Kali ini, saya ingin kongsikan tips didik anak mengikut acuan yang telah Nabi Muhammad S.A.W ajar dan tunjuk kepada kita, khas untuk anak-anak yang sedang membesar dalam umur antara 7 hingga 21 tahun.
4 Tips Didik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W (2)
Secara umumnya pendidikan anak-anak ada 4 peringkat utama:- Anak bawah umur 6 tahun.
- Anak antara umur 7 - 14 tahun.
- Anak antara umur 15 hingga 21 tahun.
- Anak umur lebih 21 tahun.
Tips Didik Anak Umur 7 Hingga 14 Tahun
Peringkat umur seterusnya ialah umur 7 hingga 14 tahun. Umur anak pada waktu ini ialah umur di mana tingkah-laku serta emosi mula berkembang dengan daya sendiri.Nabi Muhammad S.A.W telah menggariskan panduan bahawa tahap umur sebegini, anak-anak perlu dididik dengan nilai disiplin dan rasa tanggungjawab. Ini adalah kerana anak-anak sudah mula boleh membuat penilaian dan keputusan. Anak-anak tidak lagi sekadar lihat apa yang kita buat, tetapi akan melakukan perkara yang dirasakan oleh mereka betul, walhal ia adalah salah pada pendapat kita.
Dalam hadis riwayat Abu Daud, yang bermaksud:
"Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan)."(H.R Abu Daud)
Pukul itu pula bukanlah bertujuan untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menimbulkan sedikit rasa gerun dalam diri mereka. Ia juga bertujuan untuk menyemai rasa tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah.
Semasa saya hadiri program School of Sahabah The Bidadari 2014, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ada beritahu - "Sediakan rumah dengan 2 rotan, satu untuk anak dan satu untuk isteri. Jika tak ada rotan, sediakan tongkat, dan letak di tempat yang semua isi rumah boleh nampak dan lihat, terbaik letak di ruang tamu".
Saya juga pernah lihat rakan saya seorang wartawan Utusan, meletakkan dua rotan di ruang tamu rumahnya, satu rotan kecil, satu rotan besar. Dan alhamdulillah, keluarga ini adalah keluarga contoh muslim yang terbaik dalam kalangan kenalan dan rakan sekolah saya pernah saya kenali.
Namun, rotan dan memukul dalam Islam ada batasnya. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah S.W.T mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Cara didik ini penting supaya anak-anak tahu perkara apakah yang paling penting dalam hidup - agama dan perintah Allah S.W.T.
Tips Didik Anak Umur Belasan Tahun
Fasa ketiga dalam tips didikan anak mengikut sunnah Rasulullah S.A.W ialah peringkat umur remaja dan meningkat dewasa. Fasa ini, anak-anak suka menunjukkan rasa dan sikap, di jiwa ada sikap memberontak dan merupakan tahap di mana-mana anak-anak ingin mencuba sesuatu.Pada peringkat ini, ibu bapa kena jadi kawan dan bersahabat dengan anak-anak. Dekati mereka dengan lebih banyak berborak dan berbicara soal kehidupan. Ceritakan apa yang pernah anda lalui dalam hidup.
Fasa ini juga adalah fasa di mana anak perempuan mula mengenal tentang haid. Jadi para ibu bapa kena bantu supaya anak-anak gadis pada ketika ini tidak keliru dan berikan sokongan untuk faham apa yang berlaku pada diri mereka sebagai seorang wanita.
Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama di hadapan adik-beradik yang lain, tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.
Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah mencari keseronokan memandangkan semua kebahagiaan dan keseronokan ada di rumah bersama keluarga.
Ingatlah cara didik anak perlu betul, jangan sampai mereka buang anda kerana kesilapan anda sewaktu mereka mahu kenali dunia! Ikuti video di bawah ini supaya kita semua tahu pentingnya didik anak ikut cara Nabi Muhammad S.A.W.
Cara Didik Anak Mengikut Rasulullah S.A.W
Alhamdulillah, semoga entri ini boleh dimanfaatkan oleh para ibu bapa, sepertimana saya telah dapat ilmunya semasa hadir ke Konvensyen The Bidadari 2014 tempoh hari.
Kongsikan dengan rakan anda yang ada anak-anak sedang membesar, sedikit sebanyak ilmu yang ada dapat bercambah dengan baik, dan memperbetulkan institusi kekeluargaan di Malaysia yang semakin hari semakin parah dengan pelbagai gelaja yang tidak elok.
perkongsian yang sangat bagus
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan. memang betul sebagai ibu bapa kadang kala terlupa menunjukkan contoh yang baik kepada mereka
ReplyDeletehttp://www.lovehutladyvitamin.com
Didikan asas bermula dari rumah ...dan sebaik2 umur adalah semasa mereka berumur bwh 10 tahun...didiklah anakmu kerana dia adalah saham kita diakhirat kelak...InsyaAllah..
ReplyDeleteTerima kasih HH, panduan yang baik untuk ibu bapa.
ReplyDeletehttp://madey09.blogspot.com/2014/09/hasrulhasan-sekali-lagi-masuk-blog-etuza.html syukran ilmu ni ..datang tau ke blog Etuza. terima kasih ilmu dalam blog Hasrul ya.Terharu ada peningkatan Etuza berbelog, namun kena up lagi banyak yg etuza kena belajar..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian yang berguna ini bro HH
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.