Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser. Siapa pernah menginap kat sini? Rumah peranginan milik kerajaan ini cuma ada dua buah banglo sahaja untuk kakitangan awam bawahan macam ieteri saya, ada yang lain tapi itu untuk pangkat-pangkat lagi besar, kira bos bos la .... tak silap saya, kategori Jusa kot.

Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser ni memang best. Ada dua buah banglo yang ada enam bilik berasingan. Kalau diomputihkan, kira macam mansion la jugak. Serba lengkap, luas, selesa dan mendamaikan di waktu pagi .... memalam, erkkkk ada sedikit seram ... haha.

Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Bukit Fraser, Pahang

Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser Pahang
Saya dan famili dah dua kali setakat ini menginap di Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser (RPP) ini. Kali pertama, hanya menyewa bilik, dan kali kedua dapat peluang dan kesempatan menyewa satu banglo untuk hari keluarga sebelah isteri. Semua boleh sumbat ... malah banyak ruang lagi kalau nak isi sekampung .. hahaha...
Banglo Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser
Banglo Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser
Masa pergi menginap kali kedua, sewa satu banglo hanyalah RM200 untuk sehari semalam. Adik-beradik sebelah isteri semua ada enam orang termasuk pasangan dan anak-anak semua dapat melepak dan bersenang lenang dengan selesa sekali. Memang puas hatilah dengan bayar RM200 boleh dapat tempat penginapan selesa, lengkap kemudahan dan luas.

Setiap bilik dalam banglo ada bilik air sendiri, dan ada ruang rehat sendiri - lengkap dengan TV, Astro, peti ais mini serta sofa. Kira dalam bilik yang ada katil besar tu, boleh muat dua keluarga. Serius besar gedabak.

Kadar Sewa RPP Bukit Fraser

Ok, di atas tu adalah kadar sewa yang dikenakan untuk kakitangan kerajaan yang booking tempat ni. Murah kan?

Bilik besar tu ada dua katil besar king size. Bilik kecil samada ada satu katil besar king size atau dua katil single. Tang mana pun, ia tetap selesa sebab setiap bilik lengkap dan luas.
Bilik Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser
Setiap banglo ada ruang tamu sendiri, lengkap dengan set TV dan sofa. Lepas tu ada dapur, lengkap dengan tempat memasak, dapur basah, dapur kering, peti ais dua pintu, pinggan mangkuk dan cerek eletrik. Jadi memang boleh main masak-masak sekeluargalah.

Ada dua ruang makan, satu bersebelah dapur yang ada meja muat untuk 12 orang. Lepas tu ada ruang makan berhampiran dengan ruang tamu.
Ruang dapur Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser
Ruang dalaman Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser
Benda-benda lain ... hmmm setiap bilik ada shower air panas, ada kemudahan Wifi .... ada tempat letak kereta berbumbung ... hoho ... rak kasut khusus pun ada weihhh ....

Punyalah luas, jika malam-malam nak turun sendirian ke dapur pun jadi takut .. hoho ....

Persekitaran RPP Bukit Fraser

Persekitaran luar pun bersih dan nyaman, in Sha Allah, saya akan kongsikan lebih banyak gambar untuk tatapan anda di entri lain.

Nak tahu lokasi?

Peta Lokasi RPP Bukit Fraser

Peta lokasi Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser
Agak jauh daripada 'tamadun' sedikit, jauh ke puncak, jalan ke RPP Bukit Fraser ni memang agak seram sikit. Kalau nak naik dan sampai ke banglo, memang tak turun dah ... kecuali dah terdesak sangat. Awal-awal malam ok lagi, dah lebih jam 10 malam tu .. uishhh .... baik berselimut je dalam bilik .. hehehe...

Susah nak tempah RPP Bukit Fraser ni, sering je penuh, macam juga RPP Pulau Langkawi yang pernah saya ceritakan sebelum ini.

Tapi, kalau ada peluang, ada rakan-rakan, ada sedara mara kerja kerajaan, cubalah nasib tempah penginapan di sini menerusi BPH, Jabatan Perdana Menteri.



Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement