Saya telah berkesempatan berada di dalam bengkel yang menampilkan speaker yang tidak asing lagi iaitu ketua editor majalah Solusi - Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Memang best. Jika anda mahu dapatkan buku-buku terbaik mengenai permasalahan masakini dan juga pendidikan anak-anak, ikuti penulisan beliau yang banyak di dalam majalah Solusi.
4 Tips Didik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W (1)
Banyak perkara yang ingin saya kongsikan mengenai tips didik anak mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W ini, tetapi secara asasnya ada 4 tips berkaitan pendidikan anak-anak mengikut cara Rasulullah S.A.W ini.Didikan Anak Dari 0-6 Tahun
Inilah masa emas dalam perkembangan dan pembesaran anak-anak kita. Mengikut kajian usia 5 tahun pertama adalah usia keemasan buat anak-anak. Ia merupakan masa gemilang untuk anak-anak mengetahui dan belajar mengenai pelbagai perkara asas - ruang intelektual, emosi, spiritual dan juga tingkah laku motor anak.Para penyelidik menyimpulkan 50 peratus pembentukan kecerdasan individu berlaku ketika berusia 1-4 tahun. Anak-anak ketika ini sangat penting diberikan perhatian sepenuhnya. Jangan sesekali lepaskan tumbuhbesaran anak-anak ketika ini pada orang lain, apatah lagi kepada pengasuh yang kita tidak tahu selok belok perangai sebenar dan tingkahnya.
Jika terpaksa, seharusnya sebagai ibu bapa pilih keluarga atau pengasuh yang mempunyai latar belakang yang baik terutama dari segi latar belakang agama. Tidak perlu mereka ada ijazah, cukuplah memilih pengasuh yang menjaga sholat, aurat dan berkata lemah lembut.
Tips Rasulullah Didik Anak Usia Bawah 6 Tahun
Usia anak ketika 0-6 tahun tidak seharusnya dimarahi apatah lagi memberikan hukuman seperti merotan atau mencubit, tetapi lebih kepada nasihat dan kata-kata positif. Pada masa ini, Rasulullah S.A.W menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas dan tidak membeza-bezakan.Waktu usia ini, anak-anak perlu rasa dipunyai dan rasa dihargai. Kita perlu menjadi sebahagian dari dunia mereka. Ibu bapa perlu ada di saat mereka ketawa dan menangis. Ibu bapa perlu menjadi hero dan teladan yang baik. Ibu bapa perlu akrab dan menjadi teman sepermainan.
Ketika usia ini juga, ibu bapa mestilah berada pertama di depan mata mereka ketika celik dari tidur, dan menjadi orang terakhir dilihat di depan mata ketika mata mahu tidur. Belai, usap dan berikan kata-kata indah dan terbaik pada anak-anak ini ketika lena, walaupun hakikatnya mereka tidak faham apa yang anda perkatakan.
In Sha Allah, anak-anak akan menjadi dan membesar dengan segala kebaikan dan redha Allah Taala.
Hmm .. nampaknya dah tersangat panjang saya bercerita mengenai tips didik anak mengikut sunnah ini. Saya fikir .. saya akan sambung di bahagian kedua nanti, in Sha Allah. Teruskan membaca blog ini dan manfaatkan kebaikan yang ada.
thanks kerana berkongsi
ReplyDeleteBila saya baca entri bro ni,terasa juga saya nak khawin,dan ada anaka sendiri untuk di didik,tapi apakan daya belum ada jodoh ~bloggerbooom~
ReplyDeleteCarilah jodoh. Nabi Adam pun pergi mencari Hawa bila diturunkan ke dunia.
DeleteAlhamdulillah...perkongsian yang berguna
ReplyDeletepanduan yang sangat bermanfaat. terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteAlhamdulillah mendidik anak adalah satu kebahagiaan apatah lagi jika hasilnya semakin hari semakin membuahkan hasil
ReplyDeleteSatu ilmu kemahiran ibubapa yang baik.Anak2x kawan semua dibawah 6 tahun lagi.Tp tuan kadang2x kita terpaksa melakukan mcm rotan atau terpaksa marah.Walau apapun saya akan terangkan pada mereka terlebih dahulu apa yang telah mereka lakukan.:)
ReplyDeleteAnak-anak yang boleh dirotan adalah anak-anak yang berumur lebih dari 6 tahun ... :)
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.