“Namakan pula nama anak perempuan Rasulullah!” Bunyi soalan kedua. Lantas terngiang-ngiang nasyid kanak-kanak mengenai nama-nama puteri Baginda. Ada yang menjawab ala-ala nyanyian nasyid tersebut. Sungguh menggirangkan.
Namun jika soalan yang sama diajukan ketika ini kepada kita - seorang dewasa Muslim yang membaca artikel mengenai puteri-puteri Rasulullah S.A.W; adakah kita mampu menjawab sepantas dahulu ketika di sekolah? Bagaimana pula dengan soalan kedua mengenai nama-nama mereka? Sejauh mana keyakinan dengan jawapan yang diberikan? Muktamad?
Tahniah kepada yang berjaya. Malu pada yang tidak. Apakah tanda, apakah maknanya? Benar kasih dan cintakan Rasul sekiranya soalan mudah sebegitupun masih ragu-ragu untuk dijawab?
Tenanglah. Tiada istilah terlambat untuk belajar. Semuanya terpulang samada mahu ataupun tidak.
Puteri-Puteri Rasulullah S.A.W
Menurut Rusydi Ramli Al-Jauhari melalui bingkisan beliau bertajuk Biografi Agung Rasulullah S.A.W, Rasulullah dikurniakan tujuh cahaya mata, empat perempuan dan tiga lelaki. Atas kuasa Allah yang Maha Pengasih, kesemua anak lelaki Baginda meninggal dunia semasa kecil lagi.Walaubagaimanapun Allah telah mengizinkan empat puteri Baginda berkembang mekar menjadi mawar agama yang indah bernama Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalsom dan Fatimah. Ya. Empat nama ini merupakan nama puteri Rasul junjungan mulia. Berbanggalah sesiapa yang berkongsi nama serupa.
Zainab
Zainab adalah anak hasil perkahwinan dengan Khadijah R.A. Lahir ketika Rasulullah S.A.W berusia 30 tahun, Zainab merupakan anak perempuan yang paling tua. Beliau memeluk Islam sejurus detik kerasulan bapanya walaupun suaminya, Abi Al-Ash bin Al-Rabi’ belum memeluk Islam. Beliau berpisah dengan suaminya selama enam tahun sebelum dinikahkan semula setelah suaminya menerima Islam. Zainab wafat pada tahun keislaman suaminya.Ruqayyah
Ruqayyah, wanita tabah bersuamikan Atbah bin Abi Lahab diceraikan dalam keadaan suci tanpa disetubuhi kerana turun ayat Allah S.W.T dalam Surah Al-Masad yang berbunyi, “Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.” Atas dasar kebencian yang menggunung oleh bapa mertuanya Abu Lahab, Atbah dipaksa untuk menceraikan Ruqayyah dengan tragis. Ruqayyah kemudiannya berkahwin dengan pemuda idaman Uthman bin Affan.Ummu Kalsom
Ummu Kalsom sedikit sebanyak merasai pengalaman yang sama seperti kakaknya Ruqayyah. Beliau juga pernah berbapa mertuakan Abu Lahab, diceraikan dalam keadaan yang sama, berlandaskan ayat Al-Qur’an yang sama dan akhirnya bersuamikan orang yang sama iaitu Uthman bin Affan setelah kematian Ruqayyah.Fatimah Al-Zahra
Fatimah Al-Zahra pula lahir ketika masing-masing sedang sibuk membina semula Kaabah. Beliau berkahwin dengan Sayidina Ali dan wafat dua bulan setelah kewafatan Rasulullah S.A.W. Hati Fatimah pernah hancur apabila melihat bapanya yang sedang sujud dilemparkan kotoran jijik. Beliaulah yang membersihkannya sambil melaknat si pelaku yang tidak berhati perut.Empat srikandi bertuah kesayangan Rasulullah S.A.W ini masing-masing memiliki peristiwa hidup istimewa di sepanjang dakwah Baginda. Air mata yang tidak tertanggung lagi, perasaan yang sering diusik, semangat teguh berpaksikan cinta kepada Allah dan Rasul, segalanya tulus ditujukan walaupun sering diuji oleh mereka yang kejam melukai bapa mereka yang mulia.
Izin Allah S.W.T, mereka telah dikurniakan zuriat keturunan yang masih kekal sehingga ke hari ini. Suatu legasi Rasul mulia yang suatu ketika dahulu pernah menjadi bahan ejekan kononya telah terputus waris, kini gah ke sana ke mari menghidupkan sunnah dan ajaran Baginda. Benar, seorang wanita itu mampu melahirkan satu ummah. Seorang wanita itu juga berperanan besar dalam membentuk pemimpin masa hadapan ummah.
Akademi iMuslim Malaysia, sebuah badan Pendidikan Islam tempatan yang berpusat di Shah Alam, Selangor mengambil peluang ini untuk menyediakan ruang bagi pencari ilmu khususnya para wanita dengan menganjurkan konvensyen Islamik tahunan yang dinamakan ‘The Bidadari’.
Bertemakan ‘Srikandi Mulia di Sisi Rasulullah S.A.W’, Konvensyen ini diharap agar dapat mencetus inspirasi untuk membentuk jati diri yang kukuh di kalangan para Muslimah dalam memainkan peranan sebagai pembentuk ummah sejagat. Segalanya akan dikupas oleh beberapa tokoh wanita unggul serta pencetus inspirasi yang bakal menjentik minda melalui perkongsian pengalaman menuju Allah, berkisarkan kisah tauladan daripada para isteri dan puteri Rasulullah SAW serta para sahabat.
Perhimpunan Wanita Terbaik Seluruh Asia
Sepanjang tiga tahun lalu, Konvensyen ini telah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai satu program yang signifikan dan kini diiktiraf sebagai perhimpunan wanita terbaik di seluruh Asia. Buat kali ketiga di Malaysia, Konvensyen ‘The Bidadari’ bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 dan 31 Ogos 2014.Konvensyen ini akan turut diserikan dengan ‘School of Sahabah’, sebuah pengisian mantap oleh barisan ilmuwan tempatan dan antarabangsa. Temui Prof. Dr. Muhaya, Ustazah Fatimah Syarha dan ramai lagi berserta duta ‘The Bidadari’ seperti Mizz Nina, Natasha Hudson dan Ummi Nazeera.
Aktiviti menarik untuk kanak-kanak, gerai jualan dan kemudahan untuk para ibu yang menyusukan turut disediakan.
Barisan Penceramah The Bidadari 2014
Baru-baru ini saya telah adakan satu kuzi kontest ringkas untuk berikan 2 tiket percuma, wang tunai RM100 dan juga sepasanga telekung sulam Vietnam, tetapi nampaknya tiada siapa yang berminat untuk dapatkannya. :)
Mungkin ramai mahu hadir ke Konvensyen The Bidadari dengan usaha dan tiket bayar sendiri. Untuk itu, anda boleh dapatkan tiket ke konvensyen ini dengan dapatkan info menerusi Facebook The Bidadari di sini - https://www.facebook.com/konvensyenbidadari
Jumpa anda di sana .. in Sha Allah.
bagus ni..ulang kaji balik..lau tak ingat2 lupa je..wanita yang patut dijadikan contoh
ReplyDeleteBaik isteri, anak dara, ibu tunggal mahupun lelaki kacak macam saya perlu tahu ni.
Deletedulu masa sekolah nyanyi nasyidla menginatkan kita dengan kisah nabi , berapa nabi kita ada..seronok sangat
ReplyDeleteCara teknik terbaik untuk ingatdan hafal sesuatu.
Deleteseronok sy baca pengenalan tentang puteri2 Rasullullah
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.