang Penguasa Kastam ...iaitu takut menjadi mangsa dan terjerumus dalam gejala rasuah.

Gaji Minimum dan Maksimum Penguasa Kastam

Gaji minimum dan maksimum Penguasa Kastam gred W41

Walaupun ada cakap-cakap, dengar-dengar benda tak elok kaitan rasuah dengan Penguasa Kastam, saya pasti kerajaan telah ambil langkah terbaik memastikan gejala ini dibanteras. Ini termasuklah kempen-kempen mengenai bahaya rasuah selain menaikkan motivasi kesedaran kepada anggota Kastam supaya memerangi dan elakkan diri dari gejala tidak sihat ini.

Gaji seorang Penguasa Kastam gred W41 boleh tahan juga. Dan dengar cerita gaji dalam kumpulan pengurusan dan profesional Kastam akan juga dinaikkan disebabkan oleh beban kerja yang semakin bertambah. Mungkin ini antara salah satu sebab dari yang telah saya beritahu yang mengapa makin ramai mahu menjadi seorang Penguasa Kastam.

Anda yang baca post ini, adakah anda atau rakan anda ada mohon perjawatan ini?


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sekarang bukan senang nak kerja gomen,banyak benor prosedur yg patut dilalui

    BalasPadam
  2. Banyak betul ancaman Penguasa Kastam ni, kepada calon exam Penguasa Kastam W41 September ini, lakukan pilihan yang betul. Kalau berjaya tahniah laaa

    Semoga berjaya calon Penguasa Kastam W41

    BalasPadam
    Balasan
    1. kuat kan semangat anda ..jangan takut kepada ancaman. malaysia boleh malaysia tiger boleh.

      Padam
    2. kita raykat malaysia kena amat berbanga kerana kita hidup dengan aman dan sentosa. saya banga menjadi rakyat malaysia.

      terima kasih
      malaysia

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement