Cara buat blog sendiri. Masih ramai yang email saya tanya cara-cara buat blog sendiri. Bukan semua orang tahu buat blog sendiri. Jadi, kesempatan yang ada, saya akan beritahu langkah demi langkah cara nak buat blog sendiri. Cara buat blog yang akan saya kongsikan ialah cara buat blog sendiri menerusi blogspot.com. Ia platform berblogging percuma, dan ia ada banyak kelebihan tersendiri, khusus untuk mereka yang baru nak menceburi dunia blog Malaysia.

Buat blog menerusi platform blogspot adalah percuma, tetapi anda haruslah mempunyai akaun dengan Google. Ini adalah kerana blogspot atau blogger.com adalah sebahagian daripada Google. Cara terbaik untuk dapatkan akuan percuma blogspot (blogger.com) ialah dengan daftar percuma sebuah akaun Gmail (email). Anda boleh juga daftar guna alamat email lain seperti Yahoo dan sebagainya, tetapi anda akan kehilangan kelebihan yang diberikan untuk seorang pemilik akaun Google.

Langkah Demi Langkah Cara Buat Blog Sendiri

Cara Buat Blog Sendiri Blogspot

Jika anda belum ada akaun Gmail, sila daftar di pautan ini - Daftar Percuma Akaun Gmail

Ok. Apabila anda sudah ada akaun Gmail, mari teruskan dengan langkah seterusnya untuk anda buat blog sendiri menerusi platform blogspot.com.

  • Pertama sekali anda perlu login ke akaun Blogger.com (klik).
  • Apabila login anda berjaya, anda akan dibawa ke paparan berikut:
Cara buat blog menerusi blogspot
  • Jika anda tidak mempunyai sebarang blog menerusi akaun Google anda, tiada sebarang senarai blog dikeluarkan. Anda akan membaca paparan seperti di atas di mana keluar "Create your blog now". Kemudian, klik butang New Blog yang terletak di bahagian tepi.
  • Paparan seperti ditunjukkan di bawah akan muncul. Masukkan butiran yang dikehendaki, iaitu tajuk (title) dan URL (alamat http/Address) blog anda. Tips - Buat tajuk blog yang mudah nak ingat, sama juga dengan URL blog. Elakkan tajuk dan URL blog terlalu panjang dan sukar. Contoh nama blog dan URL blog yang baik adalah seperti ini - Dunia Jejaka Kacak (duniajejaka.blogspot.com) atau Sejuta Kisah Ekin (kisahekin.blogspot.com)
Cara buat blog dengan blogspot

  • Perkara paling penting sewaktu pertama kali anda buat blog sendiri ialah alamat (Address) blog anda. Anda perlu mencari URL atau alamat blog yang mesra pengunjung dan mudah ingat. Sekiranya anda meletakkan url terlalu panjang atau rumit, agak sukarlah orang nak ingat alamat blog anda. Cuba cari alamat blog yang cerminkan diri anda.
  • Bukan semua alamat anda boleh tulis, kadangkala ada alamat sudah pun dimiliki oleh orang lain, jadi anda perlu cari atau buat alamat blog yang lain. Lihat contoh di bawah ini.
Cara Buat Blog Sendiri

Cara Buat Blog Sendiri

  • Ok. Apabila sudah mendapat URL atau alamat blog sendiri, maka langkah seterusnya ialah memilih template. Untuk awal-awal ini, saya syorkan anda memilih template yang mudah. Ada banyak pilihan template yang telah disediakan oleh blogspot.com sendiri. Pilih mana-mana yang berkenan di hati. Jangan risau, template anda boleh ubah dan pilih yang lain kemudian. Klik Create blog! untuk ke langkah seterusnya.
Cara Buat Blog Sendiri
Cara Buat Blog Sendiri

  • Walla, dah siap blog anda sendiri. Tak susah kan? Paparan di atas menunjukkan anda sudah pun mempunyai blog sendiri. Tak sampai 5 minit pun anda sudah pandai buat blog sendiri dengan jayanya. Langkah seterusnya ialah anda perlu mula menulis isi kandungan blog anda. Hanya klik Start posting untuk mulakan langkah kedua mempunyai blog sendiri.
  • Jika nak lihat rupa blog anda, hanya klik View blog.

Tips untuk anda hasilkan blog yang bagus - utamakan dahulu isi kandungan. Sebagai permulaan, pastikan anda tulis entri atau post blog anda minima 5 entri. Dah ada 5 entri dengan panjang minima lebih kurang 300 patah perkataan, maka barulah anda godek bab lain dalam bina blog sendiri pula.

3 Langkah Utama Buat Blog Sendiri

Ingat langkah-langkah buat blog sendiri:
  1. Cipta atau wujudkan blog sendiri
  2. Tulis entri atau post blog minima 5 entri.
  3. Pasang widget blog yang penting.

Langkah ketiga iaitu memasang widget sendiri, anda boleh baca dahulu tips yang saya berikan ini - 5 Widget/Gajet Wajib Blogspot

Semoga apa yang saya kongsikan ini akan mudahkan ramai lagi orang untuk tahu caa buat blog sendiri, terutama untuk mereka yang bercadang mahu menjadikan bidang penulisan ini satu hobi yang sihat dan in Sha Allah, menguntungkan.


Selamat mencuba.

p.s: Sudikan diri anda untuk jenguk banyak lagi tips dan panduan blogging yang saya kongsikan untuk hasilkan sebuah blog yang terbaik.



Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement